Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2024

Syarat Momohon IPR

  Syarat kelayakan memohon Inisiatif Pendapatan Rakyat Sekiranya anda ingin memohon IPR, terdapat dua syarat yang anda perlu penuhi. Pertama, anda mestilah berwarganegara Malaysia, manakala syarat kedua pula anda adalah daripada kumpulan sasar iaitu golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar. Cara permohonan dan pendaftaran Inisiatif Mesin Layan Diri Menurut portal rasmi IPR lagi, sekiranya anda memenuhi syarat-syarat permohonan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk menyertai program IPR ini dengan mengikuti langkah-langkah berikut: Anda boleh melayari laman sesawang IPR secara atas talian di pautan  https://ipr.epu.gov.my/sign_up . Lengkapkan pendaftaran akaun terlebih dahulu. Sahkan akaun anda dengan mengklik pautan yang dihantar ke emel anda. Kemudian, anda perlu log masuk ke akaun yang telah didaftar. Lengkapkan permohonan dengan mengisi segala butiran yang diperlukan. Mudah sahaja. Selamat mencuba.