Skip to main content

Murut Bookan




Murut Bookan -

etnik ini kebanyakannya menetap di Daerah Kecil Sook dan sekitar keningau.


Kaum Murut Bookan adalah merupakan salah satu etnik yang unik di Sabah kerana
mempunyai pelbagai amalan budaya yang tersendiri. Etnik suku kaum Murut di
Sabah terbahagi kepada beberapa jenis kumpulan etnik iaitu Murut Bookan,
Paluan, Tahol atau Tagal, Timugon, Sembakung, Kalabakan, dan sebagainya. Namun
begitu, dalam penyelidikan kami cuma lebih berfokus kepada amalan magis yang
diamalkan oleh suku kaum Murut Bookan di Kampung Tulid. Pada zaman dahulu, kaumMurut Bookan mempunyai pelbagai kepercayaan amalan magis kerana pada masa tersebut
kedatangan pengaruh agama yang dibawa oleh para mubaligh Kristian dan juga
ulama Islam belum berkembang lagi di Kampung Tulid, Keningau. Namun begitu,
pada masa kini amalan kepercayaan terhadap magis semakin berkurangan di kawasan
Kampung Tulid kerana kebanyakan penduduk kampung telah mengamalkan hidup beragama.
Majoriti penduduk di Kampung Tulid adalah berbangsa Murut dan beragama
Kristian. Dalam masyarakat Murut Bookan amalan kepercayaan magis telah diwarisi
oleh nenek moyang sejak dari zaman dahulu lagi dan sehingga kini masih
diamalkan lagi oleh segelintir masyarakat kaum Murut Bookan di Kampung Tulid.
Kaum ini mempunyai pelbagai jenis kepercayaan amalan magis dari segi
kepercayaan magis dalam perkahwinan, kematian, kejadian dunia, kepercayaan terhadap
roh dan binatang, kepercayaan dalam amalan kehidupan seharian, kepercayaan
terhadap sumber alam semula jadi, serta dalam perubatan tradisional dan
perayaan. Oleh itu, para penyelidik akan menjalankan satu kajian di kawasan
Kampung Tulid yang terletak di kawasan pedalaman dan berhampiran dengan pekan
Keningau. Tujuan kami menjalankan kajian di kampung ini adalah kerana majoriti
penduduk di kawasan tersebut berbangsa Murut Bookan dan kajian kami lebih
berfokus kepada suku kaum ini. Para Penyelidik akan menjalankan kajian
berdasarkan objektif kajian yang telah dibincang sebelum memulakan kajian.


Kaum Murut adalah merupakan sebuah kaum yang menetap di kawasan pedalaman dan kawasan tenggara Sabah dan juga merupakan kaum yang ketiga terbesar di Sabah. Salah satu etnik yang ada di negeri Sabah adalah suku kaum Murut yang kaya dengan budayanya. Mereka biasanya
tinggal di daerah Tenom, Pensiangan dan juga Keningau. Selain itu, pada dahulunya
etnik masyarakat murut ini mempercayai akan amalan anismisme iaitu setiap
pokok, batu, sungai dan bukit mempunyai roh sendiri. Kini, kebanyakan suku kaum
Murut majoritinya beragama kristian. Kaum Murut juga turut merayakan Perayaan
Pesta Kalimaran. Pesta Kalimaran ialah pesta yang sama seperti kaum
KadazanDusun yang menyambut Pesta Kaamatan. Ia disambut selepas musim menuai
padi mereka berakhir. Sehubungan itu, suku kaum Murut juga terkenal dengan
tarian tradisional iaitu Tarian Lansaran dan Tarian Mangunatip.

Definisi amalan menurut kamus dewan edisi keempat, amalan merupakan sesuatu perkara yang dilakukan, dilaksanakan, dan dikerjakan yang telah menjadi sebagai suatu kebiasaan dalam
masyarakat.  Amalan yang dimaksudkan adalah sebagai contohnya amalan yang telah dipraktikkan oleh masyarakat kaum Murut dalam kehidupan sosial mereka iaitu dari segi amalan dalam adat dan pantang larang dalam perkahwinan. Dalam pengertian adat “Barian Sampai Mati” ialah
Barian atau dalam bahasa Melayu “Mas Kahwin” dan dalam bahasa Inggeris “Dowry”.
Barian ialah nama yang diberi oleh masyarakat Murut bagi menunjukkan mas kahwin
ataupun barang-barang hantaran daripada keluarga pihak lelaki kepada keluarga
pihak perempuan semasa perkahwinan berlangsung. Oleh demikian, “Barian Sampai
Mati” bermaksud mas kahwin atau barang-barang hantaran yang dituntut atau
diminta oleh keluarga pihak perempuan daripada keluarga pihak lelaki bermula
dari perkahwinan sehingga ke akhir hayat. Adat “Barian Sampai Mati” sudah lama
diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi oleh masyarakat Murut di Sabah. Apabila
gadis Murut dikahwini oleh lelaki pilihan keluarga atau pilihan sendiri, barian
akan terus ditagih oleh keluarga pihak perempuan sehingga ke akhir hayat.
Meskipun sudah beranak pinak dan umur sudah menjangkau 30 hingga 90 tahun,
tetapi keluarga pihak perempuan masih meminta barian daripada pihak lelaki.

 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi keempat mendefinisikan magis sebagai sesuatu perkara yang luar biasa dan mengandungi sesuatu benda atau mempunyai keupayaan yang tersembunyi seperti sesuatu keadaan

yang tidak dapat dilihat yang dikatakan sebagai ghaib. Magis juga sering
dikatakan mempunyai hubungan erat dengan perbuatan sihir. Manakala, menurut
Honig, perkataan magis membawa maksud kepada perkataan imam.  Menurut kepercayaan masyarakat primitif
pengertian magis lebih luas daripada perkataan sihir. hal ini kerana, mereka
percaya bahawa magis adalah merupakan 
suatu cara berfikir dan suatu cara hidup yang mempunyai maksud lebih
tinggi daripada apa yang diperbuat oleh seorang ahli sihir. Di samping itu,
dalam masyarakat primitif juga, kedudukan magis sangat penting kerana ianya
boleh digunakan dalam  semua upacara
keagamaan,dalam masa yang sama juga sikap hidup orang-orang primitif, dari segi
sikap rohani mereka, adalah lebih bersifat magis kerana magis merupakan segala
perbuatan atau abstensi dari segala perbuatan mereka untuk mencapai suatu
maksud tertentu melalui kekuatan-kekuatan yang ada di alam ghaib.

 Konsep masyarakat pula membawa maksud suatu keseluruhan yang kompleks diantara
hubungan manusia yang sifatnya luas (Peter L. Berger). Beliau membahaskan bahawa
pengertian kompleks di sini sebagai keseluruhan itu terdiri atas
bahagian-bahagian yang membentuk suatu kesatuan. Dari penjelasan Berger
tersebut, dapat difahami bahawa masyarakat merupakan organisasi besar yang
terdiri beberapa lapisan dan bersifat sangat kompleks. Manakala, definisi
masyarakat menurut para ahli berikutnya datang dari Karl Marx. Menurut Karl Marx,
masyarakat merupakan seluruh hubungan ekonomis baik konsumsi maupun produksi
dan berasal dari kekuatan-kekuatan produksi ekonomi meyakini teknik dan karya.
Pengertian yang disampaikan oleh Karl Marx ini memandang masyarakat melalui
sudut pandang manusia sebagai makhluk ekonomis. Manakala, J.L. Gillin pula
mempunyai sudut pandang yang berbeza iaitu beliau memandang masyarakat sebagai
suatu kelompok manusia yang memiliki kebiasaan, tradisi, sikap dan perasaan
persatuan yang diikat oleh kesamaan. Pengertian ini merujuk kepada pemahaman
bahawa setiap kelompok masyarakat memiliki kebiasaan, tradisi, dan cara
bersikap yang berbeza.

          Definisi konsep istilah “Murut” di Sabah pula merujuk kepada kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai
hubungan rapat dengan suku kaum Dusun. Kaum murut, juga merupakan suku kaum
yang tertua di Sabah yang datang dari Annam, Indo-china dan kepulauan Filipina.
Menurut Pollard, istilah Murut berasal daripada akar kata ‘Purut’ iaitu
‘barian’ atau hantaran mas kahwin.  Murut
adalah istilah yang digunakan oleh beberapa penulis untuk merujuk kepada mereka
yang tinggal di Tanah Tinggi di utara Sarawak dan kawasan pendalaman Sabah.
Murut merupakan kaum peribumi yang kedua terbesar mendiami Sabah (Foong,
2004:47). Beberapa kajian etimologi telah dijalankan untuk memahami asal
perkataan ‘murut’. Sebahagian daripada pengkaji menggariskan ‘murut’ ke ‘belud’
tidak begitu sinonim. Oleh hal yang demikian, St John tahun 1856 (dlm, Langup,
1987) telah membuat kesimpulan tentang perkataan ‘murut’ adalah terbit daripada
perkataan ‘murud’ yang terletak di tanah Tanah Tinggi Kelabit.

Pada masa dahulu, suku kaum Murut Bookan mengamalkan banyak amalan kepercayaan magis kerana pada masa tersebut

masyarakat Murut Bookan belum mengenali agama-agama yang percaya kepada Tuhan.
Tetapi pada masa kini berlaku perubahan budaya iaitu kebanyakan masyarakat
Murut Bookan tidak lagi mengamalkan amalan kepercayaan magis kerana kebanyakan
masyarakat ini sudah mempunyai agama selepas penyebaran agama kristian ke
kawasan daerah Keningau. Keadaan ini kita boleh kaitkan dalam teori Morgan
dimana beliau telah meperkenalkan teorinya tentang evolusi budaya manusia. L.H.Morgan
(1818-1881) adalah
seorang peristis antropologi di Amerika terdahulu. Awal karyannya adalah
sebagai ahli hukum yang tinggal bersama dengan suku-suku Indian Iroquois di
Hulu suangi St. Lawrence (New York). Ia juga banyak melakukan penelitiannya di
sana iaitu untuk meneliti suku Indian Iroquois. Salah satu judul buku terutama
dari karya L.H.Morgan adalah Ancient Society (1877) yang berkaitan tentang
lapan tahap proses terjadinya evolusi kebudayaan secara universal.  Menurut Morgan evolusi kebudayaan secara
universal melalui lapan tahap ( Dadang Suparlan, 2007:223) iaitu, zaman liar
tua, zaman liar madya, zaman liar muda, zaman barbar tua, zaman barbar madya,
zaman peradaban purba, dan yang terakhir ialah zaman masa kini. Morgan telah
menerangkan tentang perubahan budaya dalam masyarakat daripada memungut hasil
hutan sampai ke zama logam. Hal ini boleh dikaitkan dengan kepercayaan amalan
magis dalam masyarakat Murut Bookan yang mengalami perubahan budaya iaitu pada
zaman dahulu banyak kepercayaan amalan magis dalam masyarakat Murut Bookan.
Tetapi semenjak kedatangan agama Kristian dan Islam ke Kampung Tulid maka
masyarakat Murut Bookan semakin sikit yang masih mengamalkan kepercayaan amalan
magis. Masyarakat Murut Bookan kebanyakan tinggal di kawasan pendalaman
keningau seperti kawasan Sook. Penyelidik telah memilih kawasan Kampung Tulid
kerana kebanyakan penduduk di Kampung Tulid adalah berbangsa Murut Bookan.
Justeru itu, kajian kami ini lebih kepada pemerhatian dan menggunakan kaedah
temu bual supaya dapat mendekati masyarakat Murut Bookan dan dapat mengenali
budaya mereka dengan lebih terperinci lagi. Kawasan Kampung Tulid berada di
Kawasan Keningau dan anggaran penduduk di kawasan ini adalah 600 orang. Menurut
Encik Anji Magulong, jumlah penduduk asal di Kampung Tulid pada masa dahulu
cuma sedikit sahaja iaitu hanya tiga keluarga sahaja yang ada di Kampung Tulid
pada masa dahulu. Masyarakat kaum Murut Bookan juga kaya dengan budaya yang
mempunyai keunikan yang tersendiri. Namun begitu, kebanyakan budaya-budaya
amalan kepercayaan kaum Murut semakin hilang ditelan zaman kerana masyarakat
pada masa kini semakin berubah kearah kehidupan yang lebih moden sehingga
mereka melupakan budaya mereka sendiri. Sebagai contoh, pada masa dahulu ramai
penduduk Kampung Tulid yang mempunyai kepandaian dalam amalan perubatan
tradisional tetapi pada masa kini pengamal prubatan tradisional semakin
dilupakan oleh masyarakat Murut Bookan. Kajian kami ini lebih berfokus kepada
tajuk kajian penyelidik iaitu amalan kepercayaan magis dalam masyarakat Murut
Bookan. Kumpulan penyeldik akan menjalankan kajian di Kampung Tulid untuk
mendapatkan maklumat kajian kami. Tujuan penyelidik menjalankan kajian terhadap
amalan magis dalam masyarakat Murut Bookan di Kampung Tulid adalah untuk
mengetahui apa jenis-jenis amalan kepercayaan magis yang diamalkan oleh mereka
dan kami juga akan mengetahui kesan amalan magis ini terhadap penduduk di
kawasan Kampung Tulid. Penyelidik juga akan mengetahui perubahan-perubahan yang
berlaku dalam amalan magis ini selepas kedatangan agama Kristian ke kawasan
Kampung Tulid kerana majoriti penduduk di Kampung Tulid sekarang adalah
beragama Kristian.

Jarak pekan Keningau pergi ke Kampung
Tulid ialah sejauh 75 km dan maksud perkataan Tulid itu lurus iaitu sentiasa
bersikap jujur atau bersikap lurus. Kampung Tulid diberi nama Tulid sebab masa
pada zaman dahulu penduduk di Kampung Tulid mempunyai sikap yang lurus serta
jujur. Kampung Tulid juga mempunyai jalan yang sangat lurus terletak di hadapan
Smk Tulid. Majoriti penduduk di Kampung Tulid adalah berbangsa Murut Bookan
serta ada juga kaum yang lain deperti Dusun, Cina dan sebagainya. Namun begitu,
kaum Murut adalah merupakan penduduk yang paling ramai di Kampung Tulid.
Anggaran penduduk yang ada di kampung Tulid adalah seramai 600 orang dan nama
Tulid adalah di warisi oleh nenek moyang secara turun temurun. Cara hidup kaum
Murut Bookan di kampung Tulid pada zaman dahulu adalah berpindah-rendah kerana
sekiranya ada di antara mereka yang di hidapi penyakit atau ada yang meninggal
dunia maka mereka akan berpindah ke kawasan lain .Tetapi pada masa kini kaum
Murut Bookan tinggal secara tetap di Kampung Tulid. Tempat pertama kawasan kaum
Murut Bookan tinggal ialah di Kampung Batu Lunguyan terapi mereka berpindah ke
Kampung Tulid. Menurut Encik Andrew Kinawa, asal perkataan Tulid berasal
daripada perkataan Murut Bookan ialah Matulid yang bermaksud lurus atau jalan
lurus. Kaum Murut Bookan berpindah ke kampung Tulid dari kampung Batu Lunguyan
pada masa dahulu kerana di kampung Batu Lunguyan telah di timpa pelbagai
bencana iaitu penduduk kampung di hidapi pelbagai penyakit serta beberapa
binatang babi hutan yang telah di buru oleh pemburu telah menjadi batu kerana
pemburu telah mempertawakan babi tersebut sehingga babi hutan itu telah di
sambar petir dan menjadi batu kerana telah di sumpah. Asal nama Batu Lunguyan
juga di ambil dari bahasa Murut Bookan kerana pada masa dahulu penduduk Murut
Bookan tinggal di kawasan Kampung Batu Lunguyan baru mereka berpindah ke Kawasan
kampung Tulid.  Jumlah penduduk di
kampung Tulid sekarang semakin ramai kerana banyak kemudahan sudah yang dibina
di Kampung Tulid. Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid juga telah dibina di
kawasan kampung Tulid sehingga banyak penduduk dari kampung lain menghantar
anak mereka bersekolah ke Smk Tulid. Keadaan ini telah menyebabkan kampung
Tulid menjadi tumpuan dari kampung lain. Menurut Anji Magulong, asal penduduk
di kampung Tulid cuma beberapa ahli keluarga saja tetapi pada masa kini semakin
ramai kerana banyak kemudahan yang telah didirikan. Kawasan kampung Tulid juga
mempunyai kawasan yang sangat strategik dan mempunyai tanah yang rata serta
menjadi laluan oleh penduduk dari kampung lain untuk ke pekan Keningau.


Terdapat beberapa andaian dibuat
berdasarkan amalan terhadap beberapa persamaaan antara suku kaum Mois dan suku
kaum Murut.   Kebiasaannya kaum Murut ini
merupakan suku etnik ketiga terbesar di Sabah. Di Sarawak pula, terdapat juga
suku kaum Murut, akan tetapi suku kaum ini amat sedikit kerana kaum ini
terletak di bawah kaum orang ulu iaitu mewakili peribumi sahaja. Kaum Murut di
Sabah menetap di Tenom, Kemabong, Pensiangan, dan kawasan Keningau. Kaum Murut
di Sabah terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Timugon, Paluan, Sembakung,
Bookan, Kalabakan, dan Murut Serundung. Selain itu, kaum Murut juga mendiami di
rumah panjang yang berhampiran dengan tepi sungai. Kaum Murut kebanyakan
menganut agama kristian dan sebahagian lagi menganut agama Islam.


Menurut Hose dan McDougall
(1912:247), amalan budaya suku kaum Mois di Annam mempunyai persamaan dengan
kaum Murut. Oleh hal yang demikian, mereka membuat kesimpulan bahawa Murut di
percayai berasal daripada tanah besar Annam. Ruther (1992) juga menyatakan bahawa
kaum Murut mempunyai pertalian dengan kaum asli dari tanah tinggi Burma dan
Farmosa serta mereka berasal daripada Annam dan berhijrah ke Borneo melalui
kepulauan Filipina. Murut juga merupakan kumpulan Pagan terbesar di Borneo
Utara dan dipercayai menjadi penduduk asal Borneo. Mengikut andaian Whelan
(1970:24-27), masyarakat Murut terbentuk melalui penghijrahan dari selatan
China ke Vietnam dan dari Vietnam ke Filipina, seterusnya berkembang ke Borneo
Utara dan dipercayai menjadi penduduk asal Borneo Utara. Fakta tentang
asal-usul Murut agak longgar kerana tidak didukungi oleh fizikal dan amalan
budaya.

Pollard (1993:140) menyatakan

perkataan Murut digunakan untuk kumpulan yang tinggal di Terusan, Lawas dan
Limbang. Mereka juga dikenali sebagai Lun Bawang. Suku kaum ini mempunyai
persamaan dengan suku kaum yang tinggal di Adang dan Baram yang dikenali
sebagai Kelabit dan Tahol bagi kumpulan yang tinggal di Sabah. Prentice (1972)
menyatakan Murut di Sabah mempunyai perbezaan dari segi budaya budaya dan bahasa
dengan Murut Sarawak. Masyarakat Murut di Sarawak kelihatan lebih maju dari
aspek pertanian kerana mereka telah mengamalkan cara penanaman padi bukit
seperti membajak dan menggunakan kerbau, sedangkan cara sebegini tidak wujud di
Sabah. Kebanyakan kaum Murut yang tinggal di pendalaman Sabah menjalankan
aktiviti pertanian seperti menanam padi, getah dan kelapa sawit dan sebagainya.
Dari segi bahasa, kedua-dua suku kaum ini menggunakan bahasa yang sama, iaitu
Austronesia. Bahasa Murut di Sarawak mempunyai persamaaan dengan dialek yang
digunakan oleh rumpun Murut yang tinggal di Kalimantan Barat, manakala bahasa-bahasa
Murut di Sabah mempunyai persamaan dengan bahasa satu kaum yang tinggal di
Kalimantan Utara dan Kepulaun Sulu. Masyarakat Murut yang ada di Sabah
mempunyai adat-istiadat yang berlainan dan mempunyai bahasa yang berbeza tetapi
ada sedikit persamaan.


ISTILAH MURUT

            Perkataan ‘Murut’ di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di pendalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku kaum Dusun. Kaum murut, juga merupakan suku kaumyang tertua di Sabah yang datang dari Annam, Indo-china dan kepulauan Filipina.Menurut Pollard, istilah Murut berasal daripada akar kata ‘Purut’ iaiatu
‘barian’ atau hantaran mas kahwin. 

Murutadalah istilah yang digunakan oleh beberapa penulis untuk merujuk kepada mereka
yang tinggal di Tanah Tinggi di utara Sarawak dan kawasan pendalaman Sabah.
Murut merupakan kaum peribumi yang kedua terbesar mendiami Sabah (Foong, 2004:47).
Beberapa kajian etimologi telah dijalankan untuk memahami asal perkataan
‘murut’. Sebahagian daripada pengkaji menggariskan ‘murut’ ke ‘belud’ tidak
begitu sinonim. Oleh hal yang demikian, St John tahun 1856 (dlm, Langup, 1987)
telah, membuat kesimpulan tentang perkataan ‘murut’ adalah terbit daripada
perkataan ‘murud’ yang terletak di tanah Tanah Tinggi Kelabit. Umumnya langgup
(1987:31) merujuk kepada suku kaum kaum yang tinggal di kawasan persekitaran
gunung tersebut. Di Sabah, kumpulan masyarakat Murut ini tidak seragam kerana
mereka menggamalkan bahasa dan adat yang berbeza. Berlandaskan bahasa dan adat
inilah yang mengklasifikasikan mereka kepada kumpulan-kumpulan kecil.
Sekurang-kurangnya terdapat dua rumpun besar dalam masyarakat Murut. Pertama,
Murut dataran tanah rendah dan kedua adalah Murut dataran tanah tinggi. Murut
tanah rendah ialah Timugon, Nabai, Bookan. Manakala, Murut dataran tanah tinggi
ialah Tahol, Paluan, Dalit, Sepulut, Sumambu, Alumbis, Kolor dan Salalir
(Prentice, 1972; Appell, 1968: 10-12). Rutter (1992: 65-66) juga membahagikan
kumpulan Murut kepada dua kumpulan iaitu pertama, Murut tanah rendah dan kedua,
Murut tanah tinggi. Murut yang mendiami tanah rendah agak sedikit bilangannya
jika dibandingkan dengan Murut yang mendiami di tanah tinggi. Murut tanah
rendah adalah daripada golongan yang mendiami tanah rata keningau yang
dipanggil Murut Nabai, Bookan dan Timugon yang menduduki kawasan tanah rata
Tenom.

MASYARAKAT MURUT SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN BRITISH


a.Sebelum kedatangan British

          Sebelumkedatangan British, masyarakat Murut terkenal dengan amalan adat yang unik danluar biasa. Di samping itu, juga mereka hidup berpuak-puak dan tinggal di
rumah-rumah panjang. Pada masa dahulu kaum Murut ini saling berperang dan
membunuh antara kaum Murut dengan kaum yang lain. Kehidupan secara berkelompok
ini menyebabkan mereka agak terasing walaupun daripada suku kaum mereka
sendiri. Tambahan lagi mereka dipisahkan dengan hutan belantara kerana
masyarakat Murut suka tinggal dikawasan hutan yang tersembunyi daripada pihak
musuh. Kemenangan dalam peperangan merupakan satu kebanggaan bagi suku kaum
Murut. Tambahan lagi, apabila mereka dapat memengal kepala pihak musuh. Menurut
Roth (1996; 173), perayaan yang paling penting dalam suku kaum Murut adalah
perayaan medapatkan kepala baru. Kebiasaannya, perayaan ini diadakan pada masa
bulan sabit atau bulan baru. Oleh hal yang demikian, semua anggota dilarang
membuat sebarang pekerjaan kecuali membuat persiapan untuk upacara tersebut.
Dalam bentuk piramid dengan jarak tapak antara 20 kaki, tiga batang buluh
diikat dengan ketinggian 20 hingga 50 kaki. Sementara itu, batang buluh yang
panjangnya 10 hingga 12 kaki dijuntaikan ke bawah dari atas dan hujungnya
dihiasi dengan ingkun yang diperbuat
daripada rumput atau rautan kayu lembut untuk menghasilkan bendera merah diikat
dihujung bunga. Selain itu, sebiji buah kering dengan pacakan bendera merah
diikat dihujung buluh yang mengambarkan kepala. Pada masa itulah, semua rumah
dihiasi jurai-jurai kayu ang diletakkan pada alang kayu, keadaan pada masa itu
mengambarkan satu suasana keberanian dan kematian. Tiga lubang sedalam tiga aki
digali di tengah-tengah pyramid dan tanah galian tersebut. Dibentuk menjadi
buaya yang berukuran enam kaki lebar, 30 hingga 40 kaki panjang. Pada hari
perayaan, semua penghuni rumah dan kampung akan berhimpun yang diketuai oleh
pemenggal kepala dan isterinya. Seterusnya, lelaki dan perempuan akan duduk
bertentangan mengelilingi lubang tersebut sambil menjerit secara
bergilir-gilir. Prentice (1972) menyatakan terdapat tiga kelas hamba dalam
masyarakat Murut. Kelas pertama merupakan tawanan perang yang berkemungkinan
dibunuh tetapi sekiranya diterima oleh kelompoknya, mereka akan dijadikan hamba
kelas kedua. Sekiranya, hamba kelas kedua berkahwin dengan salah seorang
daripada kelompok yang bebas, maka anak-anak mereka tergolong dalam hamba kelas
ketiga. Sebelum kedatangan pihak British, masyarakat Murut Bookan mempunyai
pelbagai ajaran atau kepercayaan terhadap amalan magis.


a.    Murut selepas kedatangan British

          Sejak kedatangan British, pelbagai perubahan berlaku dalam amalan dan budaya yang
luar biasa ini secara berperingkat-peringkat. Malah, sistem kepercayaan turut
mengalami perubahan. Kini, amalan dan kepercayaan animisme telah banyak
terhakis mengakibatkan budaya dan adat lapuk telah bertukar menjadi satu budaya
yang lebih pratikal, bersesuaian dengan peredaran masa. Namun, terdapat
beberapa sistem kepercayaan, adat dan budaya yang agak unik masih diamalkan. Di
samping itu, kedatangan British juga telah memberi ruang kepada perubahan
sistem ekonomi yang lebih terancang. Pengabaian aspek kesihatan menyebabkan
penurunan jumlah kependudukan yang ketara kerana disebabkan penularan penyakit
seperti wabak malaria, cacar, deman, dan selesma dalam masyarakat Murut. Hal
ini mendatangkan kebimbangan bagi pihak British. Oleh hal yang demikian, pihak
British telah menyusun strategik dengan mewujudkan klnik-klinik di kawasan
pendalaman. Mubaligh-mubaligh Kristian juga telah disebarkan kepada masyarakat
Murut semasa kedatangan British ke Sabah. Pandeta Bill dan Shirley Lees telah
menghabiskan masa selama 14 tahun untuk mengembangkan agama Kristian dalam
masyraakat Murut pada tahun 1950-an. Dalam catatannya, dia telah dibantu oleh
seorang lelaki daripada suku kaum Lun Bawang yang bernama Amat. (Bill &
Lees, 1987:57). Pemerhatian penyelidik di Kampung Tulid kebanyakan masyarakat
di Kampung Tulid adalah beragama Kristian Katolik kerana menurut kepercayaan
pada masa dahulu kerajaan Rom bertapak di Keningau maka tersebarlah ajaran
agama Kristian Katolik. Gaya kehidupan penduduk di Kampung juga meningkat dari
segi ekonomi. Sebagai contoh, pada zaman dahulu kebanyakan masyarakat Murut
tinggal dihutan dan pekerjaan mereka hanya memungut hasil hutan. Semenjak
kedatangan British gaya ekonomi masyarakat kampung mulai berubah kepada bertani
dan berladang kerana pelbagai kepakaran atau inisiatif baru yang telah
diperkenalkan oleh pihak Bristish. Kepercayaan amalan magis dalam masyarakat
Murut juga semakin dilupakan selepas kedatangan agama Kristian kerana
kebanyakan masyarakat penduduk di Kampung Tulid sudah mempunyai agama. Ramai
penduduk yang telah meningalkan ajaran lama mereka dan membakar buku-buku atau
azimat yang telah digunakan oleh mereka sebelum kedatangan agama Kristian. Oleh
itu, semenjak kedatangan British, telah berlaku perubahan dalam masyarakat
penduduk di Kampung Tulid dari segi amalan kepercayaan magis kepada percaya
kuasa Tuhan kerana dengan adanya agama Kristian.



MASYARAKAT MURUT SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN BRITISH


a.Sebelum kedatangan British

          Sebelumkedatangan British, masyarakat Murut terkenal dengan amalan adat yang unik dan luar biasa. Di samping itu, juga mereka hidup berpuak-puak dan tinggal di
rumah-rumah panjang. Pada masa dahulu kaum Murut ini saling berperang dan
membunuh antara kaum Murut dengan kaum yang lain. Kehidupan secara berkelompok
ini menyebabkan mereka agak terasing walaupun daripada suku kaum mereka
sendiri. Tambahan lagi mereka dipisahkan dengan hutan belantara kerana
masyarakat Murut suka tinggal dikawasan hutan yang tersembunyi daripada pihak
musuh. Kemenangan dalam peperangan merupakan satu kebanggaan bagi suku kaum
Murut. Tambahan lagi, apabila mereka dapat memengal kepala pihak musuh. Menurut
Roth (1996; 173), perayaan yang paling penting dalam suku kaum Murut adalah
perayaan medapatkan kepala baru. Kebiasaannya, perayaan ini diadakan pada masa
bulan sabit atau bulan baru. Oleh hal yang demikian, semua anggota dilarang
membuat sebarang pekerjaan kecuali membuat persiapan untuk upacara tersebut.
Dalam bentuk piramid dengan jarak tapak antara 20 kaki, tiga batang buluh
diikat dengan ketinggian 20 hingga 50 kaki. Sementara itu, batang buluh yang
panjangnya 10 hingga 12 kaki dijuntaikan ke bawah dari atas dan hujungnya
dihiasi dengan ingkun yang diperbuat
daripada rumput atau rautan kayu lembut untuk menghasilkan bendera merah diikat
dihujung bunga. Selain itu, sebiji buah kering dengan pacakan bendera merah
diikat dihujung buluh yang mengambarkan kepala. Pada masa itulah, semua rumah
dihiasi jurai-jurai kayu ang diletakkan pada alang kayu, keadaan pada masa itu
mengambarkan satu suasana keberanian dan kematian. Tiga lubang sedalam tiga aki
digali di tengah-tengah pyramid dan tanah galian tersebut. Dibentuk menjadi
buaya yang berukuran enam kaki lebar, 30 hingga 40 kaki panjang. Pada hari
perayaan, semua penghuni rumah dan kampung akan berhimpun yang diketuai oleh
pemenggal kepala dan isterinya. Seterusnya, lelaki dan perempuan akan duduk
bertentangan mengelilingi lubang tersebut sambil menjerit secara
bergilir-gilir. Prentice (1972) menyatakan terdapat tiga kelas hamba dalam
masyarakat Murut. Kelas pertama merupakan tawanan perang yang berkemungkinan
dibunuh tetapi sekiranya diterima oleh kelompoknya, mereka akan dijadikan hamba
kelas kedua. Sekiranya, hamba kelas kedua berkahwin dengan salah seorang
daripada kelompok yang bebas, maka anak-anak mereka tergolong dalam hamba kelas
ketiga. Sebelum kedatangan pihak British, masyarakat Murut Bookan mempunyai
pelbagai ajaran atau kepercayaan terhadap amalan magis.


a.    Murut selepas kedatangan British

          Sejak kedatangan British, pelbagai perubahan berlaku dalam amalan dan budaya yang

luar biasa ini secara berperingkat-peringkat. Malah, sistem kepercayaan turut
mengalami perubahan. Kini, amalan dan kepercayaan animisme telah banyak
terhakis mengakibatkan budaya dan adat lapuk telah bertukar menjadi satu budaya
yang lebih pratikal, bersesuaian dengan peredaran masa. Namun, terdapat
beberapa sistem kepercayaan, adat dan budaya yang agak unik masih diamalkan. Di
samping itu, kedatangan British juga telah memberi ruang kepada perubahan
sistem ekonomi yang lebih terancang. Pengabaian aspek kesihatan menyebabkan
penurunan jumlah kependudukan yang ketara kerana disebabkan penularan penyakit
seperti wabak malaria, cacar, deman, dan selesma dalam masyarakat Murut. Hal
ini mendatangkan kebimbangan bagi pihak British. Oleh hal yang demikian, pihak
British telah menyusun strategik dengan mewujudkan klnik-klinik di kawasan
pendalaman. Mubaligh-mubaligh Kristian juga telah disebarkan kepada masyarakat
Murut semasa kedatangan British ke Sabah. Pandeta Bill dan Shirley Lees telah
menghabiskan masa selama 14 tahun untuk mengembangkan agama Kristian dalam
masyraakat Murut pada tahun 1950-an. Dalam catatannya, dia telah dibantu oleh
seorang lelaki daripada suku kaum Lun Bawang yang bernama Amat. (Bill &
Lees, 1987:57). Pemerhatian penyelidik di Kampung Tulid kebanyakan masyarakat
di Kampung Tulid adalah beragama Kristian Katolik kerana menurut kepercayaan
pada masa dahulu kerajaan Rom bertapak di Keningau maka tersebarlah ajaran
agama Kristian Katolik. Gaya kehidupan penduduk di Kampung juga meningkat dari
segi ekonomi. Sebagai contoh, pada zaman dahulu kebanyakan masyarakat Murut
tinggal dihutan dan pekerjaan mereka hanya memungut hasil hutan. Semenjak
kedatangan British gaya ekonomi masyarakat kampung mulai berubah kepada bertani
dan berladang kerana pelbagai kepakaran atau inisiatif baru yang telah
diperkenalkan oleh pihak Bristish. Kepercayaan amalan magis dalam masyarakat
Murut juga semakin dilupakan selepas kedatangan agama Kristian kerana
kebanyakan masyarakat penduduk di Kampung Tulid sudah mempunyai agama. Ramai
penduduk yang telah meningalkan ajaran lama mereka dan membakar buku-buku atau
azimat yang telah digunakan oleh mereka sebelum kedatangan agama Kristian. Oleh
itu, semenjak kedatangan British, telah berlaku perubahan dalam masyarakat
penduduk di Kampung Tulid dari segi amalan kepercayaan magis kepada percaya
kuasa Tuhan kerana dengan adanya agama Kristian.



KEPERCAYAAN AMALAN MAGIS DALAM MASYARAKAT MURUT BOOKAN


KEPERCAYAANAMALAN MAGIS DALAM PERUBATAN TRADISIONAL KAUM MURUT BOOKAN



Pada zaman dahulu, masyarakat sukukaum Murut Bookan di Kampung Tulid banyak mempunyai kepakaran dalam membaiki orang sakit dengan menggunakan kaedah tradisional. Namun begitu, amalan kepercayaan magis dalam perubatan tradisional masyarakat suku kaum Murut Bookansemakin dilupai kerana masyarakat Kampung Tulid tidak ingin mewarisikepercayaan nenek moyang mereka. Di Kampung Tulid terdapat beberapa orang yang mempunyai kepakaran dalam mengubati orang sakit.

Antara pengamal perubatan yang masih ada di Kampung Tulid sekarang ialah Bobolian dan pengamal perubatan dikalanganbeberapa kaum perempuan di kampung Tulid. Pada masa dahulu, kumpulan Bobolian adalah sangat ramai tetapi ramai sudah yang meningal dunia dan sekarang dalam anggaran tinggal 5 orang lagi yang masih hidup di Kampung Tulid. Bobolian ini biasanya terdiri daripada golongan wanita yang mempunyai kebolehan dalam
menyembuhkan sebarang penyakit yang dihidapi oleh masyarakat di Kampung Tulid.
Sebelum adanya klinik di kampung Tulid ramai penduduk kampung atau dari Kampung
lain pergi berjumpa dengan Bobolian untuk meminta penyakit mereka disembuhkan.
Antara alat, yang digunakan oleh Bobolian semasa menjalankan amalan perubatan
tradisional di Kampung Tulid ialah besen besar, mangkuk, batu tinogom (batu hitam yang berlubang), air
jernih yang belum dimasak dan lonceng besi untuk dibunyikan semasa Bobolian
menjalankan aktiviti perubatan.

Semasa Bobolian menjalankan aktiviti perubatan terdapat beberapa langkah dalam proses melaksanakan perubatantradisional suku kaum Murut Bookan. Langkah pertama ialah, Bobolian mengambil besen kosong dan isi dengan air jernih yang belum dimasak. Selepas itu, langkah yang kedua ialah Bobolian akan menutup besi itu dengan mangkuk kecil baru
Bobolian menyuruh si pesakit untuk baring di atas tikar atau dimana-manan
tempat yang sesuai untuk si pesakit baring. Langkah yang ketiga ialah Bobolian
akan menanyakan soalan kepada pesakit dimana tempat dia merasa sakit didalam
anggota badannya. Langkah yang kelima ialah selepas si pesakit menunjukkan
dimana bahagian badan dia yang sakit baru Bobolian akan menyanyikan satu lagu
dengan bahasa asing yang tidak boleh difahami. Tujuan Bobolian menyanyi
menggunakan bahasa yang tidak difahami adalah untuk berhubung dengan roh atau
dewa supaya menyembuhkan penyakit si pesakit. Semasa Bobolian ini menyanyi ia
akan memainkan lonceng sebgai tanda untuk memangil itu semangat supernatural
supaya dapat memperbaiki sakit yang dihidapi oleh si pesakit.

Semasa Bobolian menyanyi sambil memukul lonceng ke dalam besen yang ditutupi dengan mangkuk maka air yang berada didalam besen akan menjadi keruh secara tiba-tiba semua yang ada dianggota badan si pesakit seperti kayu, duri, besi kecil, paku akan keluar
didalam besen. Selepas itu, Bobolian akan menghisap dimana tempat anggota badan
yang si pesakit merasa sangat sakit. Semasa Bobolian menghisap dimana tempat
anggota badan si pesakit merasa sakit kebanyakan yang akan keluar ialah kaca,
paku kecil, pasir, daun, kayu, ranting kayu dan benang sebagainya.Justeru itu,
Boblian ini mempunyai kebolehan dalam menghisap apa-apa benda yang telah
memasuki ke dalam badan manusia. Selepas selesai Bobolian melaksanakan
perubatan tradisional maka sebarang sakit-sakit badan yang ada di dalam si
pesakit pun akan hilang. Kebiasaannya pesakit yang pergi meminta perubatan
tradisional kepada Bobolian akan memberikan seekor ayam atau duit Rm 10 untuk
memberi sumbangan kepada yang mengubati sakit mereka. Bobolian akan memberikan
pantang larang yang patut dipatuhi oleh si pesakit supaya penyakitnya dapat
disembuhkan. Bobolian mempunyai keistimewaan dengan berbicara dengan
kuasa-kuasa roh atau maana-mana kuasa supernatural untuk pertolongan semasa
menjalankan pengamalan perubatan tradisonal ini.

Terdapat juga penduduk Kampung Tulid golongan lelaki yang mempunyai kepakaran dalam mengamalkan ubatan tradisional suku Kaum Murut Bookan. Iaitu, di Kampung Tulid terdapat seorang penduduk yang mempunyai kebolehan dalam mengubati orang yang terseliuh kaki atau tangan.
Iaitu, orang ini juga boleh mengurut orang yang bengkak kaki atau terlepas
tangan dengan mengunakan pelbagai cara. Apabila ada orang kampung yang terlepas
pergelangan tangan maka mereka akan pergi berjumpa denga orang yang mempunyai
kebolehan untuk memperbaiki tangan dari terseliuh. Semasa penduduk kampung
hendak pegi berubat maka mereka hendaklah membawa minyak yang belum dimasak
untuk digunakan sebagai mengurut di pergelangan tangan oleh orang yang
terseliuh. Selepas perubatan selesai maka si pesakit hendaklah memberikan
seekor ayam atau duit Rm 10 untuk diberikan sumbangan mereka yang mengubati
tangan si pesakit dari terseliuh. Semasa upacara perubatan dijalankan terdapat
beberapa bahasa ganjil yang digunakan dan ayat-ayat mantera. Oleh itu,
masyarakat Murut Bookan mempunyai amalan kepercayaan magis dalam perubatan
tradisional dan amalan ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat di Kampung
Tulid. Walaupun ada klinik kesihatan yang didirikan di Kampung Tulid tetapi
masih ramai juga penduduk kampung Tulid pergi berjumpa dengan pengamal
perubatan tradisional.



KEPERCAYAAN AMALAN MAGIS DALAM PERKAHWINAN SUKU KAUM MURUT BOOKAN

          Menurut ketua Kampung Tulid iaitu Encik Anji Magulong, dalam perkahwinan suku kaum Murut Bookan, mereka mempunyai pelbagai jenis kepercayaan terhadap kuasa alam

semula jadi sekiranya mereka melanggar pantang larang semasa dan sebelum adat
perkahwinan sedang dijalangkan. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dijauhi ketika rombongan pengantin berangkat ke rumah pengantin perempuan. Jika cuaca mendung, keberangkatan ke rumah pengantin lelaki perlu ditangguhkan sehingga cuaca cerah. Mereka percaya, pengantin yang terkena air hujan pada hari perkahwinan akan mudah dihinggapi
penyakit. Jika berlaku kematian secara tiba-tiba dalam kampung itu pada hari
perkahwinan, keberangkatan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga esok. Jika
diteruskan juga, mereka percaya salah seseorang daripada pasangan itu akan
mati. Sewaktu kedua-dua mempelai menuruni tangga dan meninggalkan rumah, mereka
dilarang menoleh ke belakang. Kalau adat ini dilanggar dipercayai salah seorang
keluarga pihak perempuan akan dikahwini oleh keluarga pengantin lelaki. Amalan
ini tidak digalakkan oleh kaum Murut Bookan di Kampung Tulid. Jika melalui
jalan sungai, pengantin perempuan mestilah di angkat. Jikalau terkena air,
dipercayai anak sulung pasangan itu akan mati. Apabila tiba di rumah pengantin
lelaki, pengantin perempuan ditempatkan disebuah bilik khas. Dia akan ditemani
oleh beberapa orang gadis daripada pihak pengantin lelaki. Setelah mengetahui
ketibaan perempuan, saudara mara dan sahabat handai pihak lelaki akan membawa
pelbagai jenis buah tangan untuk pasangan pengantin. Pada malam harinya,
kedua-dua pengantin itu dikhendaki makan bersama-sama dengan berlaukan seekor
ayam yang telah dimasak khas untuk mereka berdua. Ketika hendak tidur, si suami
diwajibkan menyenangkan hati isterinya seperti berjenaka dan memberi hadiah
tradisi seperti sumpitan. Menurut Puan Nancy Rumanas, di dalam Kampung Tulid,
penduduk suku kaum Murut dilarang berkahwin dengan saudara mereka yang terdekat
kerana sekiranya mereka melanggar juga pantang ini maka ada sesuatu musibah
akan berlaku dalam keluarga mereka dan anak mereka juga akan menjadi cacat.
Tumbuh-tumbuhan tanaman mereka juga akan diganggu dan menjadi tidak subur
kerana mereka telah melanggar pantang larang tersebut. Menurut Encik Tangulon
Sugawan, sebelum berkahwin pihak lelaki tidak boleh berjumpa dengan pihak
perempuan pihak perempuan juga tidak boleh pergi ke rumah pihak lelaki kerana
berian si isteri akan berkurang sekiranya pantang ini dilarang. Semua Penduduk
di Kampung Tulid ibarat satu keluarga dan mereka dibenarkan untuk berkahwin
daripada luar kaum mereka supaya kumpulan suku kaum Murut Bookan menjadi besar.
Oleh itu, suku kaum Murut Bookan mempunyai pelbagai amalan kepercayaan magis
dalam perkahwinan yang perlu dipatuhi supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak
ingin dipatuhi.


KEPERCAYAAN AMALAN MAGIS SUKU KAUM MURUT BOOKAN DALAM KEMATIAN

            Dalam adat perkahwinan suku kaum Murut Bookan jugamempunyai adat dan pantang larang larang yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Murut supaya tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diingin akan berlaku.

Iaitu, dalam semasa berlaku kematian di Kampung Tulid semua penduduk Kampung
Tulid tidak boleh pergi menjalankan sebarang aktiviti pekerjaan seperti menanam
padi dan sebagainya. Sekiranya, mereka melanggar pantang larang tersebut maka
mereka akan diganggu oleh roh si mati atau dibawa roh jahat semasa menjalankan
aktiviti pekerjaan. Binatang seperti kucing hendaklah ditangkap supaya tidak
berkeliaran dikawasan rumah si mati kerana menurut kepercayaan suku kaum Murut
Bookan sekiranya kucing tersebut melangkah mayat si mati maka mayat itu akan
hidup semula. Menurut, Encik Amik Tanggulon, pernah berlaku pada zaman dahulu
apabila ada seekor kucing pergi melangkah mayat si mati maka mayat itu pun
bangkit semula dan orang kampung dikawasan tersebut pun lari pindah keseberang
sungai kerana menurut kata orang tua mayat yang bangkit semula tidak boleh
menyentuh air. Menurut Tangulon sugawan pula, sekiranya ada seeokr burung besar
berwarna hitam di Kampung berterbangan dikawasan kampung dan menghasilkan bunyi
‘krok-krok’ maka itu merupakan satu petanda yang tidak baik. Apabila terdengar
atau ternampak burung tersebut terbang pada waktu malam maka itu menunjukkan
satu petanda ada penduduk Kampung yang ditimpa musibah atau meninggal dunia.
Kaum Murut juga percaya sekiranya hujan lebat tidak pernah berhenti-henti juga
maka itu menunjukka      n ada petanda
bahawa ada orang yang akan meninggal dunia. Mayat itu juga hendaklah sentiasa
dijaga supaya tidak diganggu oleh roh jahat. Tetapi semenjak kedatangan agama
Kristian di Kampung Tulid maka setiap ada berlaku kematian kategis atau paderi
akan dijemput ke rumah si mayat tersebut untuk memberkati mayat tersebut atau
menjalankan upacara sembahyang bersama-sama keluarga si mati dengan orang
kampung. Selepas hari ketujuh pihak keluarga akan menyediakan satu rumah kecil
dan menyediakan pelbagai jenis makanan serta tajau kecil yang telah disediakan
kedalam rumah kecil itu untuk memangil roh si mati datang balik ke rumah
keluarganya untuk diberi makan. Selalunya upacara ini akan dijalankan oleh
kumpulan bobolian dan dibantu oleh penduduk kampung Tulid. Upacara ini akan
dijalankan pada waktu malam dan Bobolian akan menyediakan tepung putih
dikawasan rumah kecil yang dibina untuk memberi untuk mengetahui roh si mati
datang pergi makan. Kumpulan bobolian akan memukul gong sambil menggunakan
bahasa yang tidak boleh difahami untuk memangil roh si mati untuk makan makanan
yang disediakan oleh keluarganya. Semasa upacara ini dijalankan semua lampu
akan dimatikan supaya roh itu akan kembali ke rumah keluarganya untuk diberi
makan. Mereka akan meletakkan tepung dikawasan tempat memberi makan kepada roh
simpati supaya mereka dapat melihat tapak kaki roh yang pergi makan makanan
yang telah disediakan.

KEPERCAYAAN TERHADAP ROH DAN PANTANG LARANG

Pada zaman dahulu kaum Murut percaya kepada roh dan mempunyai banyak kepercaaan patang larang kerana pada masa itu agama seperti Kristian, Hindu, Islam dan Budha belum tersebar di Sabah lagi.
Murut mempunyai banyak kepercayaan ritual yang tersendiri. Amalan ritual yan
sering dilakukan oleh kaum Murut ialah amparawak.
Amalan ini dilakukan kerana untuk mengubati orang sakit dan memanggil semangat.
Kaum Murut Bookan memangil sebagai Bobolian untuk mereka yang pandai mengubati
orang yang sakit.

Masyarakat Murut juga percaya dengan objek seperti haiwan, pokok dan benda-benda hidup yang lain juga mempunyai semangat dan boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada mereka.Tempat-tempat tersebut mempunyai penunggu yang dipanggil sebagai amahun. Amahun mendiami kawasan-kawasan tertentu seperti pokok-pokok besar,
batu besar, gua, batu, air terjun dan kawasan yang masih belum diteroka oleh
manusia. Oleh hal demikian, mereka hendaklah sentiasa berhati-hati ketika
berada dikawasan tersebut bagi menggelakkan diusik oleh mahkluk halus. Malah
mereka juga tidak boleh meneroka atau menganggu kawasan tersebut dan perlu
meminta izin amahun dulu yang tinggal
di kawasan tersebut. Sekiranya seseorang tersebut menganggu kawasan mahkluk
tersebut, orang itu boleh dilanda kesusahan seperti diserang penyakit,
meninggal dunia dan pelbagai lagi.

Masyarakat Murut juga percaya roh si mati akan ditempatkan di satu tempat yang kekal diatas iaitu semua roh berhimpun disitu. Mereka juga menggamalkan pantang larang dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya ialah wanita yang sedang mengandung anak sulung terikat kepada pantang larang. Sbagai contoh, sebaik sahaja seseorang wanita itu hendak
melahirkan anak pertama, dia tidak boleh digalakkan menutup pintu atau tingkap
kerana dikhuatiri bayi tidak boleh keluar. Selain itu, api tidak boleh dipadam
pada waktu malam hingga ke pagi kerana di khuatiri bayi akan mati. Bahkan,
terdapat juga beberapa jenis makanan yang tidak boleh dimakan, sama ada oleh si
suami atau si isteri seperti daging rusa kerana bayi akan menjadi gila atau
mengalami penyakit kulit. Mereka digalakkan memakan daging burung merak
(Pheasant –lophura rufa) kerana mereka percayai sekiranya memakan burung merak
maka anak mereka akan menjadi pandai. Manakala, apabila mereka tidak memakan
burung tersebut, umur anak mereka akan menjadi pendek.

Masyarakat Murut juga percaya kepada

semangat padi kerana padi merupakan makanan harian masyarakat kaum Murut.
Masyarakat Murut perlu mematuhi beberapa adat dan panatang larang untuk menanam
padi kerana sekiranya dilanggar maka pertumbuhan padi akan terbantut. Sebagai
contoh, sekiranya ada yang meninggal dunia di kampung mereka maka penduduk
kampung tidak boleh menanam padi kerana kesuburan tanaman mereka akan terbntut
serta mereka juga akan didenda atau lebih dikenali sebagai sogit dalam
masyarakat Murut. Masyarakat Murut juga akan menanam padi mengikut kepada
kepercayaan fenomena alam iaitu mereka akan melihat pada bulan untuk tarikh
menanam padi yang sesuai. Sekiranya separa bulan timbul dan tenggelam maka masa
tersebutlah yang paling sesuai untuk menananam padi. Apabila berlaku purnama
bulan maka ia tidak sesuai untuk menanam padi kerana tumbuh-tumbuhan padi tidak
menjadi subur dan akan diganggu oleh haiwan perosak.

  KEPERCAYAAN TERHADAP BINATANG

Kaum Murut mempunyai kepercayaan yang tersendiri terhadap binatang. Sebagai contoh kepercayaan terhadap kucing (ungau) atau anjng (uku) yang datang secara tiba-tiba ke rumah mereka, binatang tersebut akan membawa tuah atau nasib. Manakala, sekiranya anjing dan kucing yang datang itu lari dari tuan mereka maka itu menunjukkan mereka akan mendapat malapetaka atau sial. Oleh hal yang demikian mereka akan mencari tuan baru dan
membawa segala nasib yang baik. Murut juga percaya haiwan akan memberi hukuman
kepada mansia yang melanggar larangan atau adat. Antara haiwan yang dikaitkan
dengan hukuman ialah sejenis burung lapikut, buayo (buaya), mondou
(harimau/kucing hutan) dan buhang (sejenis haiwan atau kelawar). Kempat-empat haiwan tersebut berperanan untuk memberikan hukuman kepada manusia yang telah membuat salah. Antara hukuman yang dikenakan ialah ongokos ulu (memutarkan kepala ke belakang sehingga mati) dan lidah akan ditarik keluar sehingga sampai ke paras lutut. Binatang-binatang juga memunyai tugas-tugas yang tersendiri. Sebagai contoh, mondou akan
menghukum orang yang mempertawakan antut (kentut), Lampikut pula akan menghukum
orang yang mempertawakan perbuatan yang tidak baik seperti ketawa ketika makan
ataupun ketawa ketika melakukan sebarang perbuatan yang dilarang. Manakala
buhang akan menurunkan ribut yang dahsyat sebagai amaran atas
kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Bagi buayo pula, haiwan ini
dipercayai menghukum manusia yang kempunan semasa pergi ke sungai. Selain itu,
Murut percaya adanya haiwan yang memberikan maklumat baik dan buruk ketika
dalam perjalanan semasa pergi berburu. Haiwan yang sering dikaitkan seperti
pamunor, kisi, mengapit (merak) dan sangang. Dipercayai malapetaka akan menimpa
sekiranya burung pamunor melintas tanpa mengeluarkan bunyi semasa mereka sedang
berjalan didalam hutan ataupun mengeluarkan bunyi ‘tik-ik-ik-ikik-ik-ik’
seperti menangis (ahitatangi). Oleh
hal yang demikian, mereka haruslah berpatah balik kerana dikhuatiri akan
diganggu oleh binatang buas atau menemui kematian. Namun, sekiranya burung ini
berbunyi ‘tik’ dan diikuti bunyi ‘tik’ lagi maka perjalanan boleh diteruskan
kerana dianggap akan membawa alamat baik 
(Wooley, 1936:311). Pollard (1933: 149) menyatakan perjalanan akan
mengambil masa berhari-hari sekiranya didapati terdapat tanda malapetaka
walaupun perjalanannya dekat dan mereka akan menyambung semula perjalanan
sehingga ada petanda baik. Disamping itu, terdapat juga kepercayaan yang
melarang manusia untuk memakan haiwan bersama dengan haiwan lain ataupun
dimasak bersama. Sekiranya larangan ini tidak dipatuhi, maka ia boleh
mengakibatkan seseorang itu diserang penyakit yang menyerang pada bahagian
kulit dan dalam bahagian badan manusia. Penyakit ini boleh membawa maut jika
tidak dibabas (ubat). Antara binatang yang tidak boleh dimakan dan dimasak
bersama ialah ikan dengan lebah, ikan dengan rusa dan rusa dengan babi hutan.
Suku kaum Murut juga dilarang untuk mempermainkan atau mepertawakan mana-mana
haiwan kerana sekiranya mereka melanggar pantang larang ini maka mereka akan
disumpah menjadi batu atau ada musibah yang berlaku di Kampung tersebut.

Menurut Puan Nancy Rumanas kaum Murut Bookan juga tidak boleh memakan ular atau memegang ular kerana ada musibah yang akan berlaku sekiranya mereka melanggar pantang larang ini dan kaum Murut Bookan juga tidak boleh memunuh buaya kerana menurut kepercayaan pada zaman dahulu terdapat cerita diantara perjanjian orang Murut dengan seekor buaya yang tinggal di sungai Sook. Iaitu, pada masa dahuu ada seorang perempuan cantik berbangsa Murut bookan pergi mencuci kain di Sungai dan terjumpa dengan buaya
dan perempuan ini mempunyai kebolehan dalam menyembuhkan sakit orang lain.
Perempuan ini dipanggil sebagai si Odu. Semasa si Odu cuci kain diatas batu dia
pun menjadi sangat hairan kerana air semakin meningkat dan dia pun pindah
diatas batu yang tinggi sikit untuk mencuci kain tetapi air itu tetap sampai
juga di kaki dia. Selepas itu, tiba-tiba muncul seekor buaya yang mempunyai
kebolehan untuk bercakap. Si Odu pun bercakap “apa yang ko mau dari saya” dan
buaya itu pun menjawab pertanyaan si Odu “saya mau kau ikut sya balik ke rumah
saya kerana anak saya sedang sakit”. Si Odu pun setuju mengikuti itu buaya
untuk pergi menyembuhkan anaknya. Semasa perjalanan mata si Odu telah ditutupi
dengan kain supaya dia tidak tau pergi jalan rumah itu buaya. Setelah mereka
sampai ke rumah si buaya maka si Odu pun hairan rumah tersebut berada dibawah
tanah permukaan air dan tiada air didalam rumah tersebut. Si Odu pun menyembuhkan
anak itu buaya. Semasa si Odu memperbaiki anak itu buaya daripada tercekik
tulang. Semasa si Odu meperbaiki anak buaya daripada tercekik tulang ia pun
ternampak tulang manusia yang menyebabkan anak buaya itu tercekik. Selepas itu,
Odu Siap mengubati anak itu buaya maka dia mau meminta hantar balik ke rumah
tetapi buaya itu tidak mau menghantar si Odu balik ke rumah kerana dia mau
mengahwini si Odu. Si Odu pun setuju untuk mengahwini si buaya tetapi ada satu
perjanjian iaitu buaya tidak boleh memakan orang yang berdarah Murut Bookan
kerana sekiranya mereka mereka memakan kaum Murut maka mereka akan mati tetapi
sekiranya kaum Murut kempunan baru
buaya boleh makan mereka. Kempunan
ini adalah seperti ibu bapa mereka menyuruh makan nasi sebelum pergi mandi
tetapi mereka mau juga pergi mandi walaupun belum makan. Oleh sebab itu, sampai
sekarang suku kaum Murut Bookan tidak boleh membunuh buaya kerana mereka
percaya buaya itu si Odu.


KEPERCAYAAN AMALAN MAGIS MASYARAKAT MURUT BOOKAN DALAM PERTANIAN.

   Menurut Encik Tangulon Sugawan, kaum Murut Bookan juga percaya semangat padi seperti

yang diamalkan oleh suku kaum lain yang ada di Sabah. Kaum Murut akan merayakan
pesta kaamatan bersama-sama kaum lain seperti kadazandusun dan sebagainya.
Mengikut cerita pada nenek Moyang terdapat satu keluarga yang tinggal di satu
kawasan berdekatan dengan hutan. Keluarga ini hanya didiami oleh dua orang adik
beradik iaitu si abang bernama Rolong dan si adik perempuan bernama Rala.
Semasa Rolong sedang tidur waktu malam dia pun termimpi ada satu lembaga
berbentuk manusia datang ke dalam mimpinya dan orang itu pun berkata “sekiranya
kau mahu hidup senang atau dilimpahi banyak sumber makanan maka korbankanlah
adik perempuanmu itu dan sebelum anda mengorbankan adik kamu mesti diperhiaskan
dengan barang perhiasaan dahulu”. Selepas keesokan harinya si Rolong pun
menceritakan mimpinya kepada adiknya si Rala dan si Rala pun bersetuju untuk
dikorbankan. Selepas Rala dikorbankan pada keesokan harinya si Rolong pun
bangun dari tidur dan dia ternampak banyak tanaman padi yang subur berwarna
kuning emas tumbuh di sekitar kawasan rumah mereka. Maka, sehingga kini Murut
percaya padi itu adalah hasil daripada pengorbanan si Rala dan setiap tahun
kaum Murut akan mengikuti meraikan pesta kaamatan. Kaum Murut juga meraikan
pesta kalimaran untuk memperagakan barang-barang tradisional suku kaum Murut
yang diadakan di Tenom. Menurut Encik Andrew Kinawa, pesta Kalimaran ini adalah
untuk menghormati pengorbanan si Rala sebab si Rala dihiasi dengan
barang-barang perhiasan dan pakain sebelum dikorbankan. Kaum Murut Bookan akan
mengadakan pertandingan ratu cantik atau lebih dikenali sebagai unduk ngadau
untuk mencari penganti sifat-sifat yang ada pada si Rala. Setiap tahun, sebelum
petani penduduk Kampung Tulid Membuka tanah mereka akan mengadakan upacara mampakan (memberi doa kepada tanah)
dengan memangil bobolian untuk menjalankan upacara ini. Bobolian akan
berkomunikasi dengan roh atau yang mendiami dikawasan tanah tersebut supaya
mengizinkan orang kampung untuk membuka tanah tersebut. Semasa upacara ini
dijalankan penduduk yang membuka tanah tersebut hendaklah mengorbankan seekor
ayam atau babi. Selepas suku kaum Murut Bookan selesai menanam padi mereka akan
menjalankan upacara mamalagup. Tujuan
upacara mamalagup ini dijalankan
adalah memberi makan kepada Tuhan yang memberikan rezeki kepada penanaman padi
mereka. Suku kaum Murut Bookan juga percaya kepada kuasa supernatural daripada
sumber alam semula jadi. Iaitu, semasa menanam padi suku kaum Murut Bookan akan
berpandukan kepada bulan. Apabila berlaku separa bulan maka itu adalah tarikh
yang paling sesuai untuk menanam padi dan sekiranya berlaku purnama bulan
mereka tidak boleh menanam padi kerana tumbuh-tumbuhan mereka akan musnah
dirosakkan oleh haiwan pemusnah seperti tikus, burung dan sebagainya. Semasa
berlaku kematian mereka tidak boleh pergi menanam padi pada masa tersebut
kerana roh-roh jahat atau roh si mati akan berkeliaran dimana-mana kawasan.
Sekiranya pantang ini dilarang maka akan berlaku sesuatu musibah terhadap
mereka yang melanggar pantang larang tersebut. Apabila terdengar bunyi burung
‘tik’ maka itu satu petanda petani tidak boleh meneruskan perjalanan untuk
pergi menanam padi dan selepas burung tersebut berbunyi ‘tik’ sebangyak dua kali
baru boleh meneruskan perjalanan. Sekiranya, pantang ini dilarang boleh
menyebabkan sesuatu perkara yang tidak baik akan menanti dihadapan dan boleh
menyebabkan kematian. Selepas aktiviti pemungutan hasil penanaman padi maka
suku kaum Murut Bookan akan menjalankan upacara penghormatan dengan memberi
makan kepada Tuhan yang memberikan rezeki mereka. Semasa upacara ini
berlangsung suku kaum Murut akan membina satu pusangak yang di panggil sebagai
rumah kecil tempat menyimpan makanan dan tajau kecil untuk memberi makan kepada
Tuhan yang memberikan mereka rezeki.


AMALAN KEPERCAYAAN MAGIS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

          Menurutpuan Cecelia Tangulon, suku kaum Murut tidak boleh bernyanyi semasa makan.Iaitu, kerana menurut kepercayaan nenek moyang sekiranya mereka bernyanyi

ketika waktu makan maka mereka akan terkahwin dengan orang tua bila mereka
besar nanti. Semasa memasak juga tidak boleh menyanyi. Pada waktu malam, ibu
bapa melarang anak-anak mereka untuk bermain atau bergaya didepan cermin kerana
bayangan yang ada dicermin tersebut adalah bukan bayangan diri mereka sendiri
sudah kerana itu adalah roh jahat yang meniru gaya pergerakan mereka di depan
cermin. Pada waktu petang juga dilarang tidur kerana ada sesuatu roh yang pergi
menghimpit keatas badan kita kerana menurut kepercayaan nenek moyang ada satu
jenis roh jahat bayang suka naik diatas badan seseorang yang suka tidur pada
waktu petang sehingga susah mau bernafas dan bergerak semasa di himpit oleh roh
tersebut. Kanak-kanak juga dilarang untuk bermain pada waktu malam kerana
roh-roh jahat akan mengikuti mereka bermain di padang atau di dalam rumah.
Sebelum pergi mandi mesti makan dahulu supaya tiada sesuatu perkara buruk yang
akan menimpa terhadap diri mereka semasa pergi mandi ke sungai. Pada waktu malam
juga kanak-kanak dilarang untuk bermain tauk-tapuk (main sembunyi-sembunyi)
kerana mereka akan disembunyikan oleh roh jahat. Selepas siap bermain maka
kanak-kanak atau dewasa disuruh untuk membasuh kaki sebelum tidur supaya tiada
sesuatun perkara buruk yang akan berlaku.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT MURUT TERHADAP SEMANGAT PARANG PAILANG

Parang digunakan secara meluas dalam
kalangan suku kaum di Borneo seperti Dayak, Kayan dan Kenyah. Mereka menamai
parang ini sebagai ilang. Namun, parang ilang juga digunakan oleh kebanyakkan
Murut dengan sebutan pailang. Low (dlm Roth, 1896:136) menyatakan parang ilang
digunakan secara meluas dalam kalangan beberapa suku kaum di Borneo.

Parang pailang merupakan parang yang mempunyai kaitan dengan semangat yang digunakan secara meluas oleh pemburu kepala di Borneo. Dalam kalangan Murut, parang adalah satu senjata yang wajib ada. Di Kampung Kangkular, sebuah kampung terpencil di antara Kuala Tomani dan Kampung Bakuku, Ulu Tomani, penulis mendapati parang ini didimiliki oleh hampir setiap keluarga. Tambahan lagi, sekurang-kurangnya setiap rumah masih menyimpan paling sedikit sebilah parang yang berusia kira-kira lebih 100 tahun yang
mereka warisi daripada nenek moyang. Selain itu, parang ini juga dianggap
keramat dan disimpan dengan rapi. Pailang juga digunakan untuk tujuan pulut
daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan. Kos pailang ini dianggarkan
bernilai RM 1000.00 sebilah, bergantung dengan jenis dan usianya.

Pailang mempunyai pelbagai bentuk dan dinamakan mengikut ciri-ciri reka bentuk hulu dan matanya. Antara nama pailang ialah pailang pinandoi, pailang pinaturung, pailang sinunsur dan pailang akaraan. Pailang pinandoi mempunyai batik atau dekorasi pada hulu, sarung dan mata. Pailang pinaturung pula diberi nama berdasarkan bentuk yang wujud pada
hulu yang mempunyai cabang atau mata yang mempunyai lekuk memanjang mengikut
mata parang dari bahagian pangkal hingga ke bahagian hujung. Sementara itu,
pailang sinunsur pula tidak mempunyai lekuk pada matanya dan tidak mempunyai
hiasan, namun hulunya masih bermotifkan anjing. Reka bentuk sarung sinunsur
dibuat dengan agak mudah. Sarung sinunsur tidak mempunyai sebarang dekorasi
disimpul dengan anyaman rotan untuk mengetatkannya. Pailang akaraan mendapat
namanya berdasarkan struktur reka bentuk hulunya yang berbentuk T.

Mata parang menampilkan elemen dekoratif dengan teknik ukir, tebuk, gores dan ketuk. Kadangkala matanya hanya menampakkan kesan lubang kecil bulat yang ditebuk dan kemudiannya diisi dengan tembaga. Selain itu, terdapat enam lubang yang ditebuk di kiri dan kanan sangkuit. Menurut informan, campuran tembaga dan besi akan menjadi pelengkap

kepada kekuatan besi dan menimbulkan semangat yang lebih kental kepada
penggunanya.Terdapat juga ukiran di bahagian belakang mata pailang. Selain untuk mencantikkan matanya, ukiran ini adalah untuk mengukuhkan struktur mata supaya tidak mudah sompek apabila ditakik dengan objek keras. Bahagian permukaan mata juga dihiasi dengan corak geometri mudah seperti garis selari, titik dan kelok “S” (pinansit). Motif ini dikenali sebagai nilakas. Corak ini diukir secara memanjang hingga ke bahagian depan.

Pada bahagian tulang belakang sebelah depan mata dihiasi dengan kelok lekuk
seolah-olah bahagian belakang seekor naga. Bahagian hulunya diperbuat daripada

tanduk atau tulang serta dihiasi manik rambut. Selain itu, motif hulu biasanya
dirujuk daripada bentuk kepala anjing, naga dan bentuk manusia. Mata parang
juga diukir dengan motif anjing dan naga di bahagian atas tepi dan juga pada
bahagian pangkal bawah. Di samping itu, rambut menjadi hiasan utama pada parang
pailang yang diletakkan pada bahagian atas hulu atau pada bahagian belakang
sarung. Namun, tidak semua parang pailang dihiasi dengan rambut pada bahagian
hulu dan sarung.

Sekiranya bahagian hulu dihiasi dengan rambut, bahagian sarung juga turut dihiasi dengan rambut. Berdasarkan pemerhatian penulis di lokasi, terdapat satu parang yang rambutnya diambil terus daripada potongan bahagian kulit kepala. Menurut informan, rambut
tersebut diambil daripada potongan rambut musuh yang telah dibunuh. Namun, buka
semua rambut yang menghiasi pedang terdiri daripada rambut manusia. Kebanyakkan
rambut yang digunakan untuk menghiasi parang adalah daripada potongan rambut
orang hidup.

Hulu pailang pinaturung mempunyai perbezaan bentuk dengan hulu pailang pinandoi. Perbezaannya ialah pada bahagian hulu, iaitu tidak mempunyai hiasan rambut. Bentuknya masih mengekalkan ikon anjing dengan mulut terbuka. Dari segi saiznya pula, ia lebih panjang daripada pailang pinandoi dan sarungnya tidak mempunyai hiasan rambut tetapi mempunyai ukiran corak.Pailang akaraan merujuk kepada bentuk pada bahagian hulunya yang menyerupai bentuk akar “T”. Pada bahagian kiri dan kanan berbentuk daun. Bentuk
hulu diharmonikan lagi dengan penyusunan motif yang berkonkan daun secara
tranlasi imej yang menyeliputi semua bahagian hulu.

Pada zaman dahulu parang digunakan oleh suku kaum Murut untuk pergi memburu, membuat kerja seperti memotong kayuatau melindungi keluarga mereka daripada diancam oleh binatang buas atau musuh daripada puak lain kerana masyarakat suku kaum Murut Bookan pada zaman dahulu ialah hidup berpuak-puak dan saling membunuh antara satu sama lain. Suku kaum Murut pada masa kini hidup bersatu suda dan mereka telah disatukan melalui pesta kalimaran yang telah diraikan oleh suku kaum Murut pada setiap tahun.
Parang pailang pada masa dahulu digunakan oleh pemburu kepala untuk pergi ke
kampung kaum lain untuk menangkap atau memotong kepala orang sebagai
menunujukkan kamu mereka adalah yang paling gagah. Sebelum mereka berkahwin
mereka hendaklah pergi mencari kepala 1 orang dahulu baru boleh kahwin sebagai
menunjukkan kepahlawanan mereka.

          Namun pemburu kepala itu tidak diamalkan lagi masyarakat Murut pada masa kini kerana semua masyarakat kaum Murut sudah hidup bersatu. Sekarang parang pailang itu
disimpan di muzium pusat kebudayaan tenom di Murut kerana parang tu mempunyai
semangat yang sangat kuat kerana ramai orang yang telah tewas didalam tangan
parang pailang itu. Parang pailang ini sekarang hanya digunakan dalam upacara
penyembahan atau pesta kalimaran untuk memperlihatkan kepahlawanan kaum Murut.
Suku kaum Murut percaya parang pailang ini tidak boleh dimain-mainkan dengan
sembarangan sebab mempunyai semangat yang tinggi. Pada masa kini masih ada juga
keluarga yang menyimpan parang pailang ini di rumah mereka.

KEPERCAYAAN MURUT BOOKAN TERHADAP KEJADIAN DUNIA

          Pada zaman dahulu, Murut percaya kejadian langit dan bumi juga yang mempunyai

ceritannya yang tersendiri. Selain daripada manusia, segala isi alam mini juga
dipercayai telah dicipta oleh ki Kaulung. Aki Kaulung dianggap berkuasa, datuk
segala kejadian, mempunyai kuasa tertinggi dan menetukan segala keadaan dibumi
serta seluruh isi alam selama tujuh hari tujuh malam. Murut percaya bahawa alam
sekeliling mempunyai hubungan yang kuat dengan manusia. Menurut kepercayaan
mereka, bumi (tana), matahari (odou), bulan (bulan), dan bintang (butitin) telah dicipta oleh Aki Kaulung
secara sengaja bagi kepentingan manusia sejagat. Aki Kaulung dipercayai telah
mencipta manusia dariapa tanah liat yang menyerupai wajah dan fizikalnya.
Manusia pertama yang dicipta oleh Aki Kaulung dipanggil sebagai Arom, iaitu
seorang lelaki (ungkuyon). Manusia
yang kedua yang dibuat pula merupakan seorang perempuan (ruandu) yang diberi nama Awa. Ia dicipta bagi menemankan Arom di
dunia.

          Disebabkan Arom dan Awa tidak mempunyai tempat untuk tinggal, Aki Kaulung telah mengarahkan dua orang adik-beradik, iaitu Aman Aka dan Aka Ali untuk menjadi langit dan

bumi. Malah, kedua adik-beradik ini berkorban kerana kasihan terhadap benda
hidup yang tidak ada tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, Aman Aka menjadi
langit dan Aka Ali menjadi bumi. Pada mulanya bumi sangat luas berbanding denga
langit. Oleh sebab itu, Aka Ali pun kumumpit dan berbentuk bukau, lembah, paya, dan parit serta pelbagai bentuk muka bumi yang lain. Orou dan isterinya taun (pokok), kasihan meihat Arom dan Awa yang tidak mempunyai teman. Oleh hal yang demikian, mereka menghantar
anaknya sepasang ke timur dan sepasang ke barat untuk menemani Arom dan Awa di
dunia. Dipercayai manusia berkembang mulai saat itu.

          Murut mempercayai bahawa dunia tidak wujud pada mulanya dan hanya terdapat permukaan air. Dengan kekuasaan Aki Kaulung, kawasan tanah telah ditempatkan di beberapa bahagian air dan menjadi kawasan yang lebih besar dari hari ke hari. Namun, ada

juga yang mengatakan Aki Kaulung telah melemparkan sekeping tanah selebar
pinggan dan seterusnya menjadi besar menjadi tanah besar. Murut percaya pada
masa dahulu, dunia dipercayai dunia dunia tiada siang dan malam, berkeadaan
gelap sepanjang masa dan jarak waktu hanya diketahui setelah seseorang itu
berasa lapar. Oleh hal yang demikian, Aki Kaulung telah mencipta matahari (orou) dan bergerak diatas dari timur ke barat menerbitkan waktu siang dan dari barat ke timur melalui lapisan sebelah bawah mejadikan waktu malam. Pada zaman dahulu dunia dipercayai sebagai padang bola yang tanahnya rata dan tidak

ada gunung, sungai dan laut. Orou ditugaskan untuk mengendalikan waktu malam manakala bulan dan butitin ditugaskan untuk mengendalikan waktu malam. Selepas Orou, butitin dan bulan wujud, barulah dunia ini dilengkapkan dengan tumbuh-tumbuhan di atas tana. Melihatkan keadaan tanah yang tidak lengkap, Aki Kaulung turun ke bumi dan mengambil beberapa ketul tanha
daripada pelbagai jenis di bumi dan membuat bentuk manusia dengan pelbagai
saiz, bentuk, rupa dan jenis jantan dan jentina. Setelah itu, Aki Kaulung
meniup bentuk-bentuk yang telah diperbuat daripada tanah yang baik menjadi
binatang yang baik atau jinak manakala tanah yang tidak baik menjadi binatang
buas dan berbahaya.

          Aki Kaulung kemudiannnya mengambil tanah yang terbaik yang baik dan asli dari perut

bumi untuk mencipta satu bentuk yang menarik. Kemudian Aki Kaulung meniupkan
bentuk tersebut dan membolehkan bentuk tersebut bernyawa dan bergerak. Aki
Kaulung menamakannya Arom dan melengkapkannya dengan keupayaan akal yang baik.
Arom ditugaskan untuk memerintah semua mahkluk yang telah diciptakan. Mereka
mendapat sumber makanan daripada tumbuhan-tumbuhan. Arom gembira tinggal
bersama mahkluk-mahkluk yang baik manakala mahkluk yang ganas telah dihalau dan
melarikan diri kerana sebelumnya mereka bermusuhan dan banyak antara mahkluk
yang baik telah mati kerana dibunuh oleh mereka.Oleh itu, sebelum kedatangan
agama kristian ke Kampung Tulid suku kaum Murut percaya bumi dan langit dicipta
oleh Aki Kaulung dan kepercayaan ini mempunyai hampir persamaan dengan
kepeecayaan dalam ajaran agama kristian.

PERANAN BOBOLIAN

Bobolian adalah merupakan satu kumpulan masyarakat kaum Murut Bookan yang mempunyai kebolehan kuasa yang luarbiasa dan boleh berkomunikasi dengan roh atau dewa-dewa. Bobolian ini mempunyai kebolehan untuk menghalau roh jahat dan boleh berkomunikasi dengan mereka yang
mempunyai kuasa yang luar biasa dengan mengunakan bahasa yang sukar untu
difahami. Pada zaman dahulu bobolian sangat ramai di Kampung Tulid tetapi pada
masa kini semakin berkurangan kerana ramai mereka yang sudah meninggal dunia.
Bobolian mempunyai kebolehan dalam menyembuhkan orang yang sakit atau melihat
roh atau dewa. Bobolian akan dipanggil semasa upacara kematian untuk memangil
roh si mati pergi makan ke rumah keluarganya selepas ketujuh hari. Semasa
upacara mamalagup (memberi makan kepada Tuhan) atau upacara menghormati
pembukaan tanah bobolian akan dipangil untuk mejalankan upacara ini kerana
bobolian mempunyai kebolehan dalam berkomunikasi denga tuhan atau roh penghuni
dikawasan tersebut untuk meminta izin mahu membuka tanah tersebut. Sekiranya,
ada orang yang sakit tenat di Kampung Tulid maka bobolian akan dipanggil untuk
menjalankan upacara doa kepada si pesakit dan mereka akan memasang tanda berwarna
merah dikawasan rumah si pesakit yang menunjukkan bahawa dalam rumah tersebut
ada orang yang sakit tenat dan tidak boleh berbuat bising. Kebiasaannya,
bobolian yang masih ada di Kampung Tulid sekarang adalah semua golongan wanita
dan berumur sudah kerana golongan pemuda tidak mau mewarisi kuasa semula jadi
yang dimiliki oleh mereka. Bobolian ini semakin berkurangan kerana berlakunya
perubahan budaya atau remaja pada masa kini semakin melupakan budaya kaum
mereka masing-masing.

TATANDU MURUT

            Tatandu merupakan satu simbol reprenstasi dalam konteks
tradisional yang mempunyai fungsi serupa dengan simbol kontemporari. Tatandu
menggunakan bahan yang wujud dipersekitarannya untuk menjelaskan mesej dalam
gabungan bentuk yang ringkas. Tatandu adalah satu reka bentuk yang mengabungkan
perbuatan ukir atau toreh dan temple berdasarkan satu aturan tertentu untuk
menyebarkan mesej ataupun makna. Oleh itu, tatandu boleh dikategorikan sebagai
satu reka bentuk simbol tradisional yang dibuat dalam bentuk tiga dimensi yang
digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej.

          Sistem komunkasi dalam kehidupan masyarakat tradisi Murut terhad kepada perlakuan

aktiviti fizikal. Disamping itu, kehidupan mereka yang diselubungi dengan hutan
belantara mengajar masyarakat ini tentang cara berhubung antara satu sama lain.
Tatandu merupakan tanda-tanda kayu yang kebanyakannya dituris sebagai tanda
ketika berjalan didalam hutan. Kehidupan yang dikelilingi hutan rimba telah
mengajar suku kaum ini tentang cara-cara untuk hidup. Tambahan pula, aktiviti
pemburuan adalah nadi kepada kehidupan mereka selain aktiviti bercucuk tanam.
Hampir keseluruhan kehidupan waktu siang suku kaum Murut dihabiskan dengan
kerja-kerja pertanian dan pemburuan. Tatandu digunakan secara meluas pada suatu
dahulu, namun kini penggunaannya terhad kepada akiviti pemburuan, tanda
sempadan dan tanda-tanda yang tersangkut paut pada aktiviti pertanian.

          Keperluan dalam kaedah komunikasi yang terancang ketika berada di dalam hutan belantara dalam kalangan pemburu ini telah menghasilkan bahasa-bahasa isyarat tanda-tanda bahan utan seperti kayu dan daun.Tambahan lagi, simbol yang digunakan dengan

menuris kayu ketika didalam hutan bukanlah perkara asing bagi penghuni hutan,
sama ada di Sabah dan Sarawak. Mereka menggunakan tanda kayu sebagai alat
berkomunikasi antara rakan dalam aktiviti seperti pemburuan, hak pemiihan
tanah, makluman sesuatu perayaan dan juga dalam aktiviti perubatan (Burrough,
1975:119).       Beberapa orang penyelidik
terdahulu telah merekodkan tanda-tanda pada kayu sebagai bahasa isyarat seperti
yang dicatatkan. Oleh Chin Sang (1963:72-75) semasa rombongan beliau dari
kemabong ke pensiangan. Di samping itu, Rimmer (1962: 35-39) mencatatkan
beberapa pengalaman semasa menyusuri hutan di Sook, Tulid dan Lanas. Sementara
itu, Burrough (1970:84-97; 1975:119-123) dalam kerja lapangannya di Sook dan
Tulid menulis berhubung tabda-tanda yang diguna pakai oleh suku Kaum Murut.
Polunin (1959:97-99) pula menyatakan terdapat banyak tanda yang dinyatakan
didapati antara Kemabong dan Tomani yang diamalkan oleh Tahol Semambu. Oleh
itu, tatandu ini mempunyai pelbagai banyak kegunaan yang tersendiri dan setiap
kaum Murut menggunakan tatandu dengan cara yang tersendiri mengikut kepentingan
yang tersendiri.

Dalam masyarakat Murut Bookan di kawasan kampung Tulid, Sook, Keningau, mereka menggunakan tatandu ini semasa upacara perubatan, hak pemilikan tanah, perayaan, pertanian, atau perayaan. Sebagai contoh, sekiranya ada orang yang sakit dikawasan kampung tersebut maka
ahli Bobolian (pengamal perubatan tradisional) akan dipanggil untu memberi
perubatan kepada si pesakit tersebut. Sekiranya keadaan pesakit sangat kritikal
maka mereka akan membuat upacara doa dikawasan rumah pesakit dan kawasan
tersebut akan dipasang tatandu sebagai pemberitahuan kepada semua penduduk
kampung supaya tidak boleh membuat bising atau memasang sebarang muzik kerana
dikawasan tersebut ada orang yang sakit. Hanya orang yang ada mengikuti upacara
memasang tatandu saja boleh pergi ke kawasan tersebut dan orang yang tidak
mengikuti upacara tersebut tidak boleh ke pergi rumah si pesakit. Semasa
upacara mampakan (menghormati tanah), tatandu akan dipasang selepas selesai
acara mampakan supaya kawasan
tersebut tidak boleh dipergi orang lain yang tidak mengikuti upacara tersebut.
Semasa upacara mampakan dijalankan maka 1 ekor ayam atau 1 ekor babi akan
dikorbankan bagi memberkati tanah tersebut. Upacara mampakan biasanya dilakukan
sebelum membuka tanah disesuatu kawasan tersebut supaya dapat diberikan rezeki
yang banyak serta tidak diganggu oleh roh yang menghuni dikawasan tersebut.


PERUBAHAN AMALAN MAGIS DIDALAM MASYARAKAT MURUT BOOKAN SELEPAS KEDATANGAN AGAMA KRISTIAN KE KAMPUNG TULID, KENINGAU.

          Sejak kebelakangan ini, kepercayaan amalan magis terhadap budaya suku kaum Murut

Bookan semakin dilupai oleh masyarakat pada masa kini kerana masyarakat pada
masa kin tidak mahu untuk belajar budaya mereka. Golongan kanak-kanak, remaja
dan dewasa semakin tidak mengamalkan kepercayaan amalan-amalan atau adat dan
pantang larang suku kaum Murut kerana dengan kemajuan teknologi telah
menyebabkan mereka menganggap kepercayaan magis itu adalah satu kepercayaan
yang tidak betul. Dengan adanya agama kristian dan islam yang mula berkembang
di kawasan Kampung Tulid maka penduduk kampung tidak lagi percaya dengan
amalan-amalan magis ini. Majoriti penduduk yang ada di Kampung Tulid sekarang
adalah menganut agama Kristian. Kawasan kampung Tulid terletak dikawasan
pendalaman Keningau. Kebanyakan penduduk Kristian di daerah Keningau sekarang
adalah beragama kristian terutamanya kristian katolik. Menurut kata orang tua
dahulu, di kawasan keningau merupakan tempat bermulanya pertapakan orang Rom
untuk menyebarkan agama Kristian katolik. Justeru itu, kebanyakan penduduk di
Keningau sekarang adalah beragama Kristian katolik, tetapi ada juga masyarakat
yang lain menganut agama kristian anglikan, protestan, sib, Methodist, SDA dan
serta ramai juga penduduk daeah Keningau yang menganut agama kristian serta
agama lain seperti islam, budha, hindu dan sebagainya. Selepas kedatangan agama
Kristian ke kawasan Kampung Tulid maka ramai sudah penduduk kampung yang
membuang buku-buku, rantai dan azimat alat ritual penyembahan mereka. Malahan,
ada juga penduduk yang meninggalkan ajaran yang dipegang oleh mereka selama ini
selepas kedatangan agama Kristian. Majoriti penduduk di Kampung Tulid sekarang
adalah beragama Kristian katolik. Paderi dan kategis yang memainkan peranan
dalam membimbing masyarakat kampung Tulid supaya kearah kebaikan. Kebanyakan
masyarakat Kampung Tulid pada masa dahulu ialah pagan yang tidak mempunyai
agama tetapi semenjak kedatangan agama kristian semua penduduk kampung telah
menganut agama kristian. Paderi atau kategis sudah yang memainkan peranan
sebagai ketua agama dan apabila ada berlaku kematian kategis akan dijemput
untuk membuat upacara doa kepada si mati. Semasa pemberkatan tanah atau rumah
juga kategis atau paderi yang diangil untuk memberkati tanah atau rumah
tersebut. Sebelum kedatangan kristian biasanya bobolian yang akan dijemput
semasa berlaku kematian atau upacara pemberkatan tanah. Pada setiap hujung
minggu penduduk kampung akan berhenti untuk berkerja kerana mereka akan pergi
bersembahyang ke gereja. Justeru itu, semenjak kedatangan agama kristian ke
Kampung Tulid maka berlakulah perubahan tingkah laku masyarakat kaum Murut
Bookan sama ada dari upcara, amalan kepercayaan atau cara berdoa. Semenjak
kedatangan agama kristian juga masyarakat suku kaum mula meningalkan
ajaran-ajaran kepercayaan amalan magis yang diamalkan oleh mereka pada masa
kini kerana masyarakat Murut Bookan percaya kepada kepada Tuhan yang Esa sudah
mengikut dalam ajaran Bible. Oleh itu, amalan keprcayaan magis dalam masyarakat
Murut semakin dilupakan oleh masyarakat Kampung Tulid selepas kedatangan agama
Kristian.

   

TEORI YANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN AMALAN KEPERCAYAAN AMALAN MAGIS MASYARAKAT MURUT BOOKAN.

Teori Fungsional

            Talcott Parsons (1902-1979) menerangkan pembentukkanmasyarakat daripada perspektif struktur fungsional. Setiap elemen struktur sosial dalam masyarakat membantu mewujudkan kestabilan masyarakat tersebut.

Parsons (1964), masyarakat perlu memenuhi 4 fungsi bagi memastikan yang
masyarakat tersebut terus wujud. 4 fungsi tersebut ialah Penyesuaian,masyarakat perlu ada matlamat, masyarakat
perlu ada integrasi dan kerjasama Masyarakat serta perlu ada pengekalan pola.
Parson berpendapat sistem kebudayaan adalah yang terpenting dalam masyarakat
dan akan mempengaruhi sistem lain yang di bawahnya, iaitu mempengaruhi pola
sosial, membentuk personaliti dan memberi makna simbolik terhadap kewujudan
manusia secara biologi. Maksud teori fungsional ini ialah wujud saling
kebergantungan diantara kalangan masyarakat. Sebagai contoh, dalam organisasi
badan iaitu semua anggota badan manusia hendaklah memainkan peranan
masing-masing untuk meneruskan kehidupan. Iaitu, semua angota badan seperti
kaki, tangan, jantung, mata, otak dan sebagainya saling memerlukan antara satu
sama lain. Manakala, dalam sistem keluarga wujud saling kebergantungan didalam
sesebuah keluarga tersebut untuk melahirkn keluarga yang seimbang dan harmoni.
Melalui teori Talcot Parson ini boleh dikaitakan dengan kepercayaan amala magis
dalam masyarakat Murut. Iaitu, dalam setiap keluarga tersebut saling memainkan
peranan masing-masing dalam penyebaran budaya. Ibu bapa yang mewariskan budaya
nenek moyang mereka kepada anak-anak mereka supaya budaya Murut tidak hilang
begitu sahaja ditelan zaman. Dalam, keluarga terdapat dua bentuk iaitu sama ada
keluarga luas atau keluarga nuklear. Keluarga nukluear cuma mempunyai anak,
bapa dan ibu sahaja manakala dalam keluarga luas terdiri daripada nenek, datuk,
ibu bapa, anak dan saudara-mara yang lain. Melalui peranan daripada keluargalah
yang dapat membentuk perlakuan seseorang masyarakat. Justeru itu, budaya-budaya
Murut diwarisi daripada keluarga secara turun-temurun. Oleh itu, teori
fungsional ini sangat berkait rapat dengan amalan kepercayaan magis yang
diamalkan oleh masyarakat Murut kerana mereka mewarisi budaya tersebut melalui
keluarga dan masyarakat. Keluargalah yang membentuk identiti atau perlakuan
seseorang masyarakat.


Teori interaksi simbolik

            Sejarah Teori Interaksi Simbolik tidak bisa dilepaskandari pemikiran George Harbert Mead (1863-1931). Mead dilahirkan di Hadley, satu kota kecil di Massachusetts. Karier Mead bermula saat beliau menjadi seorang professor di Kampus Oberlin, Ohio, kemudian Mead berpindah mengajar dari satu kampus ke kampus lain, sampai akhirnya saat beliau di undang untuk pindah dari Universiti Michigan ke Universitas Chicago oleh John Dewey. Di Chicago inilah

Mead sebagai seseorang yang memiliki pemikiran yang luas dan membuat catatan
hasil penulisan kepada ilmu sosial dengan betajuk “the theoretical perspective”
yang pada perkembangannya nanti bakal menjadi kepada “Teori Interaksi
Simbolik”, dan sepanjang tahunnya, Mead dikenal sebagai ahli sosial psikologi
untuk ilmu sosiologis. Mead menetap di Chicago selama 37 tahun, sampai beliau
meninggal dunia pada tahun 1931 (Rogers. 1994: 166).

Semasa hidupnya Mead memainkan peranan penting dalam membangun perspektif dari Mahzab Chicago, dimana memfokuskan dalam memahami suatu interaksi perilaku sosial, maka aspek internal juga perlu untuk dikaji (West-Turner. 2008: 97). Mead tertarik pada interaksi,dimana isyarat non verbal dan makna dari suatu pesan verbal, akan mempengaruhi
pikiran orang yang sedang berinteraksi. Dalam terminologi yang dipikirkan Mead,
setiap isyarat non verbal (seperti bahasa yang digunakan, pergerakan badan,
baju, status, ekspresi wajah dan sbagainyal) dan pesan verbal (seperti
kata-kata, suara, dan lain-lain) yang dimaknai berdasarkan kesepakatan bersama
oleh semua pihak yang terlibat dalam suatu interaksi merupakan satu bentuk
simbol yang mempunyai erti yang sangat penting (a significant symbol). Menurut
Fitraza (2008), Mead tertarik mengkaji interaksi sosial, dimana dua atau lebih
individu berpotensi mengeluarkan simbol yang bermakna. Perlakuan seseorang
dipengaruhi oleh simbol yang diberikan oleh orang lain, demikian pula perilaku
orang tersebut. Melalui pemberian isyarat berupa simbol, maka kita dapat
mengutarakan perasaan, fikiran, maksud, dan sebaliknya dengan cara membaca
simbol yang ditampilkan oleh orang lain.

Teori interaksi simbolik ini bolehdikaitkan dengan budaya suku kaum Murut Bookan terutamanya dalam amalan kepercayaan magis dalam masyarakat di Kampung Tulid. Iaitu, masyarakat menyebarkan atau mewarisi budaya nenek moyang mereka melalui komunikasi sama ada secara lisan atau tidak lisan. Komunikasi ini sangat penting supaya
masyarakat dapat berinteraksi antara satu sama lain. Sebagai contoh, semasa
menjalankan upacara keagamaan, perkahwinan, kematian atau adat dan pantang
larang kaum Murut maka komunikasi diantara masyarakat sangat penting untuk
memberikan atau menyampaikan pesanan kepada yang lain. Oleh itu, komunikasi
diantara sesama manusia sangat penting supaya mereka dapat berhubung antara
satu sama lain. Amalan kepercayaan magis juga diwariskan oleh nenek moyang
kepada generasi yang seterunya dengan menggunakan komunikasi sama ada secara
langsung atau tidak langung. Oleh sebab itu, teori interaksi simbolik yang
diperkenalkan oleh Mead boleh dikaitkan dengan amalan kepercayaan magis yang
diamalkan oleh masyarakat Murut Bookan kerana melalui komunikasi sahaja yang
dapat menyampaikan sesuatu maklumat atau pesanan kepada orang lain.


KESIMPULAN

          Kesimpulannya,kaum Murut adalah merupakan satu kaum yang unik di Sabah kerana mempunyai pelbagai jenis budaya yang tersendiri. Kaum Murut terbahagi kepada beberapa

bahagian iaitu Murut Bookan, Paluan, Sembakung, Tahol atau Tagal, dansebagainya. Kajian penyelidik telah dijalankan di kawasan Kampung Tulid kerana kajian penyelidik lebih berfokus kepada suku kaum Murut Bookan sahaja. Penyelidik telah menjalankan kajian berdasarkan kepada dua objektif yang telah dibincang supaya memudahkan penyelidik untuk menjalankan kajian. Selain itu, penyelidik juga telah mengetahui masalah-masalah dan persoalan-persoalan semasahendak menjalankan kajian ini. Di samping itu, kajian ini juga mempunyai kepentingankepada masyarakat terutamanya kepada pemuda-pemudi suku kaum Murut agar mereka lebih mendalami dan menghargai budaya nenek moyang mereka. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan oleh penyelidik pada masa akan datang. Oleh
itu, kajian ini sangat penting untuk diwarisi atau di ketahui oleh generasi
akan datang agar budaya Murut Bookan di Kampung Sook, Bunang, Tulid dan sekitarnya  tidak hilang begitusahaja ditelan zaman. Harapan penyelidik agar semua pemuda-pemudi yang ada di Sabah hendaklah mengekalkan identiti budaya masing-masing kerana negeri Sabah adalah merupakan salah satu negeri yang mempunyai pelbagai jenis budaya yang unik dan menjadi tarikan pelancong luar negara. Sehubungan itu, melalui kajian
ini juga penyelidik dapat mengetahui amalan magis yang telah diamalkan oleh
suku kaum Murut Bookan di Kampung Tulid dan dapat menambah banyak pengalaman
yang baru semasa menjalankan kajian ini. Kajian ini juga turut dijalankan bagi
membolehkan penyelidik dapat mencapai objektif yang telah disediakan dalam
perbincangan kajian agar memudahkan penyelidik untuk menjalankan kajian.


RUJUKAN

Akira DoI and Keiko Doi.2003. Learn to speak Bookan Murut Sabah: Department of Sabah Musuem.

Brewis, Keilo A.1991. The Timugon Murut. Social Organization of Sabah Societies. Kota Kinabalu: Sabah Musuem.

Haris, A.1995. The impact of Chritianity on Power Relationship and Social Ecxanges: A case study of Change Among The Tagal Murut, Sabah. Malaysia.

Hose, Charles & McDougall,William.1993. The Pagan Tribes of Borneo (volI). London Frank Cass& Co.Ltd.

Joe Ching Sang.1963. Murut Sings. Journal of the Sabah Society, no 4:71-75

Keith, HG.1936. A Few Ulun-no-bokan (Murut Taboos, Journal of the Malayan Branch, Royal AsiaticSociety, Vol. 14:327-329.

Lesley Jonis Gompion.2007. Tajau dalam Konteks Kehidupan Masyarakat Murut. Tesis Ijazah Petama, Sekolah Pengajian Seni,Universiti Malaysia Sabah, Malaysia.

Mat Zin Mat Kib (2005). Warisan Seni Etnik Sabah.Kota Kinabalu:Universiti Malaysia Sabah.

Rimmer, Tina. 1962. Murut Jungle Signs. Journal of the Sabah Society, March, no.2: 35-39.

Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd Sarin. Hj Mustajab& Suraya Sintang (2007). Pluraliti Etnik dan Budaya di Sabah, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Sheryood, G.L {1990. Social Organisation of sabah societies: Kota Kinabalu, Sabah: Museum and State Archives Department.

Zaini Bin Mohd.Isa (1969). Kebudayaan dan Adat Resam Kadazan dan Murut. Kelantan: Pustaka Aman Press

katik-katik studio


 


 



 


 


 


 



 

 




Comments

Popular posts from this blog

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024

  JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024      Rujukan -  SPANM Bil. 6/2023 - Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 - Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

7 Cara Isi e-Filing 2024 untuk Pembayar Cukai Kali Pertama

  7 Cara Isi e-Filing 2024 untuk Pembayar Cukai Kali Pertama Bulan Mac setiap tahun boleh dikatakan sebagai bulan  claim  cukai pendapatan atau tempoh isi e-Filing cukai pendapatan.  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  mewajibkan penyerahan borang taksiran cukai pendapatan dilakukan melalui sistem e-Filing. Anda boleh mula isi e-Filing cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2023 bermula 1 Mac 2024. Table of Contents LHDN efiling: Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2024 Melalui MyTax 1. Akses Laman Web MyTax 2. Daftar Pengguna Kali Pertama 3. Daftar Sijil Digital 4. Pilih Menu e-Filing MyTax 2024 5. Pilih Borang e-BE (Individu Makan Gaji) 6. Tandatangan dan Hantar Borang 7. Terima Bayaran Balik Bayar Cukai Pendapatan untuk Masa Depan Malaysia yang Lebih Baik HDN efiling: Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2024 Melalui MyTax Bagi pembayar cukai kali pertama, anda mungkin keliru dengan cara isi e-Filing untuk mendapatkan semula lebi...

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2025

  JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2025         SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA  MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2024