Cuti Rehat atau Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan pada penghujung tahun demi kepentingan perkhidmatan awam, adalah dibenarkan (tertakluk syarat tertentu) untuk dikumpul sebagai GCR.
Namun begitu, jumlah maksimum Cuti Rehat yang boleh dikumpul bagi GCR ialah 15 hari atau setengah daripada kadar cuti rehat yang layak (berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan) pada tahun tersebut.
Tempoh maksimum 15 hari atau setengah untuk disimpan dalam GCR daripada cuti rehat dalam sesuatu tahun boleh berkurangan sekiranya pegawai ada mengambil Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji, Cuti Haji, Cuti Belajar dan Cuti Sakit Tibi/Kusta/Barah.
Selain itu, turut teman kongsikan bagaimana genap 10 tahun perkhidmatan melayakkan membolehkan pegawai layak menerima tambahan 5 hari cuti rehat tahunan, seperti dalam poster yang disertakan.
Tetapi kena ingat, hanya terpakai kepada pegawai berdasarkan tarikh lantikan pegawai dan dasar ini berubah mengikut peraturan berkuatkuasa.
Terdapat 3 prinsip penting yang perlu diketahui pegawai berkenaan 10 tahun melayakkan ini.
i. Kelayakan cuti rehat tahunan akan meningkat 5 hari apabila genap 10 tahun tempoh perkhidmatan, bagi pegawai tertentu mengikut tarikh lantikan dan gred jawatan pegawai. (mohon rujuk jadual yang disertakan)
ii. Tempoh perkhidmatan genap 10 tahun akan berubah sekiranya pegawai ada mengambil Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji, Cuti Haji, Cuti Belajar dan Cuti Sakit Tibi/Kusta/Barah.
iii. Sekiranya Pihak Berkuasa Melantik adalah berbeza, tempoh genap 10 tahun akan di ambil kira mulai dari tarikh dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik yang baharu.
Sekiranya pegawai diberi tambahan kelayakan cuti rehat yang tidak sepatutnya, boleh memberi kesan kepada tempoh perkhidmatan, perlu bayaran balik gaji yang telah dibayar pada ketika itu, seterunya mengurangkan jumlah layak GCR yang boleh dikumpul di hujung tahun.
Sekian, teman kongsikan dan semoga bermanfaat. 🌹
p/s : Kalian dah jangan kata kenapa GCR terkumpul ditolak dengan penuh misteri lagi dah yer lepas ni 😆
Sumber Poster : Buku Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan
Sumber fb:JPA Persaraan

Comments
Post a Comment