Monday, March 25, 2024

11 TIPS MENJAWAB SOALAN KPSL


 Tips Menjawab Soalan KPSL 

 | 

Tip Menjawab Soalan Peperiksaan

1) Baca Buku dan Ulangkaji
Walaupun exam ni open book test, korang mesti baca buku at least satu round supaya korang tau serba sedikit maklumat yang terkandung dalam arahan-arahan dan pekeliling tu. Bila dah ada info, masa nak menjawab tu boleh recall kat mana nak mencari jawapannya.

2) Tagging/Tanda Topik-Topik Utama
Cara cenggini memang biasa orang buat. Saya pun buat gak supaya cepat nak dapat jawapan.

3) Baca dan Faham Kehendak Soalan
Apabila diarah oleh Ketua Pengawas Peperiksaan untuk tengok soalan, korang baca dulu semua soalan dan cari soalan yang betul-betul korang rasa boleh jawab. Tandakan dulu soalan-soalan tu.

4) Set Masa
Perkara ni saya selalu buat sejak sekolah lagi. KPSL kan kena jawab lima soalan dalam masa tiga jam so korang bahagikanlah masa tu kepada 35 minit untuk satu soalan. Pandai-pandailah adjust masa dengan tempoh mengarang tu jangan sampai ambil masa yang lebih sangat untuk satu-satu soalan.

5) Baca Bismillah
Setiap permulaan yang baik mula lah dengan Bismillahhirrahmannirahim agar mendapat keberkatan dari-Nya.  Bukan nak jawab exam saja tapi semua perkara memang dituntut untuk mengingati Allah.

6) Menjawab dengan Baik
Setiap soalan yang ditanya, korang kena kaitkan dengan fakta arahan, pekeliling, akta atau seksyen. Barulah jawapan korang tu mantop.
Contoh: Soalan berkaitan tuntutan elaun tugas rasmi.... mulakan dengan ayat seperti di bawah ni:
 Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2005 perkara xx menerangkan bahawa......

7) Tengok kepada Markah
Sekiranya soalan tu direct question seperti 'Berikan...' atau 'Senaraikan...' dan korang tengok markah hanya 2 markah, 3 markah atau 4 markah.. selalunya saya akan beri jawapan dalam bentuk point-point sahaja. tak perlu tulis esei bagai.
Kalau soalan 'Jelaskan....' atau 'Bincangkan....' barulah tulis esei. Satu point saya akan tulis dalam satu perenggan dan diikuti dengan perenggan yang lain bagi point seterusnya. Selalunya soalan begini markah adalah 8 markah atau 10 markah.

8) Satu Soalan Satu Kertas Baru
Paham tak apa yang saya maksudkan ni? Macam ni... kan kita kena jawab lima set soalan. Sekiranya satu set soalan korang dah guna tiga muka surat maka untuk set soalan yang kedua tu korang mulakan dengan kertas baru. Jangan sambung di belakang muka surat soalan yang pertama tadi. Harap korang paham.

9) Tulisan Biar Kemas
Korang tulis kemas-kemas supaya mudah pemeriksa nak semak nanti. Tak cantik pun tak apa asal boleh dibaca ok.

10) Jawab Semua Soalan
Ini bukan bermakna jawab lapan-lapan soalan yang dikemukakan tu. Tapi jawab soalan yang korang telah pilih tadi. Jangan tinggal jawapan kosong sebab semuanya ada markah. Kalau tak tahu sangat jawab ikut rasional atau common sence. Kalau tak cukup masa cukup sekadar tulis point-point sahaja. Sekiranya betul, at least kita dapat juga markah walaupun sikit.

11) Cari Soalan Tahun Lalu
Saya pun pernah usha-usaha mencari soalan tahun-tahun lepas untuk dijadikan bahan rujukan dan persediaan menjawab. Korang boleh check SINI kalau korang berminat. FYI ini bukan laman fb saya. Saya tak kenal pun sapa adminnya. Saja nak membantu  dan memberi info sahaja.



Tips menjawab soalan KPSL

 

Tips menjawab soalan KPSL





Salam sejahtera buat kamu pembaca blog saya

Sekadar ingin mengisi blog yang agak tidak berapa nak selalu dikemaskini ni, maka saya paparkan lah serba sedikit tip yang boleh dikongsi untuk panduan rakan-rakan yang merancang untuk menduduki peperiksaan KPSL tahun hadapan.

Dari segi kaedah menjawab, saya rasa ianya terpulang juga kepada kehendak pemeriksa. Tapi yang pasti, tip yang saya kongsikan ini adalah tip untuk mencari dan mendapatkan jawapan yang betul dan cepat.. InsyaAllah..

Tindakan yang perlu dibuat:

1. Baca soalan dan kenalpasti rujukan yang betul.

2. Bila sudah kenalpasti rujukan yang sepatutnya, rujuk pada senarai perkara untuk cari isi-isi yang mungkin.

3. Rujuk perkara yang berkenaan.

4. Kadang-kadang, dalam satu soalan mungkin akan menggunakan rujukan yang berbeza. Misalnya, soalan 1 (a) ditanya tentang cuti. Soalan 1 (b) berkaitan pula dengan wad. So, kene peka dengan soalan.

5. Jawap soalan dan nyatakan perkara yang dirujuk. Contoh: Merujuk kepada Arahan Pentadbiran Bab C, Perkara 2.1 (a), ………….

6. Kalau rasa-rasa tak cukup masa, tulis dalam bentuk point dan berikan RUJUKAN. Ini yang penting.

CONTOH KAEDAH MENJAWAB SOALAN UNTUK BAHAGIAN III : UNDANG-UNDANG UMUM

Soalan 1

(a) Haris seorang warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Katie, seorang warganegara British di United Kingdom pada tahun 1990. Berdasarkan kepada perlembagaan persekutuanbolehkah isteri haris memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh isterinya?
(6 markah)

JAWAPAN:

Boleh.
Syarat-syarat:
(a) Katie telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
(b) bahawa Katie adalah berkelakuan baik.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b).

atau
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b), Katie boleh memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dengan syarat .......



(b) Sekiranya permohonan Katie untuk menjadi warganegara Malaysia diluluskan oleh kerajaan persekutuan, bilakah Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia?
(5 markah)

JAWAPAN:

Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia sehingga ia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (1).

c) bilakah secara rasminya Katie boleh menjadi warganegara dengan cara Pendaftaran?
markah)

JAWAPAN:

Katie secara rasminya boleh menjadi warganegara Malaysia mulai dari hari ia didaftarkan sedemikian itu.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (3).

(d) Encik Wagiman yang berasal dari Indonesia telah memperolehi kewarganegaraan Malaysia secara perakuan masukan pada tahun 2001Selepas memperolehi kewarganegaraan, beliau telah kembali ke Negara asalnya dan tidak kembali ke Malaysia sehingga sekarang. Sepanjang ketiadaannya, tiada sebarang berita diperolehi daripada beliau. Adakah kerajaan persekutuan boleh dan mempunyai sebarang peruntukan untuk melucutkan kewarganegaraan beliau di bawah perlembagaan persekutuan?
(5 markah)

JAWAPAN:

Boleh.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 2 Perkara 25 Fasal (2) (a) dan (b) yang menyatakan bahawa ……..

e) Atas permintaan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan buat selama-lamanya sebidang tanah kerajaan negeri yang telah dirizabkan sebelum itu bagi maksud kegunaan kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan telah diminta oleh kerajaan negeri Selangor supaya membayar premium tanah tersebut terlebih dahulu.
Jelaskan bagaimana kaedah penentuan bayaran premium tanah yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Selangor.
(5 markah)

JAWAPAN:

Kaedah penentuan bayaran premium tanah hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan –
(a) ...
(b) ...
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 6, Bab 4 Perkara 85 Fasal (2) (a) dan (b).


Secara ringkas ini adalah kaedah  menjawab yang saya amalkan.  kalau tepat jawapannya, lulus lah tuh.. Teruskan usaha ye..

Sekiranya kawan-kawan atau pembaca ada tip lain atau mahu komen tentang entri ini, silakanlah ye.

sumber:blog Ana Fasha

Friday, March 22, 2024

Timer Air Friyer Ikut Masakan

 




Kadang masak guna air fryer ni boleh jadi masalah jugak kalau kita tak tau nak set suhu & timer ikut jenis masakan.


10x kena ulang bukak nak tengok dah masak ke belum.


Hakak godeh- godeh fon tadi terjumpa panduan setting timer & temp air fryer. Bagus boleh jadi panduan tak kira apa jenama air fryer.


Rasanya dah bertaun hakak save tapi tak pernah guna. Sama kes dengan resepi, siap buat folder bagai tapi ntah bila lah nak dibuatnya.


Alaa..mesti hampa pon sama kan..haha


So, meh la kita pakat simpan menyimpan supaya berguna dikemudian hari.🤣


Sumber : Shakina Ismail  .

Follow page Opah nak kongsi lagi banyak resepi seterusnya! #resepi #resepiharian

Wednesday, March 20, 2024

Cara renew lesen memandu dengan cepat dengan apps MYJPJ

 


Mudah sangat renew lesen memandu sekarang ni. Jimat masa dan tenaga.


1. LOGIN apps MYJPJ.



2. Tekan Pembaharuan Lesen Memandu.

3. Pilih jenis Lesen: Lesen Memandu Kompeten.



4. Tempoh boleh pilih minima 1 tahun, maksima 10 tahun.

5. Tekan Ya jika memilih mod digital. Jika sebaliknya, tekan Tidak.



6. Bayar menggunakan kad credit/debit sahaja. Tekan bayar. Masukkan segala details kad.

7. Saya pilih mod digital. Lihatlah Lesen digital Saya. Hehe.


Saya bayar RM25 apabila saya pilih mod digital. Kalau tak, bayar RM30.


Sumber : Elia Hasimi


Sunday, March 17, 2024

Air Keladi Vanilla Cream lemak



Resepi Air Keladi Vanilla Cream Lemak 🥛🥛🥛











BAHAN-BAHAN:

- 1 pek serbuk susu perisa keladi (jenama Marissa)

- Susu cair

- Aiskrim vanilla

- Ais cube

-Air Putih

-Cincau


CARA PENYEDIAAN:

1. Bancuhkan susu bersama dengan air suam 1000ml & tambahkan perisa keladi dalam botol

2. Masukkan ais ke dalam bekas jug & tuangkan adunan susu keladi 

3. Masukkan aiskrim vanilla

4. Akhir sekali tambahkan dengan susu cair dan cincau

5. Kacau-kacau & sedia untuk diminum


Resipi Air Balang ‘Ais Lemon Pudina’ Sedap

 

Resipi Air Balang ‘Ais Lemon Pudina’ Sedap.......





BAHAN-BAHAN:

  • Daun pudina RM2.00
  • 4 biji lemon
  • 100gm Sunquick 
  • 100gm Serbuk Asam Knorr 
  • 1 liter air gula
  • Air secukupnya

  • CARA-CARA:

    1.Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air. Tapis ambil airnya sahaja dan buang hampasnya.

    2.Masukkan kisaran lemon ke dalam bekas dan masukkan air gula.

    3.Ambil 1 liter air panas, masukkan Sunquick dan serbuk asam. Kacau sebati.

    4.Tuang campuran sunquick tadi ke dalam bekas berisi air lemon.

    5.Dalam balang atau bekas bersesuaian, masukkan ais, pati air lemon tadi dan air masak secukupnya.

    6.Masukkan juga hirisan 1 biji lemon dan juga daun pudina.



NOTA:

  • Kalau nak buat banyak gandakan sukatan sahaja.
  • Kalau nak buat banyak pastikan tapis banyak 2@3 kali.
  • Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.
  • Boleh pelbagaikan jenis buahan tin @ fresh ikut citarasa sendiri.

Saturday, March 9, 2024

Jadual Pembayaran Pencen Tahun 2024





Jadual Pembayaran Pencen Tahun 2024 untuk makluman bersama.


Sekian, terima kasih. 🌹


Sumber:JPA Persaraan

JUMLAH GCR YANG BOLEH DISIMPAN

 



Cuti Rehat atau Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan pada penghujung tahun demi kepentingan perkhidmatan awam, adalah dibenarkan (tertakluk syarat tertentu) untuk dikumpul sebagai GCR. 


Namun begitu, jumlah maksimum Cuti Rehat yang boleh dikumpul bagi GCR ialah 15 hari atau setengah daripada kadar cuti rehat yang layak (berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan) pada tahun tersebut. 


Tempoh maksimum 15 hari atau setengah untuk disimpan dalam GCR daripada cuti rehat dalam sesuatu tahun boleh berkurangan sekiranya pegawai ada mengambil Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji, Cuti Haji, Cuti Belajar dan Cuti Sakit Tibi/Kusta/Barah.


Selain itu, turut teman kongsikan bagaimana genap 10 tahun perkhidmatan melayakkan membolehkan pegawai layak menerima tambahan 5 hari cuti rehat tahunan, seperti dalam poster yang disertakan. 


Tetapi kena ingat, hanya terpakai kepada pegawai berdasarkan tarikh lantikan pegawai dan dasar ini berubah mengikut peraturan berkuatkuasa.  


Terdapat 3 prinsip penting yang perlu diketahui pegawai berkenaan 10 tahun melayakkan ini.


i.     Kelayakan cuti rehat tahunan akan meningkat 5 hari apabila genap 10 tahun tempoh perkhidmatan, bagi pegawai tertentu mengikut tarikh lantikan dan gred jawatan pegawai. (mohon rujuk jadual yang disertakan)


ii.     Tempoh perkhidmatan genap 10 tahun akan berubah sekiranya pegawai ada mengambil Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji, Cuti Haji, Cuti Belajar dan Cuti Sakit Tibi/Kusta/Barah.


iii.    Sekiranya Pihak Berkuasa Melantik adalah berbeza, tempoh genap 10 tahun akan di ambil kira mulai dari tarikh dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik yang baharu. 


Sekiranya pegawai diberi tambahan kelayakan cuti rehat yang tidak sepatutnya, boleh memberi kesan kepada tempoh perkhidmatan, perlu bayaran balik gaji yang telah dibayar pada ketika itu, seterunya mengurangkan jumlah layak GCR yang boleh dikumpul di hujung tahun. 


Sekian, teman kongsikan dan semoga bermanfaat. 🌹



p/s :   Kalian dah jangan kata kenapa GCR terkumpul ditolak dengan penuh misteri lagi dah yer lepas ni 😆


Sumber Poster :  Buku Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan


Sumber fb:JPA Persaraan 

Jangan Lebih Masa Di Pejabat Masa Di Pejabat


 

JANGAN LEBIH MASA DIPEJABAT? 


1. Ada orang kagum kerana tidak pernah habiskan cuti tahunannya. Setiap tahun cuti tahunannya berbaki banyak sekali. 


2. Ada orang berbangga,  dia balik paling lewat kerja. Kunci pejabat dia pegang punya. 


3. Ada orang berbangga tidak pernah ambil cuti sakit. Doktor nak beri cuti, katanya client sedang menunggu proposalnya. 


Kawan, 


4. Bekerja adalah proses yang tidak pernah habis, tidak akan selesai. 


5. Tumpuan pada kerja penting,  tetapi tumpuan pada keluarga lebih utama. 


6. Jika kita sakit atau kecewa, bukan bos,  client dan majikan akan bantu kita.  Tetapi keluarga akan menjaga dan merawat kita. 


7. Hidup ini bukan soal kerja,  majikan,  bos, client dan KPI sahaja.  


Kita juga perlu bersosial,  berkawan,  minum dan jalan petang dengan keluarga dan kawan kawan. 


8. Jika majikan selalu suruh kita kerja lebih masa.  Boleh jadi kita yang tak bijak urus masa, kurang efektif dan tidak produktif


9. Sayangi kerja kita,  tetapi jangan cintai majikan kita kerana kita tak akan pernah tahu bila majikan tak perlukan kita lagi. 


Kerja itu ibadah

 

Kredit: Azizul Azli Ahmad


#KerjaTerbaik

#JanganJadiHambaKerja

#UtamakanKeluarga

Thursday, March 7, 2024

25 Ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia dalam Bahasa inglis yang memberi Inspirasi

 







 

25 Ucapan Selamat Hari Wanita  Sedunia dalam Bahasa inglis yang memberi Inspirasi💓💓💓

 

1. Let us remember the brave women leaders who fought for women's rights and equality. Happy International Women's Day! (Mari kita mengenang para pemimpin perempuan pemberani yang memperjuangkan hak-hak dan kesetaraan perempuan. Selamat Hari Wanita Sedunia!)


2. Here's to every woman, with whose love and grace, this earth is a more beautiful place. Happy International Women's Day!(Ini untuk setiap wanita, dengan cinta dan rahmatnya, bumi ini menjadi tempat yang lebih indah. Selamat Hari Wanita Sedunia!)

3. I've met the most amazing woman in my life and you mean the world to me. I wish you a very happy International Women's Day my wife! (Aku telah bertemu wanita paling luar biasa dalam hidupku dan kamu sangat berarti bagiku. Aku mengucapkan selamat Hari Wanita Sedunia kepada istriku)

4. My dear mom, you have always supported me and showered your love and warmth on me. You are the sweetest woman in my life. Happy Women's Day Mom. Love you to the moon and back! (Ibuku sayang, kamu selalu mendukungku dan melimpahkan cinta dan kehangatanmu kepadaku. Kamu adalah wanita termanis dalam hidupku. Selamat Wanita Sedunia Ibu. Aku sangat mencintaimu)

5. Let us extend our gratitude to all the influential women out there, who's success and achievements have continued to inspire millions. Happy International Women's Day! (Mari kita sampaikan rasa terima kasih kita kepada seluruh perempuan berpengaruh di luar sana, yang kesuksesan dan pencapaiannya terus menginspirasi jutaan orang. Selamat Hari Wanita Sedunia!)


6. Every woman is an embodiment of beauty, strength, and compassion. Let us celebrate the feminine energy. Wishing you and your family a very happy International Women's Day!(Setiap wanita adalah perwujudan kecantikan, kekuatan, dan kasih sayang. Mari kita rayakan energi feminin. Semoga kamu dan keluargamu mendapatkan Hari Wanita Sedunia yang sangat bahagia!)

7. Every woman I've met, inspired and motivated me to achieve my dreams and strive for excellence. I am glad to be surrounded by an amazing bunch of female friends. Happy International Women's Day! (Setiap wanita yang aku temui, menginspirasi dan memotivasiku untuk mencapai impianku dan berusaha mencapai yang terbaik. Aku senang dikelilingi oleh sekelompok teman wanita yang luar biasa. Selamat Wanita Sedunia!)

8. Today we honour the feminist philosophers whose efforts shook the foundations of patriarchy and led to the establishment of women's freedom and equality. Happy International Women's Day! (Saat ini kita menghormati para filsuf feminis yang upayanya mengguncang fondasi patriarki dan mengarah pada tegaknya kebebasan dan kesetaraan wanita. Selamat Hari Wanita Sedunia!)

9. Cheers to all the beautiful women who make this woman a better place. Wishing everyone a very happy International Women's Day! (Salam untuk semua wanita cantik yang menjadikan wanita ini tempat yang lebih baik. Mengucapkan selamat Wanita Sedunia kepada semua orang!)

10. On this Day, I wish every woman fulfilled her dreams. Happy International Women's Day! (Pada Hari ini, saya berharap setiap wanita mewujudkan impiannya. Selamat Wanita Sedunia!)


11. A woman is the source of strength, an epitome of love, and an inspiration. Let us celebrate Women's Day with a lot of happiness and merriment. Happy International Women's Day! (Wanita adalah sumber kekuatan, lambang cinta, dan inspirasi. Mari kita rayakan Hari Wanita dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan. Selamat Hari Wanita Sedunia!)

12. With the creation of the world, a woman is undoubtedly the most beautiful creation of God. Wishing everyone a very happy Women's Day! (Dengan terciptanya dunia, tidak diragukan lagi bahwa wanita adalah ciptaan Tuhan yang paling cantik. Mengucapkan selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua orang!)

13. Women are born to rise and shine. They are limitless, fearless and strong enough to create a promising future. Happy Women's Day! (Perempuan dilahirkan untuk bangkit dan bersinar. Mereka tidak terbatas, tidak kenal takut, dan cukup kuat untuk menciptakan masa depan yang menjanjikan. Selamat Hari Wanita Sedunia!)

14. Today is the day that holds a special place in every woman's heart. The International Women's Day is celebrated to extend gratitude to the feminine and the celebration of femininity. Happy International Women's Day! (Hari ini adalah hari yang mempunyai tempat spesial di hati setiap wanita. Hari Wanita Sedunia dirayakan untuk menyampaikan rasa syukur kepada feminin dan perayaan feminitas. Selamat Hari Wanita Sedunia!)

15. Wishing you and your family a very Happy International Women's Day!(Mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada kamu dan keluarga!)

16. Let us celebrate women scholars who have made path-breaking contributions to different branches of knowledge. Happy International Women's Day! (Mari kita rayakan para cendekiawan wanita yang telah memberikan kontribusi besar dalam berbagai cabang ilmu pengetahuan. Selamat Hari Wanita Sedunia!)

17. May every woman is strong every day. Happy International Women's Day!(Semoga setiap wanita kuat setiap harinya. Selamat Hari Wanita Sedunia!)

18. Wishing all the women a very happy Women's Day. You make the world brighter with your love and light. (Mengucapkan selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita. Kamu membuat dunia lebih cerah dengan cinta dan cahayamu.)

19. Wishing all the incredible women out there a very happy Women's Day! (Mengucapkan selamat Hari Perempuan kepada semua wanita luar biasa!)

20. A woman is the most beautiful creation of God. Happy Women's Day! (Wanita adalah ciptaan Tuhan yang paling cantik. Selamat Wanita Sedunia!)


21. Here's to celebrating all the courageous and inspiring women who make each day of ours brighter. Happy International Women's Day!(Ini untuk merayakan semua wanita pemberani dan inspiratif yang menjadikan hari-hari kita lebih cerah. Selamat Hari Wanita Sedunia!)

22. Every woman is beautiful and unique in her own way. Happy International Women's Day ( Setiap wanita cantik dan unik dengan caranya masing-masing. Selamat Hari Wanita Sedunia)

23. On Women's Day, let us celebrate sisterhood and all the influential women out there. Happy International Women's Day! (Di Hari Wanita, mari kita rayakan persaudaraan dan semua perempuan berpengaruh di luar sana. Selamat Hari Wanita Sedunia!)

24. Today is the day to remember the great contributions of women leaders all across the world. Happy Women's Day!(Hari ini adalah hari untuk mengenang kontribusi besar para pemimpin wanita di seluruh dunia. Selamat Hari Wanita Sedunia!)

25. You are a true inspiration and I thank you for being a source of strength. Happy International Women's Day! (Kamu adalah inspirasi sejati dan aku berterima kasih karena kamu telah menjadi sumber kekuatan. Selamat Hari Wanita Sedunia!)💓💓💓💓💓💓



PERINGATAN MESRA ❤️❤️ ( khusus buat ibu ayah yang anak nak masuk Tahun 1 & tadika )

 


♥️♥️ PERINGATAN MESRA ❤️❤️

( khusus buat ibu ayah yang anak nak masuk Tahun 1 & tadika ) 


1. Jangan beli barang mahal.

Beli yang murah supaya bila hilang mak tak mengamuk.


2. Beli pensel warna yang 12 batang supaya anak dpt belajar tentang warna dan lebih kreatif belajar mengadun warna.


3. Ajar anak pergi ke tandas dengan cara yg betul. 

Nak buka zip khususnya....tersepit nanti naya! Jangan pakai tali pinggang ye....berjam nak buka tali pinggan nanti.


4. Ajar anak tidur awal dan bangun awal di cuti sekolah supaya anak tak liat bangun awal ke sekolah. 


5. Ajar anak minum air kosong dan jangan bawa bekal air manis ke sekolah.


6. Jangan bawa bekal Mcd / KFC / Pizza. Kalau nak bawa pastikan cukup untuk satu kelas makan.


7. Potong kuku anak....nanti  dia cakar cikgu bila meronta nak balik.


8. Jangan beli beg sekolah atau alat tulis vouge sangat nanti orang lain meragam nak juga orang punya. Kalau hilang....pastikan mak ayah jangan suruh cikgu cari .


9. Ajar anak jangan lap mulut pd lengan baju sekolah. Kalau mak rajin sental, tak apa.


10. Mak mak jangan jadi pengintip di tingkap. Lepas anak masuk kelas, sila balik. Kena percaya pada cikgu dan anak. Kalau rasa tak percaya, bawa anak balik rumah.


11. Jangan mesej cikgu tanya pasal anak masa waktu persekolahan. Cikgu tak ada masa nak jawab. Jangan minta suruh post gambar anak. (Cikgu sah sedang dok bersilat dalam kelas pada minggu pertama) 


12. Tulis nama betul anak pada semua barang termasuk kasut dan stoking. Nama betul, bukan boboboy! 


13. Mula panggil anak dengan nama rasmi dalam surat beranak.  Bukan adik abang manja lela segala.


14. Pesan pada anak....banyak kali dan ulang setiap hari bahawa dilarang menangis dan mengamuk di sekolah. Nanti cikgu tukar jadi godzilla.


15. Google tarikh persekolahan 2024. Semua tarikh ada. Ambil tahu bila sekolah buka macam kita ambil tahu sale lazada, shopee dan Tik Tok. 


16. Jangan malu jangan segan utk follow up tntg ank dgn cikgu. Nak tnya, whatsapp terus cikgu pada masa sesuai.


17. Pastikan potong rambut anak dengan kemas tanpa ada rambut stylo atau warna kuning oren biru ungu ya....


18. Pastikan check suhu badan anak sebelum hantar ke sekolah. Pastikan anak sihat sewaktu datang ke sekolah. Jika anak sakit / demam, jangan sesekali hantar ke sekolah siap bagi bekal ubat pada cikgu. Jika betul2 sakit minta sijil sakit pada doc (jika perlu)


19. Jemput anak pada masa yang tepat.

Jangan ambil kesempatan minta cikgu tunggu anak anak kita. Urus pengangkutan anak dengan baik.


20. No toys

No barang kemas...Hilang cikgu tak wajib cari dan jangan whatsapp cikgu suruh cari.


21. Jangan tolong anak bawa beg sekolah.

Biar anak bawa sendiri. ( belajar berdikari )


22. Jangan tolong cari kasut anak .

Biar anak cari sendiri dan mak ayah kena sabar tunggu anak pakai kasut sendiri.


*peringatan untuk diri sendiri jugak ni

Wednesday, March 6, 2024

Panduan Daftar AdSense YouTube Untuk Buat Duit Dengan YouTube



Cara Daftar AdSense YouTube Untuk Buat Duit Dengan YouTube









Menjana pendapatan dari YouTube bukan lah sesuatu perkara yang mustahil. Ia boleh di lakukan oleh sesiapa sahaja. Malah, ramai pelajar sekolah yang mampu melakukanya santai2 di masa lapang untuk buat duit melalui YouTube

 Jika mereka mampu melakukan nya, sudah pastinya ladyboss juga!

 Cara paling mudah untuk buat duit guna YouTube ialah dengan melalui iklan Google AdSense. Dengan cara ini, pendapatan yang diterima adalah autopilot atau apa yang biasa disebut orang passive income.

 hanya perlu upload video yang berkualiti dan disukai ramai.

Itu sahaja.Mudah, kan?yang lain.. just leave it to Google to do all the work.

Cukup tempoh, Google akan membuat pembayaran melalui AdSense akaun.

 Apa itu Google AdSense?

AdSense memberi peluang kepada Video Creator (Yes, that is you lah) untuk berkongsi keuntungan dari iklan yang Google tayangkan di YouTube channel anda.

Caranya?

 https://youtu.be/NPk_6GIkxMA?si=19MqUIHsLtoD_5dH


7 Cara Isi e-Filing 2024 untuk Pembayar Cukai Kali Pertama

 



7 Cara Isi e-Filing 2024 untuk Pembayar Cukai Kali Pertama

Bulan Mac setiap tahun boleh dikatakan sebagai bulan claim cukai pendapatan atau tempoh isi e-Filing cukai pendapatan. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mewajibkan penyerahan borang taksiran cukai pendapatan dilakukan melalui sistem e-Filing. Anda boleh mula isi e-Filing cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2023 bermula 1 Mac 2024.



Table of Contents