Skip to main content

Tips menjawab soalan KPSL

 

Tips menjawab soalan KPSL





Salam sejahtera buat kamu pembaca blog saya

Sekadar ingin mengisi blog yang agak tidak berapa nak selalu dikemaskini ni, maka saya paparkan lah serba sedikit tip yang boleh dikongsi untuk panduan rakan-rakan yang merancang untuk menduduki peperiksaan KPSL tahun hadapan.

Dari segi kaedah menjawab, saya rasa ianya terpulang juga kepada kehendak pemeriksa. Tapi yang pasti, tip yang saya kongsikan ini adalah tip untuk mencari dan mendapatkan jawapan yang betul dan cepat.. InsyaAllah..

Tindakan yang perlu dibuat:

1. Baca soalan dan kenalpasti rujukan yang betul.

2. Bila sudah kenalpasti rujukan yang sepatutnya, rujuk pada senarai perkara untuk cari isi-isi yang mungkin.

3. Rujuk perkara yang berkenaan.

4. Kadang-kadang, dalam satu soalan mungkin akan menggunakan rujukan yang berbeza. Misalnya, soalan 1 (a) ditanya tentang cuti. Soalan 1 (b) berkaitan pula dengan wad. So, kene peka dengan soalan.

5. Jawap soalan dan nyatakan perkara yang dirujuk. Contoh: Merujuk kepada Arahan Pentadbiran Bab C, Perkara 2.1 (a), ………….

6. Kalau rasa-rasa tak cukup masa, tulis dalam bentuk point dan berikan RUJUKAN. Ini yang penting.

CONTOH KAEDAH MENJAWAB SOALAN UNTUK BAHAGIAN III : UNDANG-UNDANG UMUM

Soalan 1

(a) Haris seorang warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Katie, seorang warganegara British di United Kingdom pada tahun 1990. Berdasarkan kepada perlembagaan persekutuanbolehkah isteri haris memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh isterinya?
(6 markah)

JAWAPAN:

Boleh.
Syarat-syarat:
(a) Katie telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
(b) bahawa Katie adalah berkelakuan baik.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b).

atau
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b), Katie boleh memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dengan syarat .......



(b) Sekiranya permohonan Katie untuk menjadi warganegara Malaysia diluluskan oleh kerajaan persekutuan, bilakah Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia?
(5 markah)

JAWAPAN:

Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia sehingga ia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (1).

c) bilakah secara rasminya Katie boleh menjadi warganegara dengan cara Pendaftaran?
markah)

JAWAPAN:

Katie secara rasminya boleh menjadi warganegara Malaysia mulai dari hari ia didaftarkan sedemikian itu.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (3).

(d) Encik Wagiman yang berasal dari Indonesia telah memperolehi kewarganegaraan Malaysia secara perakuan masukan pada tahun 2001Selepas memperolehi kewarganegaraan, beliau telah kembali ke Negara asalnya dan tidak kembali ke Malaysia sehingga sekarang. Sepanjang ketiadaannya, tiada sebarang berita diperolehi daripada beliau. Adakah kerajaan persekutuan boleh dan mempunyai sebarang peruntukan untuk melucutkan kewarganegaraan beliau di bawah perlembagaan persekutuan?
(5 markah)

JAWAPAN:

Boleh.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 2 Perkara 25 Fasal (2) (a) dan (b) yang menyatakan bahawa ……..

e) Atas permintaan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan buat selama-lamanya sebidang tanah kerajaan negeri yang telah dirizabkan sebelum itu bagi maksud kegunaan kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan telah diminta oleh kerajaan negeri Selangor supaya membayar premium tanah tersebut terlebih dahulu.
Jelaskan bagaimana kaedah penentuan bayaran premium tanah yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Selangor.
(5 markah)

JAWAPAN:

Kaedah penentuan bayaran premium tanah hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan –
(a) ...
(b) ...
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 6, Bab 4 Perkara 85 Fasal (2) (a) dan (b).


Secara ringkas ini adalah kaedah  menjawab yang saya amalkan.  kalau tepat jawapannya, lulus lah tuh.. Teruskan usaha ye..

Sekiranya kawan-kawan atau pembaca ada tip lain atau mahu komen tentang entri ini, silakanlah ye.

sumber:blog Ana Fasha

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024

  JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024      Rujukan -  SPANM Bil. 6/2023 - Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 - Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2025

  JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2025         SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA  MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2024 

Cara Keluar Duit APC, SSPN, APSPN, dan Cara Tutup Akaun

  Cara Keluar Duit SSPN, APSPN, dan Cara Tutup Akaun Jika anda telah membuat simpanan di SSPN dan ingin mengeluarkan sedikit duit untuk kegunaan mendesak, ketahui cara melakukannya secara atas talian. Pastikan anda mempunyai maklumat pengeluaran seperti nombor akaun bank. Waktu pengeluaran online adalah dari 7.00 pagi hingga 7.00 petang hari bekerja. Pastikan juga baki minimum RM20 dikekalkan dalam akaun SSPN Prime agar akaun kekal aktif. SSPN, yang ditawarkan oleh PTPTN, adalah skim simpanan pendidikan tinggi yang patuh Syariah, dengan produk SSPN-i dan SSPN-i Plus. Akaun ini boleh dibuka oleh warganegara Malaysia untuk diri sendiri atau orang lain, tanpa syarat jumlah deposit atau pengeluaran tertentu, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Untuk SSPN-i Plus, pengeluaran boleh dibuat selepas 3 tahun dengan jumlah minimum RM1000, sambil menawarkan perlindungan takaful. Pelajar yang memohon PTPTN perlu membuka akaun SSPN-i dengan simpanan minimum yang ditetapkan oleh PTPTN. Cara ...