Skip to main content

100 idea perniagaan yang anda patut cuba






100 idea perniagaan yang anda patut cuba Tak tahu nak berniaga apa?

 Berikut adalah 100 idea perniagaan yang anda patut cuba


😍DREAM BIG


 1) PERNIAGAAN – Yang mana anda perlukan produk untuk menjual kepada pelanggan yang memerlukan produk anda. Pelanggan membeli produk anda dan anda dapat duit. 

2) PERKHIDMATAN – Yang mana anda menggunakan kepakaran anda untuk menyelesaikan masalah orang lain. Pelanggan menggunakan perkhidmatan anda dan anda dapat duit. Perniagaan dan perkhidmatan boleh di buat secara sampingan . Tidak mustahil jika anda buat bersungguh – sungguh pendapatan sampingan anda dapat menandingi pendapatan utama anda. Pada halaman seterusnya saya akan kongsikan 100 idea untuk menjana pendapatan. Sebelum Admin merapu dengan lebih panjang lebar, ini dia 100 idea perniagaan yang korang patut cuba

 1) Bekam Antara Sunnah Rasululllah adalah berbekam. Ramai yang mahu berbekam tetapi tiada masa. Hadir ke kursus berbekam dan jadikan ini sebagai sumber pendapatan anda. Fokus waktu malam dan hujung minggu sahaja di kawasan rumah anda. Jika satu sesi RM 50 , Satu minggu sudah RM 350, 1 bulan telah mencecah RM 1,400! Ini pendaptan sampingan anda. 

2) Membersih Rumah  Masa kini ramai yang suami dan isteri kedua – duanya bekerja sehingga tidak sempat untuk membersihkan halaman rumah mahupun dalaman rumah. Jika ada pokok – pokok di kawasan rumah pasti banyak daun yang luruh dan menyebabkan rumah nampak kotor. Manakala kerja-kerja membersih dalaman rumah seperti memncuci tndas, mengelap tingkap, mengemop lantai dan sebagainya juga memerlukan pembersihan berkala. Ambil peluang ini untuk anda membersihkan rumah mereka. Sambil senaman anda boleh jana pendapatan. 

3) Potong rumput Jika di kawasan rumah teres biasanya akan mengalami masalah ini. Tahukah anda warga asing membuat servis ini dapat menjana hampir mencecah RM 5000 sebulan!? Hanya berbekalkan mesin rumput dan basikal. Pendapatan lebih tinggi dari orang yang kerja di pejabat. Fokuskan dulu di satu kawasan. 

4) Tuisyen Pembelajaran di kelas yang mungkin mencecah 30-40 orang menyebabkan pelajar tidak dapat fokus untuk belajar. Ramai ibubapa yang inginkan yang terbaik   untuk anak – anak mereka dan mereka akan merasa bangga jika anak mereka mendapat keptusan yang cemerlang. Jika anda lepasan Universiti ambil peluang ini untuk buat duit. Contohnya mengajar matematik , bahkan anda juga boleh mengajar membaca untuk darjah 1. Buat secara santai dan efektif di rumah pelanggan anda.

 5) Pereka grafik Dalam perniagaan ramai yang ingin menampakkan perniagaan mereka berstyle dan mahu post sesuatu di facebook dengan design yang menarik untuk menarik perhatian pelanggan untuk membeli. Tetapi ramai yang tidak tahu menggunakan perisian mengedit gambar seperti Photoshop. Anda boleh belajar photoshop, bermula dulu belajar dari youtube. Bila anda sudah tahu menggunakan photoshop, anda sudah boleh menjana pendapatan! Bermula dulu ambil servis yang simple seperti design cover timeline facebook ataupun design bisnes kad.

 6) Buat laman web Tahukah anda syarikat gergasi sanggup membayar puluhan ribu untuk mencipta laman web mereka agar nampak professional? Mungkin agak sukar untuk mendapatkan job syarikat gergasi kerana anda memerlukan portfolio yang betul mantap. Tetapi kenapa tidak anda bermula untuk laman web untuk peniaga – peniaga internet? Bila anda sudah mahir membuat website pasti ramai akan berpusu – pusu mencari anda. 

7) Sewa kenderaan Jika anda lebihan kereta contohnya anda ada kereta Myvi dan kereta kancil. Kenapa tidak anda sewakan sahaja kepada orang lain. Jika tempat anda dikawasan universiti sangat mudah untuk anda mendapat pelanggan. Kebanyakan pelajar belum lagi memiliki kereta. Pastikan anda belajar selok belok perniagaan in dengan orang yang sudah berpengalaman. Jika RM 1000 untuk satu bulan satu tahun ada sudah untung RM12000. 

8) Servis komputer Zaman sekarang ramai orang sudah memiliki laptop ataupun komputer. Ramai yang tahu menggunakannya tetapi ramai yang tidak tahu untuk menjaganya. Malah ada yang tidak tahu laptopnya sudah menjadi “ Peternak Virus “. Ambil peluang ini untuk anda belajar servis laptop dan jadikan ia salah satu punca pendapatan anda. Anda boleh offer kepada office – office dikawasan rumah anda, rakan sekerja ataupun pelajar – pelajar universiti. 

9) Mengasuh Majoriti rakyat malaysia suami dan isteri adalah bekerja disebabkan kekangan ekonomi yang semakin mencabar. Bila sudah memiliki anak mereka sudah pening kepala kepada siapa mereka mahu hantar. Setiap masalah adalah peluang untuk anda buat duit. Sediakan satu tempat yang khas. Hiaskan dengan pelbagai hiasan yang menarik ibu bapa untuk menghantar di tempat anda. Sediakan juga aktiviti belajar. Jika satu orang kanak- kanak ibubapa sanggup membayar RM 300- RM 400. Jika 10 orang kanak – kanak? Sudah tentu banyak. 

10) Membaiki kasut/menjahit pakaian Ini antara perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar. Anda boleh lihat di kaki lima ramai yang membuka meja dan menyediakan perkhidmatan ini. Untuk peringkat awal tidak perlu membuka kedai lagi, hanya sewa dihadapan kedai – kedai yang banyak pelangganya. Anda juga boleh mengupah tukang jahit untuk berkolaborasi dengan anda. Saya pasti ramai yang akan membaiki kasut berbanding membeli baru disebabkan kekangan kewangan. Membaiki lagi menjimatkan.

 11) Khidmat penghantaran Menjadi runner sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang. Ramai yang ingin menghantar barang tapi mempunyai kekangan masa. Manfaatkan sepenuhnya waktu terluang anda untuk membantu orang lain untuk menghantar barang. Jika anda sudah dikenali ramai lebih senang anda untuk buat pendapatan sampingan ini. Pastikan bayaran yang anda terima berbaloi dengan usaha anda. 

12) Motivator pelajar Pelajar merupakan golongan yang senang dibentuk. Di waktu inilah waktu terbaik untuk membentuk nilai – nilai murni dan memberikan motivasi. Jika anda mempunyai bakat untuk momotivasi kan orang lain. Anda sangat disarankan untuk menjana pendapatan melalui motivasi. Setiap sekolah sudah mempunyai bajet kewangan untuk seminar. Lebih – lebih lagi diwaktu hampir peperiksaan.

 13) Membaiki & Servis kereta Servis kereta antara perniagaan yang menguntungkan. Majoriti rakyat malaysia memiliki kereta. Ramai yang tahu untuk bawa kenderaan, tetapi ramai yang tidak tahu untuk servis kereta . Ada juga yang tahu hanya mengisi minyak sahaja. Jika anda ada minat yang mendalam dan ada pengetahuan tentang kenderaan gunakan peluang ini untuk membantu orang ramai. Semakin ramai orang yang ambil service anda, semakin bertambah kaya anda. Tekankan kepada pelanggan betapa pentingnya penjagaan kereta. 

14) Perunding perniagaan Perunding perniagaan antara perkhidmatan yang sangat bagus. Anda dapat membantu orang lain untuk mencari rezeki. Ramai yang mahu berniaga tetapi tidak tahu cara yang betul, lebih lebih lagi orang yang makan gaji yang mempunyai masalah kewangan. Masa kini ramai guru - guru perniagaan muncul. Jika anda sudah berjaya didalam satu bisnes dan anda boleh kongsikan kepada orang ramai. Jika anda tidak mampu untuk membuat dalam jumlah peserta yang ramai, bermula dulu dengan personal coaching. Bila sudah ada keyakinan diri, buat secara besar - besaran. 

15) Konsultan Kesihatan Ramai yang memiliki kebebasan kewangan, sehinggakan dalam misi mencari duit ada yang mengabaikan soal kesihatan. Pemakanan abad ini yang kurang berkhasiat menyebabkan ramai yang terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi , diabetes dan lain-lain. Nikmat kesihatan adalah lebih penting dari duit. Jika anda ada latar belakang pembelajaran dalam bidang kesihatan, anda digalakkan untuk menjadi konsultan kesihatan. Kongsikan dahulu tips kesihatan di facebook , bila orang tahu anda adalah orang yang betul untuk mereka rujuk, makan berdesuplah duit masuk ke poket anda. 

16) Menulis blog/artikel Di dalam perniagaan internet, kredibiliti seseorang itu sangat penting. Pelbagai cara untuk meningkatkan kredibiliti antaranya adalah mempunyai website dan blog. Disebabkan kekangan masa, ramai orang tidak dapat kemaskini blog mereka dengan kerap. Ingat masalah adalah peluang. Offer kepada mereka tentang servis anda. Ada juga yang mahu menulis ebook tetapi mereka tidak mampu. Ambil bayaran berdasarkan jumlah perkataan sangat lumayan. Contohnya untuk 100 patah perkataan anda mendapat RM 10. Jika 1000 patah perkataan berapa pula yang anda dapat? Lumayan bukan? 

17) Agen pelancongan Tempat pelancongan tempatan menjadi tumpuan ramai apabila krisis ekonomi melanda. Mahu ke luar negara terpaksa mengeluarkan kos yang banyak , lagi - lagi untuk yang bekeluarga. Ramai yang ambil peluang untuk bercuti di dalam negara sahaja. Apabila anda menjadi agen pelancongan anda mesti kerap melihat promosi - promosi terkini di tempat pelancongan Malaysia. Banyak tempat yang cantik di malaysia terutamnya di Sabah. Buat pakej pelancongan dan promosi kepada orang ramai. 

18) Khidmat menghapus serangga/haiwan perosak  Rumah yang bersih adalah rumah yang bebas dari serangga/haiwan perosak. Serangga dan haiwan perosak ini sebenarnya sangat berbahaya kepada penghuni rumah. Antara yang ditakuti ramai orang adalah penyakit kencing tikus. Perkhidmatan ini sangat diperlukan oleh orang ramai. Ambil peluang ini untuk menjadi pakar penghapus serangga/haiwan perosak. Kuasai wilayah di kawasan anda. Menurut pakar pemasaran Dr Azizan Osman, gantung sebanyak 30 banner di kawasan anda. Ini akan membantu mempercepatkan ramai orang tahu apa yang anda buat.  

19) Penasihat tax Ramai yang tidak tahu menguruskan tax sehingga terpaksa membayar sehingga 6 angka dan terus terduduk. Dan ramai juga yang mengambil ringan tentang perkara ini. Apabila sudah dikejar pihak yang berkenaan baru mahu belajar. Dan ramai juga yang tahu menjana pendapatan tetapi tidak tahu menguruskannya dengan betul sedangan pengurusan tax ini sangat penting. Anda belajar tentang pengurusan tax in dan targetkan kepada orang - orang yang kaya. 

20) Membaiki alat elektrik Peralatan elektrik menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ada yang bertahan lama ada yang guna sekejap sahaja sudah rosak. Jika anda ada kemahiran membaiki ini adalah bonus untuk anda. Ramai yang mahu baiki sahaja peralatan elektrik mereka kerana jika membeli baru mengambil kos yang banyak. Pastikan perkhidmatan anda tip top kerana layanan yang baik akan menarik lagi ramai pelanggan kepada anda. Pada peringkat permulaan buat dahulu secara part time. 

21) Mengajar Al-Quran  Kesibukan warga kota mencari duit menyebabkan ramai yang terlupa mahu membuat perkara yang penting iaitu membaca Al-Quran. Bila ayat ayat Quran dilupakan hati akan mati. Jika anda ada kelebihan didalam mengajar Alquran jadikan ini sebagai sumber pendapatan anda. Bayangkan dalam anda menjana pendapatan anda dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Semoga ini dapat menolong anda di akhirat nanti. Sediakan juga perkhidmatan Home Quran Base yang mana anda pergi ke rumah pelanggan anda.

  22) Mengajar memasak Salah satu cara untuk isteri memikat hati suami ialah dengan menjaga 'perutnya' . Semakin sedap masakan si isteri semakin bertambah kasih sayang. Ramai yang ingin memasak sedap untuk keluarga tetapi ramai juga yang tidak tahu memasak. Tidak hairanlah rancangan tv mendapat sambutan hangat apabila ada rancangan masakan. Anda mahirkan satu masakan contohnya seperti Nasi Gulai Kampung Selera Pantai Timur. Sedap hingga menjilat jari. Kemudian anda boleh jadikan ianya sebagai sumber pendapatan anda pula. 

23) Servis cuci karpet Jika pakaian ramai yang boleh basuh sendiri. Masuk saja mesin basuh automatik, tunggu satu jam masuk dalam blower terus boleh pakai. Tetapi karpet tidak semudah itu. Kena jemur ditempat yang luas kemudian tepuk - tepuk bagi kotoran keluar dan jemur sehingga kadang - kadang setengah hari. Kesusahan mencuci karpet ini menyebabkan orang malas mahu mencucinya dan lebih suka hantar ke tempat mencuci karpet terus. Jika anda pandai mengambil peluang ini, berkerjasamalah dengan pencuci dobi. Anda buat pakej cucian di kawasan rumah anda. Lakukan juga servis penghantaran. 

24) Servis basuh kereta Dengan adanya pinjaman bank mudah untuk rakyat malaysia memiliki kerata sendiri samaada kereta dalam malaysia ataupun luar negara. Sudah tentunya bila memiliki kereta mereka mahukan kereta mereka dalam keadaan bersih , wangi dan bebas dari kotoran. Asap-asap dari kenderaan lain menyebabkan kereta mudah berdebu. Ini mungkin masalah untuk orang yang berkereta tetapi peluang untuk anda buat duit. Tidak perlu buka tempat mencuci kereta yang terpaksa menelan kos ratusan ribu. Target kan kepada penduduk aparment , beli satu troli untuk letak alatan mencuci. Lakukan promosi untuk penduduk apartment tersebut . Buatkan pakej untuk sebulan. Anda hanya perlu upah orang dan minta dia cuci setiap malam. Buat hanya cuci luaran sahaja.

 25) Hantar pelajar ke sekolah Servis menghantar pelajar antara servis yang mendapat sambutan yang hangat di penduduk bandar. Kesibukan ibubapa warga kota menyebabkan ini menjadi masalah kepada mereka. Bayangkan jika servis anda bagus. Ibu bapa ambil servis anda dari anaknya darjah 1 hingga darjah 6. 6 tahun duit berdesup masuk ke akaun anda. Bayangkan juga ada 10 pelanggan tetap :D 

26) Hantar pekerja ke kilang Kilang yang besar majoritinya mempunyai ratusan pekerja. Bermula dari pengawal keselamatan, operator pengeluaran dan lain-lain . Biasanya jawatan ini biasanya terdiri daripada warga asing yang turut membantu kilang-kilang tempatan. Biasanya mereka tinggal beramai -ramai di satu tempat dan pihak kilang ada yang tidak menyediakan perkhidmatan mengambil perkerja ini. Offer servis ini kepada kilang atau agen perkerja tersebut. Dapatkan bayaran secara bulanan. Ambil juga servis untuk menghantar mereka ke masjid pada setiap hari jumaat. Semakin ramai ambil servis dengan anda semakin bertambahlah pendapatan anda setiap bulan. 

27) Menghias pokok hiasan Hobi mengias pokok hiasan merupakan hobi yang unik. Tidak semua orang ada bakat untuk menghias pokok hiasan. Kebanyakkan orang - orang yang berada banyak meluangkan masa lapang dengan menghias kawasan rumah. Jika anda mempunyai kepakaran ini, kenapa tidak anda membantu mereka - mereka yang tidak ada bakat dalam menghias. Tonjolkan kepakaran anda dan tunjukkan kan hasil kerja menghias pokok hiasan kepada pelanggan. 

28) Agen pelancongan Waktu cuti merupakan waktu buat duit bagi agen - agen pelancongan. Selepas penat bekerja ramai orang meluangkan masa bercuti bersama keluarga tersayang sama ada di dalam negara ataupun di luar negara. Sambil anda menjadi agen pelancongan anda juga dapat merasai keindahan alam sekitar ciptaan Ilahi. Buat satu pakej yang sukar untuk ditolak oleh pelanggan. Targetkan kepada orang yang berkeluarga. 

29) Training kepimpinan atau leadership Tahukah anda kepimpinan dan leadership sangat penting dalam sesebuah organisasi. Tanpa ada leader yang betul, perancangan syarikat akan jadi kelam kabut. Malah akan merugikan syarikat. Masalah ini menjadi masalah yang besar untuk pekerja di kilang dan juga orang yang buat bisnes. Jika anda ada keupayaan untuk membantu orang lain memimpin maka anda boleh buat duit besar. Syarikat gergasi mengeluarkan kos yang agak besar untuk kursus kepimpinan, ambil peluang ini untuk anda membantu ramai orang. 

30) Training seni mempertahankan diri Gejala - gejala sosial yang semakin meningkat saban tahun menyebabkan orang takut untuk keluar rumah. Anda boleh lihat di dada - dada akhbar ramai yang meninggal disebabkan kes ragut , rogol dan sebagainya. Ilmu pertahankan diri sangat penting dan ramai yang tidak tahu untuk mempertahankan diri. Taekwondo , silat dan sebagainya antara ilmu pertahanan diri yang sangat penting. Jika anda ada kelebihan ini bantulah orang - orang yang tidak tahu. Lakukan training seminggu sekali setiap hujung minggu sudah mencukupi.

 31) Ajar berenang Kalau warga kampung mungkin selalu terdedah sungai dan dari situ mereka belajar berenang. Untuk penduduk bandar jarang sungai yang ada, yang adalah cuma swimming pool. Ramai yang tidak tahu berenang. Bila berdepan dengan kecemasan boleh mengakibatkan kematian. Lagi - lagi jika ketua keluarga melihat anak-anaknya lemas, adakah hanya berputih mata melihat anak - anak kelemasan? Begitulah pentingnya pembelajaran berenang. Jika anda tahu teknik berenang, kongsikan dengan orang ramai. Ramai yang memerlukannya. 

32) Khidmat menjaga orang tua Ramai yang tidak sanggup menghantar ibubapa yang semakin dimamah usia ke tempat penjagaan orang - orang tua. Risau dikatakan anak tidak kenang budi. Tetapi kalau mahu jaga dirumah warga kota ada komitmen bekerja. Cara yang terbaik adalah upah penjaga rumah untuk menjaga ibubapa di rumah. Untuk mencari orang menjaga orang tua sangat susah. Untuk anda yang ingin menambah pendapatan, jadikan ini sebagai lubuk duit. Anda iklankan jawatan pembantu menjaga orang tua kemudian selesaikan masalah orang yang mempunyai masalah ini. 

33) Juru alih bahasa Jika anda lulusan luar negara sudah pastinya anda mengetahui bahasa yang digunakan contohnya anda belajar di jepun selama 5 tahun. Apabila anda mengetahui bahasa asing anda ada kelebihan berbanding orang lain. Sebagai contohnya pelancong jepun ingin melancong di Malaysia, tidak semua orang tahu berbahasa English disini peranan anda untuk membantu pelancong asing tersebut. Secara tidak langsung duit masuk ke poket anda. Begitu juga alih bahasa rancangan televisyen. Anda boleh translatekan bahasa asing ke bahasa malaysia. 

34) Apps developer Teknologi kini semakin meningkat naik. Jika dulu mungkin apps developer ini tidak terkenal, tetapi sekarang makin ramai yang mahir tentang apps developer. Antara perisian yang terkenal adalah Android. Kini banyak aps yang membantu kehidupan manusia. Kenapa tidak anda belajar tentang apps developer ini jika ada mampu belajar? Pengguna android telah mencecah jutaan orang. 

 35) Penulis novel Minat yang mendalam tentang penulisan akan membuahkan hasil yang lumayan. Bakat ini mestilah diasah sehari ke sehari. Kini banyak dipasaran lahir novel - novel yang bestseller. Jika anda menggunakan masa terluang anda untuk menulis sehari 10 muka surat ,sebulan anda telah menulis sebanyak 300 muka surat. Design cover yang menarik dan hantar kepada syarikat penerbitan. Bila proposal anda diterima kebanyakan syarikat penerbitan akan memberikan komisyen berdasarkan jumlah yang terjual. Ada juga yang menjadikan ini sebagai kerjaya utama. 

36) Kartunis melukis kartun Tidak semua orang mempunyai bakat untuk melukis. Anugerah ini anugerah yang tidak ternilai. Jika anda mempunyai bakat ini jangan sia siakan begitu sahaja. Anda boleh bermula secara freelance terlebih dahulu. Ramai syarikat penerbitan memerlukan bakat seperti anda. Jika dahulu majalah Ujang menjadi sebutan orang. Tidak mustahil revolusi terjadi sekali lagi. 

37) Mencipta Video marketing Orang ramai sudah lali dengan iklan yang "skima" dan hanya ikut skrip. Zaman sekarang orang mahu kelainan , iklan yang mamainkan emosi mereka. Ada yang menghiburkan ada yang menyedihkan. Anda boleh melihat video - video yang dihasilkan oleh syarikatsyarikat gergasi dan juga dari negara luar seperti Thailand. Ada juga video video tempatan yang dihasilkan oleh anak muda seperti page "Zukieeeee" . Video nya yang sangat menarik dan memberikan impak yang tinggi kepada pelanggan untuk membeli. Selain itu beliau menyediakan video - video parody yang sangat kelakar. 

38) Tukang besi / welder Rakan saya memiliki minat yang mendalam dalam bidang welding. Ini memberikannya peluang untuk menjana pendapatan lebih pada setiap bulan. Pada setiap hari balik dari kerja dia akan singgah ke bengkel kawannya dan melakukan kerja - kerja welding ekzos. Tidak mustahil pada suatu hari nanti beliau akan memiliki kedai ekzos nya sendiri. Kepakaran ini banyak diperlukan oleh makenik. 14/34 

39) Blogger Menjadi blogger sangat senang. Anda boleh bermula dengan blog yang percuma seperti blogspot dan juga wordpress. Jadikan blog anda blog yang mempunyai maklumat yang banyak dan berguna. Contohnya niche blog anda tentang makanan. Kongsikan tentang resepi - resepi makanan. Bila orang suka blog anda, anda boleh menjual apa sahaja tentang makanan. Contohnya anda buat resepi istimewa Nasi Ayam Bonda dan bukukan di dalam premium ebook. Jika satu ebook beharga RM 20. 100 pelanggan anda sudah mencecah RM 2000. 

40) Kaunseling Jika anda lihat berita-berita semasa ramai orang membuat keputusan yang gila seperti membunuh diri apabila putus cinta, keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan ataupun bercerai dengan pasangan. Ini berlaku kerana emosi tidak stabil dan tidak dapat berfikir dengan baik dan berfikir segala - galanya telah berakhir. Jadi mereka memilih jalan singkat untuk membunuh diri. Disini pentingnya peranan Kaunselor untuk menasihati orang - orang yang bermasalah. Banyakkan masa anda bersama kaunselor dan tidak mustahil suatu hari nanti anda jadi pakar dalam kaunseling.

 41) Dobi Ramai orang malas untuk basuh sendiri walaupun ada mesin basuh dirumah terutamanya orang bujang. Saya suka melihat servis di sebuah apartment yang mana dia menyediakan perkhidmatan penghantaran dobi. Market beliau hanya penduduk apartment itu sahaja. Cas penghantaran hanyalah RM 1. Jika 100 orang sudah mendapat RM 100. Tidak termasuk keuntungan dobi lagi. Ambil peluang ini. Jika anda tidak mempunyai kedai dobi sekali pun anda jadi servis penghantaran sudah memadai. 

42) Pengacara majlis Di Malaysia banyak majlis dibuat antaranya majlis perkahwinan, majlis pertungan, majlis maulidur rasul, majlis sambutan kemerdekaan dan banyak lagi. Majlis ini lagi berseri bila ada nya pengacara majlis. Lebih - lebih lagi pengacara majlis yang dapat menambat hati orang ramai. Jika tiada pengacara , sesuatu majlis akan kelihatan muram. Bakat ini boleh diasuh, permintaan sangat tinggi semasa cuti sekolah kerana ramai yang membuat majlis perkahwinan pada masa ini. Jika ada suka bercakap kenapa tidak jadikan ini sebagai sumber pendapatan anda? 

43) Mengedar risalah Biasa tak jika kita pergi masjid ataupun pasaraya apabila kita kembali ke kereta ada sahaja booklet atau risalah di wiper kereta. Biasanya syarikat - syarikat gergasi akan mengupah orang untuk mengedarkan risalah ini. Ini untuk memberitahu orang ramai tentang promosi yang diadakan di syarikat tersebut. Ada juga yang meletakkan di postbox setiap rumah. Luangkan masa terluang anda untuk mengedar risalah ini. Jumpa orang - orang bisnes dan offer servis yang anda buat. Fokuskan dulu dikawasan rumah anda. Buat juga servis untuk menggantung bunting atau banner. 

44) Freelance Akauntan Tidak dinafikan sesebuah syarikat akan lingkup jika kewangan tidak diuruskan dengan betul. Jualan telah banyak tetapi tidak tahu kemana duit hilang. Ramai kesilapan orang berniaga ialah mencampurkan duit peribadi dan juga duit syarikat. Ini menyebabkan tidak tahu secara tepat duit keluar masuk. Jika anda dalam bidang akaun, gunakan skill anda untuk menguruskan akaun syarikat.  Syarikat  yang  ingin  pergi  jaun akan mementingkan kewangan syarikat. Alang - alang anda sudah belajar selama 4-5 tahun dalam bidang akaun kenapa tidak jadikan sebagai pendapatan ke dua anda?

 45) Membuat thesis Untuk orang yang mengambil master & PHD thesis memainkan peranan penting untuk menentukan kejayaan mereka. Ada juga yang mengambil master sambil bekerja menyebabkan masa mereka sangat terhad. Anda boleh offer servis anda untuk membantu mereka. Membuat thesis memerlukan research yang banyak. Pelbagai buku, dan maklumat di internet anda perlu baca. Jika servis anda bagus pasti mereka akan recommend anda kepada rakan dan saudara saudara mereka. 

46) Servis mengecat bangunan Apabila bangunan sudah lebih 10 tahun tidak cat, bangunan tersebut akan kelihatan usang. Apa tidaknya 10 tahun hujan panas, kadang -kadang ada yang terkena banjir. Sesebuah syarikat atau kedai sudah tentu pentingkan kedai mereka kelihatan gah dan tidak usang. Ambil peluang ini untuk membantu para usahawan mengecat bangunan/kedai mereka. Anda juga boleh upah pekerja - pekerja lain untuk membantu anda. Offer juga untuk mengecat rumah sekolah dan lain - lain. Bermula dulu kecil - kecil lama lama akan menjadi besar. 

47) Interior Designer Rumah yang besar akan kelihatan kecil jika anda tidak tahu cara sususan perabot yang betul. Warna di ruang tamu juga memainkan peranan penting. Jika anda ada minat dan pengetahuan tentang interior designer, offer servis ini kepada kawasan - kawasan perumahan rumah anda. Setiap kali selesai menyusun atur sesebuah rumah. Ambil gambar dan kumpulkan portfolio. Semakin kukuh portfolio anda semakin tinggi kepercayaan orang terhadap anda.  

48) Mengajar penggunaan first aid kit Kemalangan kebakaran dan lain - lain bencana datang tidak diundang. Bila berlaku sesuatu kecemasan pasti akan dihantar ke hospital tetapi ia mengambil masa. Sebelum ambulans datang seseorang mestilah membantu mangsa sementara menunggu ambulans sampai. Sebagai contoh, kemalangan di tempat kerja terkena air panas hingga menyebabkan satu badan melecur. Jika tidak dirawat secepat mungkin sesuatu yang parah boleh berlaku. Jika anda ilmu pengurusan first aid , anda boleh membantu pesakit tersebut. Ilmu ini sepatutnya disebarkan kepada semua orang. Sebab itulah di syarikat gergasi mengadakan kursus khas untuk penggunaan first aid kit. Jika anda berpengalaman anda boleh offer kepada syarikat tentang perkhidmatan pengurusan first aid kit ini. Ia akan membantu orang ramai dikala kecemasan. 

49) Pusat pengiklanan Bagi orang bisnes pengiklanan dan marketing sangat penting. Banyak individu yang perniagaannya bungkus apabila pengiklanannya tidak effektif. Pengiklanan ada pelbagai cara online dan offline. Sejak lahirnya facebook lebih mudah untuk membuat pengiklanan. Sesuatu cerita mudah disebarkan dan diviralkan. Sebagai contoh ada di tubuhkan satu page di facebook , fokuskan dulu pada hiburan. Rakyat malaysia sukakan hiburan berbanding dengan fakta. Apabila follower anda bertambah dan orang selalu ke page anda lebih senang anda untuk mengiklankan produk orang lain. 50) Perkhidmatan Pembersihan Premis Bagi orang berniaga kebersihan merupakan perkara yang utama. Sekali sahaja diperiksa oleh pihak berkuasa dan didapati tidak bersih nama sesebuah premis itu akan tercemar dan akan menjejaskan keuntungan. Jika kita singgah di R&R anda akan melihat setiap kedai akan di tulis tahab kebersihan A , B atau C. Sudah tentunya anda akan memilih yang paling bersih bukan? Jadi perkhidmatan ini sangat diperlukan untuk para peniaga. Ambil peluang ini untuk anda menjana pendapatan. 

51) Bisnes kad Bisnes kad antara bisnes yang sangat popular. Majoriti bisnesman dan juga penjawat awam memiliki bisnes kad untuk diberikan kepada orang lain. Bisnes kad ini diibaratkan seperti pengenalan diri anda. Pelbagai jenis bisnes kad ada. Untuk lebih jimat anda boleh membuatnya sendiri tidak perlu tempah di kedai. Beli alat untuk membuat bisnes kad, dan mulakan perniagaan anda ini dari rumah. Antara tempat yang biasa orang cari adalah di Facebook dan juga Instagram. Sediakan juga beberapa template untuk client pilih. Sediakan juga servis design untuk client yang mahu custom.  52) Soft ice cream  Musim panas yang melanda Malaysia menyebabkan ramai orang mencari sesuatu yang sejuk. Bayangkan semasa panas terik , di tepi jalan ada orang menjual aiskrim yang sejuk, pasti anda akan menelan air liur mahukan aiskrim tersebut. Lagi - lagi jika aiskrim ini beharga RM1, sekejap sahaja jualan akan habis. Jadikan ini sebagai sumber pendapatan anda. Bermula dahulu pada setiap hujung minggu. Target lokasi adalah dikawasan permainan yang ramai kanak - kanak dan ibu bapa. Mahu dapat RM 100 sehari memang boleh dapat. 

 53) Button Badge  Pelbagai jenis button badge kita boleh nampak dipasaran. Ada yang bulat kecil, ada yang bulat besar ada yang petak ada yang magnetik. Button badge mendapat permintaan yang tinggi lebih lebih lagi jika ada sesuatu event dan juga majlis seperti majlis perkahwinan, seminar bisnes. Button badge juga digunakan oleh orang bisnes untuk menaikan brand mereka. Jika di instagram anda boleh melihat ramai yang menjual. Ini bermakna ia mendapat permintaan yang sangat tinggi.  

54) Cenderahati  Kedai cenderahati antara kedai yang mendapat sambutan hangat. Ada yang mahal ada yang murah. Rakyat malaysia sebenarnya suka memberi lebih - lebih lagi kepada orang tersayang. Apabila anda pergi sesesuatu tempat contohnya Sunway Lagoon, Pulau Perhentian, Pantai di Sabah tentunya anda inginkan membeli sesuatu sebagai kenang kenangan. Begitu juga dengan orang lain. Jika anda di kawasan pelancongan saya suggestkan anda untuk memulakan perniagaan ini. Lebih mendapat sambutan hangat apabila nama pembeli boleh ditulis di cenderahati tersebut. 

 55) Kraftangan  Kraftangan merupakan sesuatu yang sangat unik. Ada yang menggunakan bahan terpakai untuk membuatnya. Sebagai contohnya sebelum ini saya pernah bercuti di Krabi Island. Banyak kraftangan yang ada seperti bakul yang diperbuat dari surat khabar terpakai. Ada juga dikawasan pantai penduduk membuat handbag menggunakan rotan. Rakyat malaysia sukakan kraftangan. Ambil peluang ini untuk anda membeli secara banyak dan menjualkannya di kawasan - kawasan yang susah untuk ada kraftangan. Belum cuba belum tahu. Sekali anda cuba pasti ramai pembeli.

 56) Mug Custom Design  Antara barangan yang hot pada zaman sekarang adalah Mug custom design. Apa yang seronoknya pelanggan boleh meletakkan pelbagai gambar di mug tersebut. Ada yang letak gambar sendiri dan keluarga. Ada yang letak kata-kata hikmah dan bermacam macam lagi. Ada juga keluar gambar apabila air panas dituang ke dalam mug tersebut. Anda boleh membuatnya sendiri dirumah. Hanya mebeli alat untuk melekatkan gambar di mug. Promosi kan juga di online. Targetkan juga kepada syarikat - syarikat gergasi. 57) Kad Kahwin  Perkara yang boleh dikatakan wajib dalam perkahwinan adalah kad kahwin. Tidak kira murah ataupun mahal. Setiap pasangan mesti ada kad kahwin. Saya suggestkan anda untuk membuat kad perkahwinan yang mampu milik. Disebabkan kekangan ekonomi sekarang ramai yang memilih untuk memilih kad kahwin yang bajet. Buatkan kad kahwin nampak grand walaupun murah. Pastinya ramai bakal pengantin akan mencari anda. Sediakan juga hadiah hadiah percuma kepada pelanggan anda jika mereka membeli secara banyak. 

58) Doorgift  Perkahwinan merupakan satu cabang yang boleh buat duit besar. Jika servis anda bagus mereka akan suggestkan kepada kawan - kawan mereka juga. Salah satunya adalah doorgift perkahwinan. Berapakah jemputan kebiasaan pengantin? Kebiasaan nya 500 orang. Sudah tentunya mereka akan mencari doorgift yang istimewa untuk jemputanjemputan mereka. Ambil peluang ini untuk anda membantu para pengantin sambil buat duit besar. Perkahwinan sekali seumur hidup sudah pasti mereka mahukan yang terbaik. 59) Pelebat rambut  Kepala botak, rambut jarang , rambut gugur antara masalah yang dihadapi ramai orang. Ini berlaku kerana keturunan , pemakanan dan penggunaan minyak rambut yang tidak sesuai. Sudah tentu seseorang yang menghadapi masalah ini mahu selesaikan segera. Banyak produk yang dapat membantu masalah ini. Anda boleh bermula dahulu dengan dropship. Selepas jualan anda meningkat upgrade kepada agen. Jika anda ada modal sendiri lagi banyak keuntungan anda. 60) Pemutih muka  "Qu putih Qu putih baru lah putih" ini tagline Dato Vida yang menjadi viral satu Malaysia. Malah kanak-kanak pun tahu tagline nya! Hebat marketingnya. Jika anda tanya kawan - kawan anda terutamanya perempuan sudah semestinya mereka mahu kelihatan putih. Produk pemutih muka sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Lebih - lebih lagi jika sudah banyak testimoni yang menggunakan produk anda sudah putih. Masalah orang lain adalah peluang yang besar untuk anda buat duit.   

61) Pemutih gigi  Muka dah putih gigi kuning. Malu malu. Nak sengih nampak gigi pun malu. Anda rasa berapa ramai yang memerlukan produk pemutih gigi? Katakan lah rakyat malaysia mencecah 24 juta. Hanya 1% sahaja yang menggunakan produk anda dan anda mengambil keuntungan RM 30 setiap satu. 240000 x RM 30 = 7.2 juta!!! Jika ambil 10% daripada 7.2 juta anda sudah dapat RM 720000. Yang penting anda mempunyai usaha yang padu. Masalah gigi kuning ini menjadi masalah kepada ramai orang. 

62) Suppliment kurus  Bila timbang berat hampir mencecah 100 kg. Siapa tak takut kan. Cara pemakanan yang tidak betul dan juga makan makanan segera menyebakan berat naik mendadak. Berat badan yang berlebihan menyebab kan seseorang itu nampak tidak hensem atau tidak cantik. Selain itu akan menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti obesiti. Ramai yang mencari cari formula untuk kurus dengan segera. Anda cari produk kurus yang ada dan jual kepada orang yang mempunyai masalah ini. Pastikan produk tersebut sudah mendapat kelulusan KKM & sudah terbukti keberkesanannya. 

63) Buku fizikal  Ilmu itu cahaya. Ramai yang mempunyai perpustakaan mini dirumah. Anda boleh mula menjual buku fizikal kepada yang minat membaca. Anda boleh membuat promosi di online dan juga offline. Tips untuk jualan anda meningkat adalah anda menguasai sesesuatu bidang dan anda menjual buku fizikal berkaitan dengan bidang yang anda kuasai. Sebagai contohnya anda meminati bidang masakan, anda kumpulkan semua resepi yang anda buat dan bukukan. Sudah tentu orang yang selalu mengikuti perkembangan anda akan mudah untuk membeli dengan anda. 

64) Aksesori telekomunikasi  Zaman sekarang telefon tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Pelbagai jenis telefon keluar dan syarikat pembuat telefon berlumba - lumba untuk memenuhi keperluan pelanggan. Bila ada telefon sudah tentu ada aksesorinya seperti Cover, screen protector, casing dan sebagainya. Seseorang itu boleh buat duit besar apabila ramai orang menggunakan smart phone. Ada kenalan saya membuat casing custom. Yang mana seseorang itu boleh request untuk meletakkan gambar di casing tersebut. Menarik bukan jika ada gambar anda di casing telefon. Kenapa tidak jadikan ini sebagai sumber pendapatan anda? 65) Kiosk makanan frozen  Jika dulu kita mahu makanan seperti karipap, roti canai dan sebagai nya kita terpaksa menunggu masa yang lama sebab kena beli tepung, uli tepung dan kadang kadang mengambil masa sehingga 2 jam. Sekarang sudah tersedia makanan makanan frozen. Yang mana ada boleh lihat dipasaraya seperti karipap frozen, roti canai frozen dan bermacam macam lagi. Anda hanya perlu simpan dalam peti. Jika mahu makan hanya ambil dan goreng sahaja. Jika anda membuka kiosk makanan frozen ini di pasaraya sudah tentu ramai yang akan membeli. 66) Ice blended  Musim panas yang melanda malaysia menyebabkan perniagaan ini mudah maju. Brandingkan ice blended ini supaya nampak premium. Warwarkannya di media sosial, cuaca panas minum ice blended sedap juga kan. Ice blended tidak memerlukan kos yang banyak. Buka saja petang - petang di kawasan perumahan rumah anda. Apabila sudah mendapat permintaan yang tinggi upgradekan gerai anda. Buat sesuatu yang unik supaya anda berbeza dengan orang lain. Seperti "Ice Blended Doraemon" yang mana anda sediakan ruangan bergambar dengan patung doraemon. Idea-idea yang unik ini akan membantu perniagaan anda menjadi viral.  

67) Cup cake  Cup cake antara perniagaan yang sangat berpotensi. Lebih - lebih lagi jika melibatkan event seperti seminar dan juga majlis perkahwinan. Cupa cake yang comel dan murah akan menambat hati pelanggan. Banyakkan juga bernetworking dengan orang - orang bisnes. Apabila mereka membuka booth anda boleh tumpang sekali meletakkan cupcake anda. Jika mereka membuat seminar anda boleh promosikan kepada peserta pesertanya. Kerapkan juga untuk membuat sponsorship , ini untuk membrandingkan produk anda 68) Minyak wangi  Minyak wangi juga merupakan perniagaan yang meningkat naik. Ramai yang melakukan perniagaan ini sehingga bergelar jutawan. Ini memberikan signal kepada anda bahawa perniagaan ini mempunyai potensi yang besar. Minyak wangi dalam bekas yang kecil akan membuatkan orang akan cepat repeat order sebab cepat habis. Pastikan minyak wangi anda betul - betul wangi dan tahan lama. Bila pelanggan puas hati mereka akan repeat order dan memberikan testimoni yang positif sekaligus akan meningkatkan keuntungan perniagaan anda. Cari supplier minyak wangi dan packagingkannya kedalam botol yang kecil.

 69) Barang permainan kanak – kanak  Ibu bapa semestinya mahu yang terbaik untuk anak - anak mereka. Banyak barang permainan terjual kerana keunikannya. Saya cadangkan anda untuk menjual barang permainan pakej dengan pembelajaran. Antara alat permainan kanak - kanak yang menjadi viral di facebook yang dikongsikan oleh ribuan orang adalah kad 3D. Yang mana jika di scan di smartphone objek di kad tersebut akan keluar. Ini adalah salah satunya yang akan menarik minat kanak kanak untuk mengenal objek.

 70) Kuih muih  Setiap pagi kuih muih menjadi kegemaran ramai orang yang ingin memulakan kerja. Breakfast dengan kuih muih sudah mencukupi sementara menunggu waktu tengah hari. Jika waktu pagi anda boleh buat gerai di tepi jalan di taman anda dan lakukan ala - ala drive thru. Ini memudahkan pelanggan untuk membeli. Sebagai contohnya kuih muih anda 4 biji RM 2. Masukkan terus ke polystren lutsinar dan bagi kepada pelanggan melalui tingkap. Pelanggan tidak perlu keluar dari kereta untuk membeli. Bila anda memudahkan pelanggan, keuntungan anda akan meningkat. 

 71) Roti canai  Roti canai merupakan makanan yang boleh dikatakan wajib di setiap kedai. Bermacam macam roti canai yang wujud seperti Roti canai pisang, roti canai Milo & bermacam - macam lagi. Makanan ini sudah menjadi kebiasaan rakyat malaysia. Apabila roti canai anda lembut dan sedap ia akan menarik ramai pelanggan anda kekedai anda. Anda tidak perlu membuka satu kedai untuk berniaga roti canai. Apa yang ada perlu buat adalah sewa partion dengan kedai makan. Jika anda tidak pandai tebar roti canai tidak mengapa, cari orang & upah penabar roti canai. Bayangkan anda mempunyai 10 cawangan roti canai di bawah nama anda. Jika waktu bulan puasa buat pula murtabak, kenalan saya berjaya mengumpul keuntungan puluhan ribu ringgit di bulan puasa hanya dengan menjual murtabak. 

72) Waffle  Biasanya di R&R anda akan lihat perniagaan waffle, pelbagai jenis waffle di jual. Ini perniagaan yang menguntungkan. Perniagaan ini juga boleh dibuat di kawasan universiti, pasar malam dan pasar raya. Ruang niaga hanya perlu lebih kurang1.5 meter x 1.5 meter sahaja. Tidak perlu untuk membuka kedai yang besar. Jika anda berminat dalam perniagaan ini saya suggestkan anda untuk membuka website www.usahawan.com . Disini anda boleh mendapat peralatan dengan harga yang berpatutan. Platform sudah ada cuma perlu diusahakan saja. 

 73) Pokok hiasan  Pokok hiasan antara hiasan yang dapat mencantikkan laman dan rumah. Ramai yang lebih suka meletakkan pokok hiasan berbanding dengan pokok hidup kerana pokok hidup memerlukan masa untuk membersihkannya. Anda sebenarnya boleh buat duit dengan pokok hiasan. Sebagai contohnya daun - daun plastik, pokok kaktus , bunga palsu. Sentiasa update media sosial tentang kecantikan pokok hiasan ini. Tarik perhatian bakal pelanggan anda dengan gambar - gambar yang memukau. Antara media sosial yang boleh digunakan ialah Instagram dan juga Facebook. 

74) Frame keluarga  Sesebuah rumah nampak kosong apabila tiada gambar - gambar keluarga di dinding rumah. Lebih - lebih lagi gambar kahwin, gambar bergraduasi dan gambar percutian ke luar negara. Saya cadangkan anda untuk membuat tawaran kepada keluarga untuk gambar pakej di studio. Ramai yang mahu gambar bahagia mereka terpampang di dinding. Buat secara premium dan pastikan pelanggan berpuas hati. Biarkan gambar tu menjadi memori manis mereka. Apabila jiran - jiran dan saudara mereka nampak sudah pasti mereka mahu juga dan mereka akan suggestkan anda untuk membuatnya. 

75) Gambar - tempat pelancongan  Jika anda pernah pergi rombongan ke pulau - pulau terkenal anda boleh perhatikan perniagaan ini kawasan tersebut. Antara perniagaan yang menarik adalah mengambil gambar pelancong - pelancong di sana. Semasa saya bercuti di Krabi ada fotographer bebas untuk mengambil gambar. Semasa saya mahu pulang ada dibuka di booth gambar saya sudah siap di print di frame bertuliskan "Krabi" . Mereka menjualnya kepada saya, 80% daripada pelacong membelinya. Jika di convert duit malysia sebanyak RM10 satu gambar dengan frame. Bayangkan jika 100 orang? Anda juga boleh buat bisnes ini. 

 76) Hamper hadiah  Setiap pertandingan semestinya ada pemenangnya. Kebiasaan di Malaysia pemenang mendapat hamper yang mengandungi biskut - biskut beraneka dan juga air berkabonat. Jika anda ada bakat untuk menghias hamper ini adalah peluang untuk anda buat duit. Targetkan kepada sekolah dan juga syarikat - syarikat , komuniti komuniti di kawasan perumahan ada. Jika anda lihat di pasaraya- pasaraya banyak hamper yang sudah tersedia. Beli beberapa biskut dan juga air buatkan pakej yang dapat menarik untuk orang membeli. 

77) T-shirt  Perniagaan T-Shirt merupakan perniagaan yang boleh mendapatkan keuntungan yang besar. Sama ada baju Tshirt, baju berkolar ataupun baju Korporat. Kenalan saya membuat baju yang hanya fokus kepada pelajar universiti berjaya mengaut keuntungan 5 angka sebulan. Jika anda peniaga Tshirt anda wajib belajar tentang jenis - jenis kain dan juga jenis printing. Ini akan memudahkan anda untuk meyakinkan pelanggan anda. Cadangkan juga kepada bakal pelanggan pakaian yang terbaik. Terangkan secara terperinci jenis - jenis kain yang akan ditempah. Bayangkan juga jika anda mendapat projek kerajaan yang bernilai ratusan ribu ringgit :D 

78) Buku terpakai  Jika dirumah anda terdapat banyak buku terpakai seperti buku novel, buku rujukan dan juga buku bisnes yang anda tidak gunakan kenapa tidak anda jual sahaja? Anda juga boleh buat sewa buku. Saya melihat dipasaraya sudah membuat perniagaan seperti ini. Ramai orang berpusu - pusu untuk menyewa. Ini kerana jika membeli harganya lebih mahal. Sebgai contonya anda menyewa satu hari dengan kadar RM 4 satu buku. Sudah tentu orang yang suka membaca tidak akan membaca satu sahaja buku. Maka banyak lagi yang mereka akan sewa.

 79) Barangan terpakai - mudah.my  Mudah.my antara platform pengiklanan terbesar di malaysia. Ramai yang ada barang terpakai dirumah tetapi tidak menggunakan platform ini untuk menjual. Sebagai contohnya anda membeli sofa atau beli tv baru. Adakah yang lama anda simpan atau bagi kepada orang lain sahaja? Kenapa anda tidak menjualnya ke Mudah.my? Ramai yang mencari barang - barang secondhand terutamanya pasangan yang baru sahaja memulakan perkahwinan. Jika banyak barang lama yang disimpan dirumah anda menyebabkan ruangan menjadi sempit. Anda juga boleh membuat perniagaan sebagai contohnya anda membeli barang orang lain dengan harga yang murah dan semasa menjualnya anda markup harga. Jika satu barang anda untung RM 30. 10 barang sudah RM 300. 80) Jual Burger  Antara makanan kegemaran rakyat malaysia pada waktu malam adalah burger. Perniagaan burger mempunyai potensi yang sangat besar dan anda tidak memerlukan kos yang sangat besar. Apa yang perlu ada stall burger dan juga boleh dibuat di waktu malam selepas balik dari bekerja. Ciptakan stall anda unik dan lain dari yang lain. Saya tertarik di stall burger di bandar baru bangi yang mempunyai banyak menu seperti daging arnab, daging rusa, burger roti besar. Ini menyebabkan orang tertarik ke kedai tersebut. Selain itu ada lampu yang menyinar dan muzik yang mengasyikkan. Sementara menunggu pelanggan tidak bosan. Ada juga yang menyediakan air percuma. Bila air percuma mesti ramai yang suka terutamanya student :) 

81) Air buah – buahan  Apabila bulan ramadhan tiba, jualan air buah buahan sangat mendapat permintaan yang tinggi. Apa tak nya seharian dahaga berpuasa melihat air buah yang sedap semestinya orang lebih mudah untuk membeli. Pelbagai kan air buah yang anda jual untuk menarik perhatian ramai. Pastikan juga air buah yang anda jual betul - betul kaw. Apabila sedap dan pelanggan berpuas hati pada hari keesokan dan seterusnya pelanggan akan sentiasa membeli dengan anda. Disini anda sudah mendapat pelanggan setia. Ada yang berjaya mencecah keuntungan bulanan sehingga puluhan ribu pada bulan puasa sahaja.  

82) Pisang goreng  Waktu petang merupakan waktu terbaik untuk menjual pisang goreng. Saya suka melihat pasangan di kawasan perumahan saya bermula dengan menjual pisang goreng & juga keropok lekor. Pada peringkat permulaan tidak ramai yang membeli, apabila mereka konsisten semakin ramai repeat customer datang. Kini mereka bukan sahaja menjual pisang goreng dan juga keropok lekor malah juga menjual menu-menu lain seperti bubur, ubi tumbuk, air dan bermacam lagi. Setiap petang pasti ramai yang akan singgah untuk membeli. Dan saya melihat sudah ada 2 orang pembantu kerana terlalu ramai yang membeli. Kenapa tidak anda mulakan perniagaan ini juga? 

83) Baju besar,kecil  Pelbagai koleksi baju yang terjual di pasaraya. Untuk mereka yang saiz badan biasa banyak pilihan di pasaraya tetapi kepada yang mempunyai badan yang terlampau besar dan juga terlampau kecik pilihan nya sangat sedikit. Ini menjadi masalah kepada mereka. Saya cadangkan anda untuk membuka website atau facebook page khas untuk koleksi baju besar dan juga baju kecil. Orang - orang yang berbadan besar dan juga orang yang berbadan kecil pasti akan menjadi pembeli setia anda. Berganding bahu juga tukang jahit supaya pelanggan dapat request untuk baju custom.

 84) Coklat  Perniagaan coklat merupakan antara perniagaan yang terkenal di Malaysia. Pelbagai jenis coklat terjual terutamanya jika anda pergi ke langkawi. Coklat merupakan makanan yang boleh menghilangkan stress. Pembuat kek juga menggunakan coklat untuk menaikkan seri kek mereka. Jika anda di musim perayaan anda pasti melihat biskut almond london yang berasaskan coklat mendapat jualan yang tinggi. Jadi coklat ini sangat sangat diperlukan oleh para usahawan kek dan biskut. Saya cadangkan anda untuk menjadi pembekal coklat lepada mereka.  

85) Packaging air  Air juga merupakan perniagaan yang kos rendah dan keuntungan tinggi. Cuba anda kira kos untuk untuk membuat kos air teh o. Hanya sedikit serbuk teh dan juga gula, kemudian letakkan air panas. Harga dijual ada yang mencecah RM 1.50 sedangkan kos satu gelas tidak sampai pun 50sen. Jika di pasaraya anda boleh lihat syarikat syarikat gergasi menjadikan packaging air sebagai bisnes utama sebagai contohnya pepsi dan juga coca cola. Jika mereka dapat menembusi pasaran dunia tidak mustahil anda juga boleh bermula dahulu dikedai - kedai runcit.

 86) Kedai alat tulis dan fotostat  Perniagaan ini mendapat sambutan yang tinggi di kawasan-kawasan universiti. Cuba lihat di kawasan universiti seperti UPM , UITM Banyak kedai - kedai potostat ada. Ini kerana setiap pelajar wajib menghantar assignment dan tidak semua mempunyai printer di rumah. Bayangkan jika di satu universiti ada 5000 pelajar. Semua ini adalah market anda. Tidak campur lagi bisnes hard cover yang diwajibkan untuk setiap pelajar tahun akhir untuk meghantar Final year project. Apabila anda dapat memberikan harga yang murah, pelajar akan memberitahu juga rakan-rakan mereka. Sekaligus meningkatkan pendapatan perniagaan anda. 

87) Tudung  Wanita islam dan juga tudung tidak dapat dipisahkan. Beratus jenis tudung dijual dipasaran. Bermula dari RM 10 sehingga beratus ringgit setiap satu. Jika anda melihat tudung jenama Fareeda orang sanggup beratur sepanjang malam untuk mendapat koleksi tudung yang ekslusif. Anda boleh fokuskan kepada tudung instant yang tidak memerlukan masa yang lama untuk memakainya. Sudah banyak ada dipasaran membuktikan pasarannya sangat luas. Jika anda tidak mampu untuk keluarkan produk sendiri anda boleh bermula dulu dengan dropship. Jika tudung orang lain dahulu. Apabila cukup duit anda boleh bermula denga tudung design sendiri. 

 88) Barangan kosmetik  Ramai jutawan lahir dari bidang kosmetik. Bidang ini merupa kan bidang yang tidak akan surut. Yang penting anda mengetahui teknik marketing yang betul. Jangan menjadikan persaingan sengit menyebabkan anda tidak mememulakan perniagaan di dalam bidang ini. Kuasai dahulu satu niche sebagai contonya anda pakar untuk menjadikan menjadikan muka seseorang yang kusam menjadi lembut dengan produk anda. Banyakkan testimoni dan aktif dalam bidang marketing. Buka juga untuk agen untuk mempercepatkan proses branding produk anda. 

89) Sabun hilang gatal  Gatal gatal di tempat - tempat tertentu boleh dihilangkan dengan penggunaan sabun yang sesuai. Sebagai contohnya sabun limau purut dapat menghilangkan gatal tersebut. Ramai yang tidak mengetahui khasiat limau purut. Di sini anda boleh membantu rakyat malaysia untuk menghilangkan masalah ini di samping anda dapat menjana pendapatan yang sangat tinggi. Pastikan bahan campuran yang anda gunakan tidak membahayakan pelanggan anda. Anda boleh memilih untuk membuat dalam bentuk sabun buku ataupun sabun cecair. 90) Produk digital, video  Produk digital dan video merupakan satu perniagaan yang buat sekali tapi untung berkali kali. Anda pilih satu niche yang betul - betul orang perlukan. Sebagai contohnya anda merupakan penasihat kesihatan. Anda mengajar tentang senaman yang boleh buat dirumah. Buat video yang menunjukkan orang tidak perlu bersusah - susah ke gym untuk work out,di rumah juga boleh buat work out. Promosi awareness tentang kepentingan senaman dan anda jual pakej video itu di internet. Banyak lagi sebenarnya niche yang orang perlukan. Contohnya tutorial design menggunakan photoshop, tutorial memakai tudung, tutorial memasak, tutorial setting facebook ads, tutorial pemasaran di instagram.  

91) Power bank  Setiap penggunaan smartphone pasti menghadapi masalah bateri cepat habis. Jika data on setiap masa waktu tengah hari sudah habis. Ini membuka peluang perniagaan kepada usahawan power bank. Pelbagai jenis power bank terjual di malaysia seperti Pineng Power Bank. Bermula dahulu menjual kepada rakan - rakan sekerja, apabila mendapat demand yang tinggi beli power bank secara pukal dan mulakan menjual di internet yang mana pasarannya lebih tinggi. Pastikan anda menjual yang original dan tahan lama. Jika anda menjual power bank yang fake. Anda akan menghadapi masalah di kemudian hari. 92) Aksesori kereta  Kereta pada zaman sudah menjadi keperluan. Pelbagai kereta ada samaada keluaran malaysia ataupun luar negara. Bila ada kereta semestinya seseorang mahu kereta mereka dipenuhi dengan aksesori seperti Sport Rim, bagi seorang lelaki kereta diibaratkan seperti 'isteri kedua '. Sudah pasti akan memberikan yang terbaik untuk kereta mereka. Ini membuka peluang kepada anda untuk membuka kedai aksesori kereta. Selain itu masukkan sekali produk seperti smart tag, GPS , tinted dan sebagainya untuk perniagaan tinted banyak yang memberikan voucher kepada seseorang yang baru memiliki kereta. Sudah tentu orang yang baru memiliki kerta mahu cermin mereka dipasang dengan tinted. 

93) Bisnes jeruk  Jeruk merupakan makanan yang disukai rakyat malaysia sejak zaman dahulu lagi. Jika anda pergi ke pasaraya - pasaraya anda pasti melihat antara yang terjual adalah jeruk buah - buahan. Antara jeruk yang dikenal ramai ialah Jeruk Pak Ali yang berjaya menembusi pasaran di dalam malaysia. Ada juga usahawan mengambil peluang membuka booth berukuran 1.5 meter x 1.5 meter untuk menjual jeruk sahaja. Potensinya untuk habis sangat tinggi dengan modal yang rendah. 

 94) Perabot rumah  Rumah akan kelihatan kosong apabila ruangan terbiar tanpa di isi dengan perabot. Antara perabot yang wajib ada sepertil katil, almari baju, almari solek , meja makan. Pelanggan akan membeli di tempat yang sama jika membeli secara pakej lebih murah berbanding membeli satu persatu. Jika anda lihat di kawasan anda adakah ramai yang membuat promosi tentang perabot rumah? Jika belum ini adalah peluang anda untuk menguasai pasaran kawasan anda. Perbanyakkan aktiviti marketing seperti meletakkan banner di kawasan - kawasan perumahan. Sediakan juga servis penghantaran untuk memudahkan urusan pengangkutan. 

95) Salun rambut  Salun rambut antara perniagaan yang menguntungkan. Ramai yang ingin nampak bergaya dengan anugerah yang tidak ternilai ini. Lelaki mahupun wanita pasti mahu yang terbaik untuk rambut mereka. Zaman sekarang pelbagai style rambut yang ada. Jadikan anda pakar dalam bidang rambut pasti ramai yang berpusu pusu datang ke tempat anda. Salah satu yang dapat menarik adalah strategi menarik pelanggan yang unik. Sediakan kad kupon yang mana pelanggan akan dapat harga promosi bila datang kali kedua. Apabila pelanggan datang berkali - kali mereka akan menjadi pelanggan setia anda. 

96) Cermin mata  Pelbagai jenis cermin mata kini dijual. Jualan yang begitu laris di internet membuka mata ramai orang tentang potensi perniagaan ini. Antara cermin mata yang mendapat sambutan hangat ialah cermin mata hilang silau semasa memandu. Ramai yang mempunyai masalah ini semasa memandu, ini membuka peluang kepada usahawan untuk menjana pendapatan. Apa yang lagi menarik design cermin mata itu sangat berstyle. Ini membantu anda untuk melariskan lagi jualan.  

97) Bantal kekabu  Hari yang produktif apabila anda mendapat tidur yang betul - betul berkualiti. Salah satu cara mendapat tidur yang berkualiti adalah mempunyai bantal yang empuk. Ramai yang bangun pagi leher sudah sakit kerana bantalnya keras. Antara bantal kegemaran orang ramai adalah bantal kekabu. Tidak hairanlah ada yang berniaga ditepi jalan semata - mata untuk menjual kekabu. Potensi keuntungan perniagaan ini sangat tinggi, buat bantal yang berlainan daripada orang lain sebagai contohnya pelanggan boleh request untuk meletakkan gambar sendiri di bantal tersebut. Sudah tentu pelanggan lebih gembira apabila mempunyai bantal yang custom. 

98) Peralatan haji  Setiap tahun ramai yang menunaikan rukun islam yang ke lima iaitu menunaikan haji. Peralatan haji seperti pakaian ihram, jubah , kopiah , tasbih dan sebagainya sangat diperlukan oleh seseorang yang mahu menunaikan umrah mahupun haji. Peralatan haji sangat jarang dijual di pasaraya raya, jadi ini merupakan signal yang bagus kerana kurangnya persaingan. Apabila anda menjadi tempat menjual peralatan haji sudah tentu agen - agen yang membawa romnongan umrah akan cadangkan tempat anda. Perniagaan ini sangat digalakkan kerana anda membantu seseorang untuk ke tempat suci. Semoga usaha anda diberkatiNYA. 

99) Karpet  Jika di Malaysia anda boleh nampak warga Pakistan mendominasi pernigaan ini. Kadang terfikir macam mana mereka boleh membuka satu lot kedai yang hanya menjual karpet sahaja. Ada juga yang datang rumah ke rumah untuk mempromosikan. Ramai yang ingin membeli karpet tetapi tidak tahu di mana tempat yang karpet cantik dan juga. Para isteri merupakan antara yang berminat untuk membeli karpet untuk pastikan rumah keluarga mereka dalam keadaan yang ceria. Jika anda terlibat dalam perniagaan ini banyakkan perkongsian karpet anda di media sosial terutamanya instagram. Tunjukkan koleksi - koleksi karpet anda yang dapat mengabur mata para wanita.  

100) Kurma  “Keenakan buah kurma dari timur tengah..Yusuf Taiyoob..Kelazatan buah kurma yang tiada bandingannya..Yusuf Taiyoob..Buah kurma Safia,Wasem, Safina dan banyak lagi..Pastinya menjadi pilihan anda setiap masa..Pilihan eksklusif..Yusuf Taiyoob~~”  Saya sangat pasti anda sudah biasa dengan pengiklanan ini. Kedengaran suara wanita berbisik Yusuf taiyoob~~ akan mengigatkan anda  bulan  puasa  tidak  lama  lagi. Keuntungan syarikat ini berlipat kali ganda apabila menjelang bulan ramadhan. Selain daripada jenama ini banyak lagi jenama kurma yang lain dijual dipasaran. Saya cadangkan anda untuk membeli kurma secara pukal kemudian brandingkan. Fokuskan pada bulan puasa sudah mencukupi.   KESIMPULANNYA pilih bidang yang korang ada kepakaran dan buat business yang korang minat. .







 Baca Artikel Penuh : https://www.hlazdrop.com/2020/08/tak-tahu-nak-berniaga-apa-berikut.html



Comments

Popular posts from this blog

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024

  JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024      Rujukan -  SPANM Bil. 6/2023 - Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 - Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

7 Cara Isi e-Filing 2024 untuk Pembayar Cukai Kali Pertama

  7 Cara Isi e-Filing 2024 untuk Pembayar Cukai Kali Pertama Bulan Mac setiap tahun boleh dikatakan sebagai bulan  claim  cukai pendapatan atau tempoh isi e-Filing cukai pendapatan.  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  mewajibkan penyerahan borang taksiran cukai pendapatan dilakukan melalui sistem e-Filing. Anda boleh mula isi e-Filing cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2023 bermula 1 Mac 2024. Table of Contents LHDN efiling: Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2024 Melalui MyTax 1. Akses Laman Web MyTax 2. Daftar Pengguna Kali Pertama 3. Daftar Sijil Digital 4. Pilih Menu e-Filing MyTax 2024 5. Pilih Borang e-BE (Individu Makan Gaji) 6. Tandatangan dan Hantar Borang 7. Terima Bayaran Balik Bayar Cukai Pendapatan untuk Masa Depan Malaysia yang Lebih Baik HDN efiling: Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2024 Melalui MyTax Bagi pembayar cukai kali pertama, anda mungkin keliru dengan cara isi e-Filing untuk mendapatkan semula lebi...

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2025

  JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2025         SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA  MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2024