Skip to main content

PERINGATAN MESRA ❤️❤️ ( khusus buat ibu ayah yang anak nak masuk Tahun 1 & tadika )

 


♥️♥️ PERINGATAN MESRA ❤️❤️

( khusus buat ibu ayah yang anak nak masuk Tahun 1 & tadika ) 


1. Jangan beli barang mahal.

Beli yang murah supaya bila hilang mak tak mengamuk.


2. Beli pensel warna yang 12 batang supaya anak dpt belajar tentang warna dan lebih kreatif belajar mengadun warna.


3. Ajar anak pergi ke tandas dengan cara yg betul. 

Nak buka zip khususnya....tersepit nanti naya! Jangan pakai tali pinggang ye....berjam nak buka tali pinggan nanti.


4. Ajar anak tidur awal dan bangun awal di cuti sekolah supaya anak tak liat bangun awal ke sekolah. 


5. Ajar anak minum air kosong dan jangan bawa bekal air manis ke sekolah.


6. Jangan bawa bekal Mcd / KFC / Pizza. Kalau nak bawa pastikan cukup untuk satu kelas makan.


7. Potong kuku anak....nanti  dia cakar cikgu bila meronta nak balik.


8. Jangan beli beg sekolah atau alat tulis vouge sangat nanti orang lain meragam nak juga orang punya. Kalau hilang....pastikan mak ayah jangan suruh cikgu cari .


9. Ajar anak jangan lap mulut pd lengan baju sekolah. Kalau mak rajin sental, tak apa.


10. Mak mak jangan jadi pengintip di tingkap. Lepas anak masuk kelas, sila balik. Kena percaya pada cikgu dan anak. Kalau rasa tak percaya, bawa anak balik rumah.


11. Jangan mesej cikgu tanya pasal anak masa waktu persekolahan. Cikgu tak ada masa nak jawab. Jangan minta suruh post gambar anak. (Cikgu sah sedang dok bersilat dalam kelas pada minggu pertama) 


12. Tulis nama betul anak pada semua barang termasuk kasut dan stoking. Nama betul, bukan boboboy! 


13. Mula panggil anak dengan nama rasmi dalam surat beranak.  Bukan adik abang manja lela segala.


14. Pesan pada anak....banyak kali dan ulang setiap hari bahawa dilarang menangis dan mengamuk di sekolah. Nanti cikgu tukar jadi godzilla.


15. Google tarikh persekolahan 2024. Semua tarikh ada. Ambil tahu bila sekolah buka macam kita ambil tahu sale lazada, shopee dan Tik Tok. 


16. Jangan malu jangan segan utk follow up tntg ank dgn cikgu. Nak tnya, whatsapp terus cikgu pada masa sesuai.


17. Pastikan potong rambut anak dengan kemas tanpa ada rambut stylo atau warna kuning oren biru ungu ya....


18. Pastikan check suhu badan anak sebelum hantar ke sekolah. Pastikan anak sihat sewaktu datang ke sekolah. Jika anak sakit / demam, jangan sesekali hantar ke sekolah siap bagi bekal ubat pada cikgu. Jika betul2 sakit minta sijil sakit pada doc (jika perlu)


19. Jemput anak pada masa yang tepat.

Jangan ambil kesempatan minta cikgu tunggu anak anak kita. Urus pengangkutan anak dengan baik.


20. No toys

No barang kemas...Hilang cikgu tak wajib cari dan jangan whatsapp cikgu suruh cari.


21. Jangan tolong anak bawa beg sekolah.

Biar anak bawa sendiri. ( belajar berdikari )


22. Jangan tolong cari kasut anak .

Biar anak cari sendiri dan mak ayah kena sabar tunggu anak pakai kasut sendiri.


*peringatan untuk diri sendiri jugak ni

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024

  JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024      Rujukan -  SPANM Bil. 6/2023 - Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 - Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Cara Keluar Duit APC, SSPN, APSPN, dan Cara Tutup Akaun

  Cara Keluar Duit SSPN, APSPN, dan Cara Tutup Akaun Jika anda telah membuat simpanan di SSPN dan ingin mengeluarkan sedikit duit untuk kegunaan mendesak, ketahui cara melakukannya secara atas talian. Pastikan anda mempunyai maklumat pengeluaran seperti nombor akaun bank. Waktu pengeluaran online adalah dari 7.00 pagi hingga 7.00 petang hari bekerja. Pastikan juga baki minimum RM20 dikekalkan dalam akaun SSPN Prime agar akaun kekal aktif. SSPN, yang ditawarkan oleh PTPTN, adalah skim simpanan pendidikan tinggi yang patuh Syariah, dengan produk SSPN-i dan SSPN-i Plus. Akaun ini boleh dibuka oleh warganegara Malaysia untuk diri sendiri atau orang lain, tanpa syarat jumlah deposit atau pengeluaran tertentu, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Untuk SSPN-i Plus, pengeluaran boleh dibuat selepas 3 tahun dengan jumlah minimum RM1000, sambil menawarkan perlindungan takaful. Pelajar yang memohon PTPTN perlu membuka akaun SSPN-i dengan simpanan minimum yang ditetapkan oleh PTPTN. Cara ...

Tips menjawab soalan KPSL

  Tips menjawab soalan KPSL Salam sejahtera buat kamu pembaca blog saya Sekadar ingin mengisi blog yang agak tidak berapa nak selalu dikemaskini ni, maka saya paparkan lah serba sedikit tip yang boleh dikongsi untuk panduan rakan-rakan yang merancang untuk menduduki peperiksaan KPSL tahun hadapan. Dari segi kaedah menjawab, saya rasa ianya terpulang juga kepada kehendak pemeriksa. Tapi yang pasti, tip yang saya kongsikan ini adalah tip untuk mencari dan mendapatkan jawapan yang betul dan cepat.. InsyaAllah.. Tindakan yang perlu dibuat: 1. Baca soalan dan kenalpasti rujukan yang betul. 2. Bila sudah kenalpasti rujukan yang sepatutnya, rujuk pada senarai perkara untuk cari isi-isi yang mungkin. 3. Rujuk perkara yang berkenaan. 4. Kadang-kadang, dalam satu soalan mungkin akan menggunakan rujukan yang berbeza. Misalnya, soalan 1 (a) ditanya tentang cuti. Soalan 1 (b) berkaitan pula dengan wad. So, kene peka dengan soalan. 5. Jawap soalan dan nyatakan perkara yang dirujuk. Contoh: ...